Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris set buasir. Mostrar tots els missatges
Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris set buasir. Mostrar tots els missatges

divendres, 25 de setembre del 2015

Manfaat dan Kebaikan Zink Complex Shaklee

Zinc Complex Shaklee dirumus daripada zink glukonat dan digabung bersama-sama dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan alfalfa agar zink yang terhasil mudah diserap oleh badan kita.

Manfaat dan Kebaikan Zink Complex Shaklee
Manfaat dan Kebaikan Zink Complex Shaklee

Zink boleh didapati daripada sumber makanan seperti tiram, ayam, salmon, gajus, badam, dan banyak lagi. Namun begitu, masih ramai yang kekurangan zink tanpa disedari, dan kekurangan zink dalam badan akan membawa kepada banyak masalah kesihatan. Yang paling serius, anda mungkin menghidap anemia atau sindrom kurang darah merah.

Simptom kekurangan zink adalah:

  • Sistem imun lemah
  • Cirit birit
  • Rambut gugur
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menurun
  • Gangguan fungsi kognitif dan motor
  • Kurang subur atau sukar mendapatkan anak
  • Ruam atau jerawat
  • Bintik putih pada kuku
  • Hilang deria rasa atau bau
  • Luka lambat sembuh
  • Anemia


12 makanan yang kaya dengan zink
12 makanan yang kaya dengan zink

Zink terbukti penting untuk kesihatan kita. Mari kita baca dengan lebih lanjut tentang kebaikan dan manfaat zink kepada kesihatan.

Manfaat utama zink:

  • Mengaktifkan 200 jenis enzim dalam badan yang penting untuk pertumbuhan sel
  • Membentuk kolagen dan protein untuk pertumbuhan kuku, kulit, dan organ
  • Membantu dalam penghasilan dan mengekalkan fungsi insulin, dan seterusnya memperbaiki diabetes
  • Membantu pengeluaran kelenjar thymus yang berfungsi meningkatkan sistem imun dengan penghasilan T-cells untuk melawan kanser dan menghalang jangkitan penyakit
  • Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman seperti luka selepas pembedahan, luka kecil akibat jerawat, dan sebagainya
  • Melindungi kesihatan prostat lelaki, memperbaiki dan menyembuhkan pembengkakan prostat atau benign prostatomegaly dan penyakit kerap kencing
  • Membantu meningkatkan kiraan sperma dan meningkatkan kemampuan seks lelaki
  • Penting untuk proses ovulasi wanita, dan membantu pengecutan uterus untuk mengembalikan daya tahannya
  • Memperbaiki radang kulit yang disebabkan oleh acne atau jerawat batu
  • Mengekalkan deria bau dan rasa yang sihat dan peka


Tip: Tablet Zinc Complex boleh dihancurkan dan digunakan sebagai masker, atau ditaburkan ke atas luka untuk mempercepatkan penyembuhan luka

Saya sendiri mengambil Zinc Complex untuk masalah rambut gugur dan juga buasir.

BACA: Pengalaman Saya Sembuhkan Buasir Dengan Set Buasir Shaklee

Dapatkan Zink Complex hari ini untuk membantu memulihkan kesihatan anda. Zink Complex disarankan dalam Set Kesihatan Lelaki, Set Kesihatan Wanita, Set Prostat, Set Buasir, Set Rambut Gugur, dan Set Kesuburan.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

divendres, 7 d’agost del 2015

Herb-Lax Shaklee Mampu Bantu Atasi Masalah Sembelit dan Buasir

Sembelit dan buasir adalah dua penyakit yang berbeza, namun kedua-duanya berkaitan dan boleh sama-sama mengundang bahaya jika dibiarkan berlarutan.

Sembelit terjadi apabila seseorang mengalami kesukaran membuang air besar akibat najis yang terlalu keras. Sembelit boleh berlaku apabila seseorang memakan makanan yang kurang berserat atau fiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, terlalu kurang minum air juga boleh menyebabkan najis menjadi keras dan sukar untuk dibuang.

Sebab-sebab berlakunya sembelit
Sebab-sebab berlakunya sembelit [Sumber]

Sembelit yang teruk boleh mengakibatkan buasir atau hemorroids. Apabila seseorang meneran dengan terlalu kuat, tekanan pada saluran darah pada bahagian dubur akan menyebabkan saluran darah mengembang dan menjadi gumpalan lembut di bahagian dalam atau luar dubur, atau kedua-duanya sekali.

Saya sendiri telah berjaya menyembuhkan sakit buasir yang dialami selama 6 bulan. Adik perempuan saya juga mengalami buasir akibat seringkali sembelit. Beliau kurang gemar minum air, mengakibatkan sembelit yang kerap.

Namun begitu, setelah mengambil Herb-Lax, masalah sembelit beliau mulai berkurangan. Jika sebelum ini, beliau jarang ke tandas untuk membuang air besar, setelah mengamalkan Herb-Lax, beliau ke tandas sekali sehari pada tiap-tiap hari, dengan pembuangan yang lebih selesa dan tiada sembelit.

Herb-Lax mengandungi gabungan 9 herba semulajadi terbaik dan terpilih seperti alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.

Apakah fungsi herba semulajadi yang terkandung dalam Herb-Lax?

Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.

Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

Buckhorn Bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.

Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.

Fennel Seeds – Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.

Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.

Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.

Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

Kebaikan Herb-Lax Shaklee
Kebaikan Herb-Lax Shaklee

Herb-Lax membantu anda untuk detox iaitu menyingkirkan toksin, lemak, dan lendir yang melekat pada dinding usus anda, sekaligus membersihkan usus dengan sempurna. Dengan usus yang bersih, maka semua nutrien daripada makanan yang kita makan boleh diserap dengan optimum.

