Thursday, 3 September 2015

Bagaimana Melakukan Pengasingan Sisa Di Punca

Mulai 1 September 2015, lebih 2 juta isirumah di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah, dan Johor diwajibkan melakukan pengasingan sisa di punca.

Bagaimana Melakukan Pengasingan Sisa Di Punca
Bagaimana Melakukan Pengasingan Sisa Di Punca

Ada 4 istilah yang penting untuk kita fahami iaitu:

  1. Sisa kitar semula
  2. Sisa tidak boleh dikitar semula
  3. Sisa pukal
  4. Sisa kebun/taman


Infografik Pengasingan Sisa di Punca
Infografik Pengasingan Sisa di Punca

Sisa kitar semula harus dibahagikan kepada 3 kategori berasingan iaitu kertas, plastik, dan lain-lain termasuk tin dan kaca, dan akan dikutip pada hari-hari tertentu setiap minggu.

1. Kertas
Sisa buangan kertas termasuklah bil atau resit, majalah, kadbod, kotak minuman, kertas A4 terpakai, dan suratkhabar.

Digalakkan untuk menggunakan plastik sampah berwarna biru.

2. Plastik
Sisa buangan plastik termasuklah beg plastik, baldi plastik, botol pelembut pakaian, botol minuman, cawan plastik dan botol sabun.

Digalakkan untuk menggunakan plastik sampah berwarna putih.

3. Lain-lain
Sisa buangan lain termasuklah tin aluminium, besi, logam, kaca, seramik, bahan fabrik, kasut, getah, kulit, sisa elektronik, dan sisa berbahaya.

Digalakkan untuk menggunakan plastik sampah berwarna hijau.

Selain 3 bahan utama yang boleh dikitar semula iaitu kertas, plastik, dan tin dan kaca, kita juga harus kenalpasti sisa-sisa yang tidak boleh dikitar semula. Sisa yang tidak boleh dikitar semula termasuklah bahan buangan dapur, sisa makanan, bahan-bahan yang kotor, dan lampin pakai buang terpakai.

Sisa pukal dan sisa kebun juga akan dikutip sekali dengan sisa kitar semula.

Sisa pukal termasuklah sisa yang bersaiz besar seperti peralatan elektrik besar seperti peti sejuk, dan perabot seperti sofa, katil, dan almari.

Sisa kebun atau taman pula termasuklah daun kering, bunga, pelepah kelapa, batang pisang, dan ranting.

Pada pendapat saya, pengasingan sisa di punca adalah satu perubahan yang amat baik dan bermanfaat. Walaupun pada mulanya kita akan rasa bahawa ianya agak menyusahkan dan leceh, namun jika sudah biasa melakukan pengasingan, ianya tidaklah menyusahkan.

Bagi yang belum nampak akan manfaat atau faedah pengasingan sisa di punca, saya akan tulis satu entri berasingan tentang topik tersebut.

Selamat mengitar semula! 


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

2 comments:

  1. mentaliti perlu dipupuk terlebih awal bagi masyarakat malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Masyarakat Malaysia masih sangat kurang daripada segi mentaliti.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...