Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris zinc complex. Mostrar tots els missatges
Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris zinc complex. Mostrar tots els missatges

dissabte, 17 de setembre del 2016

Vitamin Shaklee Wajib Bawak Semasa Travel

Saya jarang travel jauh, jadi biasanya memang tak angkut botol vitamin ke mana-mana, tapi bulan April lepas saya ke KL melawat bff saya Yenny Norhayani jadi bawak la supplement seperti dalam gambar.

Vitamin Shaklee Pilihan Saya -  Lecithin, Zinc Complex, Vita C Plus, Ostematrix, Herb-Lax, B-Complex
Vitamin Shaklee Pilihan Saya -
 Lecithin, Zinc Complex, Vita C Plus, Ostematrix, Herb-Lax, B-Complex

Yang ni bekal untuk 7 hari. Yang wajib saya bawa tentunya Lecithin, Vita C Plus, Ostematrix, Herb-Lax, B Complex, dan Zinc Complex.

Lecithin tu nampak extra banyak sebab saya ambil 2 kali sehari, 6 biji setiap kali. Kalau tak makan Lecithin ni, rasa asyik nak makan jer. Susah nak kawal selera makan.

Lecithin tentunya untuk kurus. Vita C Plus tu untuk kulit dan sistem imun dan Zinc Complex untuk rambut yang kuat. B Complex pulak beri tenaga, Ostematrix untuk tulang yang sihat serta halang insomnia, dan Herb-Lax untuk hindar sembelit.

Semua supplements ni semulajadi dan tiada bahan kimia yang berbahaya, jadi taklah takut nak telan banyak setiap hari.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dijous, 15 de setembre del 2016

Shaklee First Aid Kit - Untuk Kecemasan di Rumah

Setiap supplement dalam gambar bukan sahaja boleh membantu melegakan sakit ketika kecemasan seperti krim serbaguna Herbal Blend untuk gigitan serangga atau lecur ringan, tetapi ada banyak kegunaan atau manfaat lain.

Shaklee First Aid Kit - Untuk Kecemasan di Rumah
Shaklee First Aid Kit - Untuk Kecemasan di Rumah

Sebagai contoh, Herbal Blend juga boleh digunakan sebagai mosquito repellent,

Selain membantu melegakan demam selesema, Vita C Plus mempercepatkan penyembuhan luka dan lecur ringan.

Herb-Lax pula melegakan sakit perut, selain menghindar sembelit.

Garlic Complex membantu meningkatkan daya tahan sistem imun supaya demam panas kebah dengan lebih cepat.

B Complex melegakan migrain atau sakit kepala.

Ostematrix pula melegakan sakit badan, kejang otot dan juga migrain. Kalau ada gastrik pun boleh ambil Ostematrix ni.

Zinc Complex yang kini SOLD OUT satu Malaysia mempercepatkan penyembuhan luka, selain baik untuk mengecutkan jerawat.

❤❤❤❤❤❤❤❤

Tiada dalam gambar:

Omega Guard pun bagus untuk demam selesema. Pernah bagi Nath masa dia selesema. Memang cepat selesema dia hilang dan takde masalah hidung tersumbat.

Nutriferon pula bagus untuk tingkatkan immune system, tapi saya belum cuba lagi.

❤❤❤❤❤❤❤❤

Of course, jika demam atau sakit yang dialami berterusan selama beberapa hari, sila ke klinik untuk berjumpa doktor.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Bagaimana Produk Shaklee Mengubah Kehidupan Saya

Orang mungkin bosan asyik cerita tentang Shaklee kan? Tapi tu la kalau tak best, tak berkesan, saya pun segan nak cerita.

Sebelum mengamalkan produk Shaklee
Sebelum mengamalkan produk Shaklee

Hari ni nak share sikit macam mana produk Shaklee bantu improve hidup saya.

