divendres, 11 de setembre del 2015

5 Tip Penting Untuk Ibubapa Sebelum Memulakan Homeschooling

Setelah membaca tentang 8 kebaikan homeschooling untuk anak-anak, pastinya anda sebagai ibubapa teruja untuk memulakannya. Jangan bertindak tergesa-gesa!

5 Tip Penting Untuk Ibubapa Sebelum Memulakan Homeschooling
5 Tip Penting Untuk Ibubapa Sebelum Memulakan Homeschooling

Baca dulu 5 tip penting untuk ibubapa sebelum memulakan homeschooling.

1. Tahu keperluan homeschooling di lokasi anda
Sebagai ibubapa, anda wajar mengambil tahu tentang bagaimana menjalankan homeschooling di negara kita. Begitu juga jika anda berada di luar negara. Ambil tahu bagaimana anak-anak boleh mengambil ujian atau peperiksaan persendirian berdasarkan sistem pembelajaran yang anda pilih, serta pelan pembelajaran yang bersesuaian dengan usia anak-anak anda.

2. Bersedia secara mental dan fizikal
Anda perlu bersedia bukan sahaja secara mental, tetapi juga fizikal. Apabila mengajar anak-anak di rumah, anda perlu memastikan bahawa jadual harian adalah tersusun supaya anda boleh menjalankan homeschooling tanpa mengabaikan kerja rumah dan kerja anda sendiri. Selain itu anda juga perlu banyak bersabar dengan kerenah anak-anak, dan perlu memastikan anda mempunyai cukup tenaga untuk menjaga dan mendidik mereka.

3. Sediakan ruang belajar
Gunakan Internet untuk melakukan sedikit research tentang homeschooling, seperti cara menghias ruang belajar, aktiviti yang sesuai dengan umur anak-anak, dan sebagainya. Mungkin anda lebih suka akan ruang yang khusus untuk anak-anak belajar dan bermain, atau mungkin anda lebih gemar untuk menggunakan ruang-ruang yang berbeza dalam rumah sebagai tempat anak-anak belajar.

Kanak-kanak lebih gembira jika mereka boleh belajar sambil bermain
Kanak-kanak lebih gembira jika mereka boleh belajar sambil bermain

4. Lakukan kajian tentang homeschooling
Buat research tentang homeschooling. Gunakan Internet untuk mengetahui tentang bagaimana anda boleh memaksimumkan pengalaman homeschooling bersama anak-anak, dan baca buku-buku dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan homeschooling. Dengan sedikit kajian, anda boleh memahami dengan lebih lanjut tentang aktiviti homeschooling yang bersesuaian dengan tahap kemahiran dan umur anak-anak. Anda juga boleh memastikan bahawa semua bahan dan aktiviti kurikulum adalah berkualiti, dan sekaligus tidak mengambil kos yang tinggi.

5. Berkenalan dengan ibubapa lain
Di luar negara seperti di Amerika Syarikat di mana homeschooling adalah sesuatu yang sangat biasa, terdapat banyak conference dan kumpulan sokongan (support group) khusus untuk ibubapa homeschoolers. Anda boleh mengambil bahagian dalam komuniti di lokasi anda atau mengikuti laman sesawang berkaitan dengan homeschooling. Dengan ini, anda boleh berbincang dengan ibubapa lain bagi mendapatkan idea untuk homeschooling. Sekurang-kurangnya, anda ada tempat untuk mengadu jika mempunyai sebarang masalah mengenai anak-anak, dan sebagainya.

Masih belum yakin dengan homeschooling? Anda boleh baca 5 sebab kenapa homeschooling bermanfaat untuk ibubapa.

Jika anda jalankan carian di Google, saya pasti anda akan menemui ramai ibubapa di Malaysia yang telah lama menjalankan homeschooling. Jika anda belum bersedia untuk homeschooling, setidak-tidaknya anda boleh membuat persediaan untuk anak-anak ke prasekolah atau tadika. Jika anda mempunyai kekangan masa atau komitmen kerja, anda masih boleh menjalankan sesi homeschooling, mungkin satu jam sehari. Bagi saya, tiada alasan jika anda inginkan sesuatu.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

6 comentaris:

  1. Tq 4 info..mmg tfikir mau cuba Homeschooling utk anak2 :)

    ResponElimina
    Respostes
    1. Best kan? Boleh jaga dan didik anak2 sekaligus. :)

      Elimina
  2. Gud info. Kalau d sabah ada homeschooling mcm bagus jugakan? Mo usaha cari duit lebih ni hehe. Tanx deb

    ResponElimina
    Respostes
    1. Kalau dah stabil nanti, boleh jak buat homeschooling. :)

      Elimina
  3. bagus info ni. walaupun uncle masih belum berkeluarga mahupun ada anak (anak ikan banyak la) info ini boleh uncle guna pakai untuk masa akan datang

    ResponElimina
    Respostes
    1. Haha anak ikan plak. Sama2 Uncle Zuan, jangan serik, datangla jenguk blog picisan saya lagi. :)

      Elimina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...