BACA: Bagaimana Saya Sembuhkan Buasir Dengan Set Buasir Shaklee

Jika anda mengalami sembelit dan buasir, jangan risau atau malu. Saya pasti Herb-Lax, yang juga termasuk dalam Set Buasir Shaklee mampu membantu anda untuk mendapatkan kesihatan sistem pencernaan dan pembuangan yang lebih sempurna.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dissabte, 1 d’agost del 2015

Pengalaman Saya Sembuhkan Buasir Dengan Set Buasir Shaklee

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada saluran darah yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Tekanan yang tinggi dalam darah di bahagian rektum menyebabkan saluran darah menegang dan membonjol.

Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir luaran dan buasir dalaman. Umumnya, buasir dalaman adalah kurang mengganggu berbanding buasir luaran. Bonjolan atau gumpalan lembut di sekitar bahagian dubur inilah yang menyebabkan ketidakselesaan akibat sakit, gatal dan pedih akibat tersepit, menyebabkan adanya ketulan darah beku di dalamnya. Kadangkala, terdapat titisan darah merah cerah, terutama sekali selepas membuang air besar.

"Hemorrhoid" by WikipedianProlific - [1]. Licensed under CC BY-SA 3.0 via Wikimedia Commons
Beberapa jenis buasir atau hemoroid [Sumber]

Penyebab utama buasir adalah duduk terlalu lama, meneran akibat sembelit atau najis keras, dan cirit birit. Mengangkat beban terlalu berat dan batuk yang teruk juga mungkin boleh menyebabkan buasir. Selain itu, wanita bersalin juga mudah mendapat buasir.

Terdapat beberapa jenis rawatan untuk buasir, seperti mandian Sitz dan pengambilan julap untuk melembutkan najis bagi merawat buasir yang tidak serius. Bagi buasir yang serius pula, anda mungkin perlu melalui rawatan standard, antaranya koagulasi inframerah, elektrokoagulasi bipolar, dan terapi laser.

Pada hujung tahun lepas, saya sendiri telah mengalami sakit buasir. Setelah kembali ke Miri dari Kuching dalam bulan November, saya mendapati bahawa saya kurang kerap ke tandas berbanding sebelumnya. Apabila membuang air besar, saya mengalami sembelit yang teruk dan terpaksa duduk lama di dalam bilik tandas. Saya tidak pernah mengalami sembelit yang teruk sebelum itu, kerana saya mengamalkan minum air putih yang cukup setiap hari, dan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup. Namun, sewaktu berada di Kuching, saya kurang minum air putih, dan saya mengesyaki bahawa itulah penyebab saya mengalami sembelit yang teruk, yang seterusnya menyebabkan buasir.

Saya sangat terkejut apabila mendapati ada bonjolan lembut sebesar kacang pis di bahagian dubur, dan tentunya saya sangat risau kerana takut bonjolan tersebut tidak dapat dihilangkan. Yang bermain-main di minda saya pada masa itu adalah bagaimana jika saya harus menjalani pembedahan? Dalam rasa takut dan malu yang berbaur dengan sakit, gatal, perit dan pedih akibat buasir dalaman dan luaran, saya terus Google untuk mencari maklumat mengenai penyakit buasir.

Oleh sebab saya mengamalkan produk Shaklee, saya terus berikhtiar untuk merawat sendiri penyakit buasir. Dalam Set Buasir Shaklee terdapat Omega Guard, Zinc Complex, dan OsteMatrix.

Set Buasir Shaklee - Omega Guard, Zinc Complex, OsteMatrix
Set Buasir Shaklee - Omega Guard, Zinc Complex, OsteMatrix

Fungsi-fungsi setiap vitamin tersebut adalah seperti berikut:

  • Omega Guard membantu merehatkan saluran darah dan otot yang tegang pada bahagian dubur.  
  • Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan cepat.  
  • OsteMatrix membantu melancarkan pembuangan air besar dan mencegah sembelit, serta memberi keselesaan apabila mengalami luka di bahagian dubur.

Selain daripada 3 jenis vitamin di atas, saya juga mengambil Sustained Release Vita-C Plus untuk mempercepatkan penyembuhan luka, Herb-Lax untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar, dan B-Complex untuk mengawal tekanan atau stress akibat terlalu risau akan sakit buasir yang dialami. Saya juga mengamalkan minum air putih sebanyak 3 liter sehari, dan makan lebih banyak makanan berserat (fiber) untuk membantu pelawasan.

Pada mulanya saya memang sangat risau sebab melalui pembacaan di laman web perubatan, saya dapati kebanyakan buasir luaran mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk sembuh. Hari demi hari, saya bersabar dan berdoa di samping terus mengambil Set Buasir Shaklee untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat rasa gatal dan pedih setiap kali selepas membuang air besar.

Akhirnya setelah 6 bulan, gumpalan di bahagian dubur mengecut dan hilang, dan tidak lagi berulang sehingga ke hari ini.

BACA: Herb-Lax Shaklee Mampu Atasi Masalah Sembelit dan Buasir

Saya bersyukur sangat sebab diperkenalkan kepada produk Shaklee yang sememangnya sentiasa selamat dan berkesan. Sekiranya anda menderita sakit buasir, tidak salah jika anda mencuba Set Buasir Shaklee untuk membantu menyembuhkan buasir dan seterusnya mengelak daripada melakukan pembedahan.




Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...