🍎 B Complex bantu improve mood saya, takde dah Monday blues dan moodswing

🍏 Vita C Plus beri saya kulit wajah tanpa jerawat pastu sistem imun yang baik, saya jarang demam selesema

🍎 Lecithin bantu saya kawal selera makan dan kurangkan berat badan, niat saya nak kurus secara sihat dan tak berlapar

🍏 Alfalfa Complex bantu detoks tubuh saya supaya boleh turunkan berat badan dengan lebih baik, badan pun kurang sakit-sakit

🍎 Herb-Lax bantu hindar sembelit dan elak buasir daripada berulang

🍏 ESP beri kulit wajah yang tidak kering dan tona yang sekata, pastu mengenyangkan dan elak rasa lapar yang melampau, dan menebalkan rambut

🍎 Zinc Complex hindar jerawat dan mengurangkan masalah rambut gugur

🍏 GLA Complex bantu atasi masalah irregular period dan PMS

🍎 Ostematrix bantu saya tidur dengan lebih baik dan kurangkan insomnia

Selepas mengamalkan produk Shaklee
Selepas mengamalkan produk Shaklee

Ni baru sikit produk yang saya amalkan. Ada banyak lagi produk Shaklee lain yang tentunya semula jadi, berkesan dan mesra alam.

Hubungi saya segera jika berminat.




Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Bagaimana Produk Shaklee Membantu Saya Jadi Lebih Sihat

Antara produk Shaklee yang saya wajib ambil adalah Lecithin, Herb-Lax, Alfalfa Complex, B-Complex, Sustained Release Vita C Plus, dan Ostematrix.

Selain itu, ada banyak produk Shaklee yang pernah saya cuba seperti Energizing Soy Protein (ESP), Peppermint-Ginger Plus, Zinc Complex, Collagen Powder, dan banyak lagi.

Setiap produk bukan sahaja ada SATU manfaat tetapi BANYAK.

Contohnya Lecithin membantu bakar lemak, tingkatkan daya ingatan, kurangkan tekanan dan juga elakkan sembelit.

Bagaimana Produk Shaklee Membantu Saya Jadi Lebih Sihat

Supplements Shaklee banyak membantu meningkatkan kesihatan saya terutama daripada segi penurunan berat badan dan mengurangkan stress, sekaligus menurunkan risiko penyakit lain seperti darah tinggi, sakit jantung, gout, dan sebagainya.

Selain itu, produk seperti Ostematrix membantu saya mendapat tidur yang lebih berkualiti, selain membekalkan jumlah kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh.

Saya tak pernah ragu-ragu dengan kualiti dan keberkesanan produk Shaklee yang terbukti selamat dan berkesan, serta disokong dengan scientific research dan clinical papers yang ditulis oleh para saintis yang bertauliah.

Vitamin jenama lain mungkin jenis sintetik atau bukan semulajadi, jadi pilihlah Shaklee yang sememangnya bukan sintetik dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Ingin mencuba produk Shaklee yang hebat? Jom hubungi saya sekarang.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

divendres, 25 de setembre del 2015

Manfaat dan Kebaikan Zink Complex Shaklee

Zinc Complex Shaklee dirumus daripada zink glukonat dan digabung bersama-sama dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan alfalfa agar zink yang terhasil mudah diserap oleh badan kita.

Manfaat dan Kebaikan Zink Complex Shaklee
Manfaat dan Kebaikan Zink Complex Shaklee

Zink boleh didapati daripada sumber makanan seperti tiram, ayam, salmon, gajus, badam, dan banyak lagi. Namun begitu, masih ramai yang kekurangan zink tanpa disedari, dan kekurangan zink dalam badan akan membawa kepada banyak masalah kesihatan. Yang paling serius, anda mungkin menghidap anemia atau sindrom kurang darah merah.

Simptom kekurangan zink adalah:

  • Sistem imun lemah
  • Cirit birit
  • Rambut gugur
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menurun
  • Gangguan fungsi kognitif dan motor
  • Kurang subur atau sukar mendapatkan anak
  • Ruam atau jerawat
  • Bintik putih pada kuku
  • Hilang deria rasa atau bau
  • Luka lambat sembuh
  • Anemia


12 makanan yang kaya dengan zink
12 makanan yang kaya dengan zink

Zink terbukti penting untuk kesihatan kita. Mari kita baca dengan lebih lanjut tentang kebaikan dan manfaat zink kepada kesihatan.

