dijous, 10 de setembre del 2015

5 Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Minum Coke (Dan Minuman Berkarbonat Lain)

Coca-Cola atau nama ringkasnya Coke adalah minuman berkarbonat yang paling popular di Malaysia. Mudah didapati di pasaraya, kedai runcit, dan restoran makanan segera, minuman Coke menjadi kegemaran ramai. Namun begitu, ramai yang masih lagi tidak menyedari yang minuman berkarbonat seperti Coke memberi banyak kemudaratan kepada kesihatan.

5 Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Minum Coke (Dan Minuman Berkarbonat Lain)
5 Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Minum Coke

Jom baca tentang 5 sebab kenapa anda harus berhenti minum Coke.

1. Menyebabkan kaviti
Apabila mengambil terlalu banyak makanan dan minuman manis dan berasid, gigi akan mudah rosak dan berlubang. Minuman Coke mengandungi gula dan asid, dan boleh merosakkan enamel gigi. Kos untuk membaiki gigi yang rosak adalah mahal, dan adalah lebih baik jika anda mengelak gigi rosak dengan memilih untuk minum air putih berbanding Coke.

2. Risiko kencing manis
Kebanyakan makanan mengandungi karbohidrat tinggi, dan karbohidrat akan ditukar menjadi gula. Jika anda minum Coke, ini akan menambah kadar gula dalam darah dan meningkatkan risiko kencing manis atau diabetis. Diabetis adalah penyakit yang sangat sukar diubat, dan jika serius, anda mungkin terpaksa bergantung kepada mesin dialisis untuk mencuci darah anda seumur hidup.

BACA: Gula Makanan Kanser? Dan 9 Lagi Sebab Untuk Berhenti Ambil Gula

3. Menyebabkan kegemukan
Minuman yang mengandungi gula tinggi akan merendahkan metabolisma badan. Badan anda akan lambat membakar lemak, dan akhirnya anda akan mengalami kegemukan atau obesiti. Coke mengandungi lebih kurang 8 sudu teh gula, jadi wajarlah jika anda berhenti minum Coke untuk mengelakkan kegemukan.

Minuman Coke yang sejuk memang sedap, tetapi tinggi kandungan gula
Minuman Coke yang sejuk memang sedap, tetapi tinggi kandungan gula

4. Mengandungi pemanis tiruan aspartame
Kajian mengenai aspartame, sejenis pemanis tiruan telah mendapati bahawa ianya menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser dan sebagainya.

5. Mempengaruhi kesuburan
Jika anda minum Coke terlalu kerap, sistem reproduktif anda mungkin terjejas. Bahan kimia yang terdapat dalam Coke seperti pewarna, perisa dan pemanis tiruan boleh mengganggu kesihatan organ sistem reproduktif, dan seterusnya mempengaruhi tahap kesuburan.

Saya pasti ada banyak lagi keburukan minum Coke atau minuman berkarbonat lain, tetapi 5 sebab di atas sudah cukup untuk mengingatkan saya supaya berhenti minum Coke selamanya. Jom kita minum lebih banyak air putih dan jus buah segar untuk kesihatan yang lebih baik.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

4 comentaris:

  1. Saya dari dulu xsuka minum minuman bergas. Sudala gula nya tinggi, xsedap, buat gastrik. Huhu.

    A gud info to read. Tq

    ResponElimina
    Respostes
    1. Wah bagus kalau tak suka minuman bergas. Saya dulu masa muda-muda selalu minum, sekarang jer jarang :)

      Elimina
    2. Dulu muda2 minum juga fanta merah. Tp letak susu cair.. supaya gast dia hilang baitu. Tp lama2 mcm xbole telan suda air ggas ni. Xtaulla knpa. Mungkin jga faktor usia kan?? Hehe

      Elimina
    3. First time dengar minum fanta merah dengan susu cair. Iya, saya setuju, umur makin meningkat ni, saya tak tahan dah minum yang manis2.

      Elimina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...