Jom kenalpasti 5 sebab kenapa homeschooling bermanfaat bukan sahaja untuk anak-anak, tetapi juga untuk ibu bapa.
Homeschooling - 5 Manfaatnys Untuk Ibubapa |
1. Bebas memilih apa yang diajar
Ibu-ibu bebas memilih apa yang diajar kepada anak-anak. Mengasah kebolehan motor halus (fine motor skills) dan kebolehan deria (sensory skills) adalah antara aktiviti yang dijalankan oleh para ibu di rumah untuk anak-anak mereka. Selain itu, ibu-ibu juga bebas mendidik anak-anak berdasarkan tahap anak tersebut. Ini membolehkan anak belajar dengan lebih cepat dan melangkaui kebolehan kanak-kanak seusianya.
2. Beri kestabilan kepada anak
Dengan mengajar anak-anak di rumah, para ibu boleh memberi kestabilan kepada anak-anak. Ramai ibu memilih homeschooling, terutama sekali keluarga dalam kalangan perajurit atau military, yang sering berpindah ke negara lain. Anak-anak yang dididik di rumah tidak perlu melalui situasi di mana mereka perlu berpindah ke sekolah baru dan terpaksa berkenalan dengan kawan-kawan baru yang mungkin memberi tekanan kepada mereka.
Aktiviti Homeschooling - Mewarna dan melukis |
3. Jadi ibu yang lebih baik
Ibu-ibu yang menjalankan homeschooling akan belajar banyak perkara baru, terutama sekali dalam memahami keperluan anak-anak. Para ibu juga harus menjadi lebih kreatif dari pelbagai segi, terutama dalam menarik perhatian anak-anak. Tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak membolehkan para ibu memastikan diri mereka mempunyai ilmu yang cukup untuk menjadi guru terbaik kepada anak-anak mereka.
BACA: 8 Kebaikan Homeschooling Untuk Anak-Anak
4. Boleh berjimat
Apabila anak-anak belajar di rumah, tentunya para ibu boleh berjimat dari segi minyak petrol, bayaran bulanan bas sekolah, makanan, dan pakaian. Walaupun homeschooling berbeza untuk anak-anak berdasarkan umur dan tahap pembelajaran mereka, ibu-ibu pasti boleh mengurangkan perbelanjaan dari segi lain.
Aktiviti Homeschooling - Mengira dan membaca |
5. Merapatkan hubungan kekeluargaan
Anak-anak yang belajar di sekolah menghabiskan banyak masa di luar dan bukan di rumah. Dengan homeschooling, anak-anak boleh sentiasa bersama dengan ibu (dan bapa) di rumah setiap hari dan bukan sahaja pada hujung minggu. Homeschooling menggalakkan hubungan kekeluargaan yang lebih rapat, dan ini penting untuk memastikan anak-anak diberi perhatian yang cukup supaya mereka membesar dengan sempurna.
Walaupun kebanyakan ibu-ibu yang saya kenal cuma mengadakan homeschooling untuk memberi persediaan kepada anak-anak kecil seawal 2 tahun sebelum ke prasekolah atau tadika, namun homeschooling ternyata memberi banyak manfaat bukan sahaja untuk anak-anak tetapi juga untuk para ibu.
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:
Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB
Yup.
ResponEliminaItu yang sepatutnya.
jangan harap kat cikgu sekolah aje.
Tapi homeschooling memang tak libatkan guru di sekolah :)
Elimina