Manfaat utama zink:

  • Mengaktifkan 200 jenis enzim dalam badan yang penting untuk pertumbuhan sel
  • Membentuk kolagen dan protein untuk pertumbuhan kuku, kulit, dan organ
  • Membantu dalam penghasilan dan mengekalkan fungsi insulin, dan seterusnya memperbaiki diabetes
  • Membantu pengeluaran kelenjar thymus yang berfungsi meningkatkan sistem imun dengan penghasilan T-cells untuk melawan kanser dan menghalang jangkitan penyakit
  • Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman seperti luka selepas pembedahan, luka kecil akibat jerawat, dan sebagainya
  • Melindungi kesihatan prostat lelaki, memperbaiki dan menyembuhkan pembengkakan prostat atau benign prostatomegaly dan penyakit kerap kencing
  • Membantu meningkatkan kiraan sperma dan meningkatkan kemampuan seks lelaki
  • Penting untuk proses ovulasi wanita, dan membantu pengecutan uterus untuk mengembalikan daya tahannya
  • Memperbaiki radang kulit yang disebabkan oleh acne atau jerawat batu
  • Mengekalkan deria bau dan rasa yang sihat dan peka


Tip: Tablet Zinc Complex boleh dihancurkan dan digunakan sebagai masker, atau ditaburkan ke atas luka untuk mempercepatkan penyembuhan luka

Saya sendiri mengambil Zinc Complex untuk masalah rambut gugur dan juga buasir.

BACA: Pengalaman Saya Sembuhkan Buasir Dengan Set Buasir Shaklee

Dapatkan Zink Complex hari ini untuk membantu memulihkan kesihatan anda. Zink Complex disarankan dalam Set Kesihatan Lelaki, Set Kesihatan Wanita, Set Prostat, Set Buasir, Set Rambut Gugur, dan Set Kesuburan.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dijous, 24 de setembre del 2015

Pudarkan Parut Jerawat Tanpa Menggunakan Krim Kecantikan Yang Mahal

Jerawat seringkali dikaitkan dengan pemakanan yang tidak seimbang, rehat atau tidur yang tidak mencukupi, tabiat merokok dan minum alkohol, dan kurang minum air.

Selain itu, jerawat juga mungkin berpunca daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan, mencuci muka terlalu kerap atau terlalu jarang, menggunakan produk wajah yang tidak sesuai dengan kulit, dan sebagainya.

Pudarkan Parut Jerawat Tanpa Menggunakan Krim Kecantikan Yang Mahal
Pudarkan Parut Jerawat Tanpa Menggunakan Krim Kecantikan Yang Mahal

Sebagai seorang lelaki yang berusia awal 20-an, adik saya inginkan kulit wajah yang sempurna tanpa jerawat. Namun, beliau tidak lari daripada masalah jerawat yang dihadapi sejak remaja lagi.

Sejak saya mula mengamalkan produk Shaklee pada awal 2014, beliau juga turut sama mengambil beberapa produk untuk kulit. Saya mengesyorkan beliau mengambil Set Cantik Budget, dengan produk-produk seperti Sustained Release Vita-C Plus dan B Complex.

Beliau juga kemudiannya mengambil Energizing Soy Protein (ESP) dan Zinc Complex yang juga baik untuk kulit wajah.

Produk yang diambil untuk pudarkan parut jerawat - Energizing Soy Protein (ESP),  Sustained Release Vita-C, B-Complex, Zinc Complex
Produk yang diambil untuk pudarkan parut jerawat - Energizing Soy Protein (ESP),
Sustained Release Vita-C, B-Complex, Zinc Complex

Berikut adalah kebaikan setiap produk tersebut untuk kesihatan dan kecantikan kulit:

Sustained Release Vita-C Plus

  • Merangsang pembentukan kolagen yang penting untuk kulit yang tegang, anjal dan tidak berkedut
  • Mempercepatkan proses pemulihan 
  • Membaiki kulit yang kasar atau kering
  • Kulit menjadi lebih cantik, cerah, berseri
  • Melambatkan penuaan 
  • Mengurangkan pigmentasi yang menyebabkan jeragat


B Complex

  • Meredakan alahan
  • Mengurangkan stress supaya anda boleh tidur dengan lebih baik dan seterusnya mendapat rehat yang mencukupi yang penting untuk kulit yang sihat
  • Tekanan atau stress yang rendah juga membantu mengurangkan ketidakseimbangan hormon yang mungkin menyebabkan masalah jerawat


Energizing Soy Protein (ESP)

  • Mengandungi protein dan asid amino penting untuk membina sel-sel kulit wajah baru
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan kesan parut
  • Membaiki masalah pigmentasi dan tona tidak sekata


Zinc Complex

  • Membantu pembentukan protein dan kolagen untuk kulit wajah yang sihat
  • Mengaktifkan enzim-enzim penting yang merangsang pertumbuhan sel-sel baru
  • Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran
  • Memperbaiki radang kulit seperti jerawat batu (acne) dan jerawat pasir

BACA: Manfaat dan Kebaikan Zinc Complex Shaklee

Adik saya amat berpuas hati dengan produk Shaklee yang beliau amalkan. Anda boleh lihat sendiri pada gambar sebelum dan selepas. Sekarang, yang tinggal hanyalah parut yang hampir tidak kelihatan di wajah beliau.

Gambar sebelum dan selepas - Pengambilan vitamin yang konsisten boleh mempercepatkan lagi proses pemulihan kulit wajah
Gambar sebelum dan selepas - Pengambilan vitamin yang konsisten boleh
mempercepatkan lagi proses pemulihan kulit wajah

Selain daripada produk-produk yang telah adik saya amalkan, anda juga boleh mengamalkan Vita-E Complex, Carotomax, dan Vivix, untuk kesihatan kulit wajah yang lebih baik. Malah GLA Complex juga membantu mencantikkan kulit, selain menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan hormon wanita. Kesemua produk tersebut mengandungi banyak kebaikan, bukan sahaja untuk kecantikan kulit wajah tetapi juga untuk kesihatan dalaman anda.

Tip: Kesemua produk di atas boleh dijadikan masker untuk wajah dan boleh diamalkan 2 kali seminggu

Pemakanan yang sihat, amalan minum air mencukupi, dan mengelakkan makanan yang berminyak atau berlemak juga membantu dalam mendapatkan kulit wajah yang sihat.

Inginkan kulit wajah yang berseri dan bebas daripada jerawat? Jom cuba produk-produk Shaklee. Saya jamin anda akan berpuas hati.

Saya sendiri mengamalkan kesemua produk yang adik saya amalkan untuk kulit wajah, masalah rambut gugur, dan juga untuk membantu menurunkan berat badan.

Bagaimana saya lakukannya? Jom tanya saya. Hubungi saya sekarang!


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dissabte, 1 d’agost del 2015

Pengalaman Saya Sembuhkan Buasir Dengan Set Buasir Shaklee

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada saluran darah yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Tekanan yang tinggi dalam darah di bahagian rektum menyebabkan saluran darah menegang dan membonjol.

Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir luaran dan buasir dalaman. Umumnya, buasir dalaman adalah kurang mengganggu berbanding buasir luaran. Bonjolan atau gumpalan lembut di sekitar bahagian dubur inilah yang menyebabkan ketidakselesaan akibat sakit, gatal dan pedih akibat tersepit, menyebabkan adanya ketulan darah beku di dalamnya. Kadangkala, terdapat titisan darah merah cerah, terutama sekali selepas membuang air besar.

"Hemorrhoid" by WikipedianProlific - [1]. Licensed under CC BY-SA 3.0 via Wikimedia Commons
Beberapa jenis buasir atau hemoroid [Sumber]

Penyebab utama buasir adalah duduk terlalu lama, meneran akibat sembelit atau najis keras, dan cirit birit. Mengangkat beban terlalu berat dan batuk yang teruk juga mungkin boleh menyebabkan buasir. Selain itu, wanita bersalin juga mudah mendapat buasir.

Terdapat beberapa jenis rawatan untuk buasir, seperti mandian Sitz dan pengambilan julap untuk melembutkan najis bagi merawat buasir yang tidak serius. Bagi buasir yang serius pula, anda mungkin perlu melalui rawatan standard, antaranya koagulasi inframerah, elektrokoagulasi bipolar, dan terapi laser.

Pada hujung tahun lepas, saya sendiri telah mengalami sakit buasir. Setelah kembali ke Miri dari Kuching dalam bulan November, saya mendapati bahawa saya kurang kerap ke tandas berbanding sebelumnya. Apabila membuang air besar, saya mengalami sembelit yang teruk dan terpaksa duduk lama di dalam bilik tandas. Saya tidak pernah mengalami sembelit yang teruk sebelum itu, kerana saya mengamalkan minum air putih yang cukup setiap hari, dan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup. Namun, sewaktu berada di Kuching, saya kurang minum air putih, dan saya mengesyaki bahawa itulah penyebab saya mengalami sembelit yang teruk, yang seterusnya menyebabkan buasir.

Saya sangat terkejut apabila mendapati ada bonjolan lembut sebesar kacang pis di bahagian dubur, dan tentunya saya sangat risau kerana takut bonjolan tersebut tidak dapat dihilangkan. Yang bermain-main di minda saya pada masa itu adalah bagaimana jika saya harus menjalani pembedahan? Dalam rasa takut dan malu yang berbaur dengan sakit, gatal, perit dan pedih akibat buasir dalaman dan luaran, saya terus Google untuk mencari maklumat mengenai penyakit buasir.

Oleh sebab saya mengamalkan produk Shaklee, saya terus berikhtiar untuk merawat sendiri penyakit buasir. Dalam Set Buasir Shaklee terdapat Omega Guard, Zinc Complex, dan OsteMatrix.

Set Buasir Shaklee - Omega Guard, Zinc Complex, OsteMatrix
Set Buasir Shaklee - Omega Guard, Zinc Complex, OsteMatrix

Fungsi-fungsi setiap vitamin tersebut adalah seperti berikut:

  • Omega Guard membantu merehatkan saluran darah dan otot yang tegang pada bahagian dubur.  
  • Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan cepat.  
  • OsteMatrix membantu melancarkan pembuangan air besar dan mencegah sembelit, serta memberi keselesaan apabila mengalami luka di bahagian dubur.

Selain daripada 3 jenis vitamin di atas, saya juga mengambil Sustained Release Vita-C Plus untuk mempercepatkan penyembuhan luka, Herb-Lax untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar, dan B-Complex untuk mengawal tekanan atau stress akibat terlalu risau akan sakit buasir yang dialami. Saya juga mengamalkan minum air putih sebanyak 3 liter sehari, dan makan lebih banyak makanan berserat (fiber) untuk membantu pelawasan.

Pada mulanya saya memang sangat risau sebab melalui pembacaan di laman web perubatan, saya dapati kebanyakan buasir luaran mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk sembuh. Hari demi hari, saya bersabar dan berdoa di samping terus mengambil Set Buasir Shaklee untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat rasa gatal dan pedih setiap kali selepas membuang air besar.

Akhirnya setelah 6 bulan, gumpalan di bahagian dubur mengecut dan hilang, dan tidak lagi berulang sehingga ke hari ini.

BACA: Herb-Lax Shaklee Mampu Atasi Masalah Sembelit dan Buasir

Saya bersyukur sangat sebab diperkenalkan kepada produk Shaklee yang sememangnya sentiasa selamat dan berkesan. Sekiranya anda menderita sakit buasir, tidak salah jika anda mencuba Set Buasir Shaklee untuk membantu menyembuhkan buasir dan seterusnya mengelak daripada melakukan pembedahan.




Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...