Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris senaman. Mostrar tots els missatges
Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris senaman. Mostrar tots els missatges

divendres, 14 d’agost del 2015

Pilates + Boxing = Piloxing: Trend Senaman Terbaru di Malaysia

Apa itu Piloxing? Piloxing merupakan gabungan Pilates dan Boxing, yang diasaskan oleh penari dan jurulatih fitness selebriti Sweden, Viveca Jensen. Teras program kecergasan Piloxing ialah setiap individu adalah kuat dan boleh mencapai imej diri yang mereka mahu dengan menjaga kesihatan mereka.

Piloxing - Viveca Jensen
Piloxing - Viveca Jensen

Piloxing menggabungkan tinju (boxing), tarian dan prinsip standing pilates. Gabungan disiplin ini sebagai komponen latihan utama dalam mewujudkan keseimbangan fizikal dan mental.

Menurut Viveca Jensen, melalui Piloxing anda akan dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskular melalui senaman secara berselang yang difokuskan kepada kekuatan dalaman (core). Selain itu, anda akan dapat membakar lemak secara efisyen melalui gabungan teknik dan pergerakan. Anda juga akan mendapat perut, lengan dan peha yang lebih tegang melalui muscle toning and sculpting.

Piloxing - antara gerak Pilates dan boxing
Piloxing - antara gerak Pilates dan boxing

Pertama kali mendengar terma Piloxing, saya terus tertarik. Pada awal tahun ini, saya mencari kelas Zumba di Kuching, Sarawak dan mendapat tahu bahawa kelas Piloxing turut ditawarkan di beberapa gym yang terkenal di Kuching.

Saya tertarik dengan Piloxing kerana ianya menggabungkan Pilates dan boxing, serta elemen tarian. Saya lebih gemar akan senaman yang menyeronokkan seperti Zumba yang tidak terlalu rutin atau monotonous seperti senaman biasa di gym.

Bagaimana dengan anda?



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dissabte, 8 d’agost del 2015

8 Sebab Kenapa Bersenam di Rumah Lebih Baik Daripada Bersenam Di Gym

Bersenam di luar atau di gym, memang ada kebaikannya. Tetapi, jika anda seorang yang pemalu dan pendiam seperti saya, tentunya anda lebih selesa untuk bersenam di rumah. Jom kita baca 8 sebab kenapa bersenam di rumah lebih baik daripada bersenam di gym.

Wanita bersenam di rumah
Wanita bersenam di rumah

Image courtesy of Serge Bertasius Photography at FreeDigitalPhotos.net

1. Cuaca sangat panas dan malas nak keluar?
Anda tidak perlu risau dengan cuaca yang sangat panas atau hujan lebat apabila gym anda cuma di ruang tamu rumah anda yang selesa.

2. Tidak perlu ikut jadual gym
Anda tidak perlu ikut jadual gym anda setiap minggu. Bila-bila masa pun anda boleh bersenam. Jadual harian yang sibuk bukan lagi alasan. Sambil temankan anak-anak pun boleh bersenam juga.

3. Tak perlu kisah macam mana rupa anda
Rambut belum bersikat? Wajah comot tanpa mekap? Tak ada masalah sebab tak ada yang akan tengok anda bersenam selain anak-anak dan suami tersayang. Kalau anda masih single, lagi best! Bersenamlah berpeluh-peluh di ruang tamu anda, tiada siapa yang nampak.

4. Tak perlu risau dengan kuman dan bakteria di gym
Eww! Apabila berkongsi ruang yang panas dengan ramai orang yang sama-sama berpeluh, tentunya ada risiko penyakit. Jadi jika anda bersenam di rumah, sekurang-kurangnya anda tidak perlu risau.

5. Tempat untuk rehat dan rawat yang sangat dekat
Penat giler lepas berzumba? Berpeluh-peluh dan ingin minum minuman shake kegemaran anda? Jika anda bersenam di ruang tamu, dapur kan dekat? Menghidratkan badan lepas bersenam tentunya lebih mudah.

6. Buatlah ekspresi wajah dan bunyi yang anda suka
Tiada siapa akan dengar anda menyanyi (sing-along), mendengus, ataupun menjerit semasa melengkapkan rutin senaman anda. Semuanya dalam keselesaan ruang rumah anda sendiri.

7. Anda boleh berjimat
Tidak perlu pakaian senaman yang mahal atau bayaran keahlian gym. Tidak perlu bayar lebih untuk tol dan petrol.

8. Jadikan senaman aktiviti anda sekeluarga
Eratkan hubungan dengan adik beradik, anak-anak, dan suami dengan beriadah bersama-sama. Main badminton, berzumba, lakukan aktiviti riadah bersama keluarga anda. Seronok kan?

Semoga anda lebih bermotivasi untuk bersenam lepas ni. Selamat bersenam!



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dijous, 30 de juliol del 2015

10 Kebaikan dan Manfaat Zumba Untuk Kesihatan

Zumba logo

Zumba merupakan satu program senaman berunsur tarian yang diasaskan oleh Alberto "Beto" Perez, seorang penari dan choreographer yang berasal dari Colombia. Gerakan dalam Zumba menggabungkan tarian dan senaman aerobik, menggunakan muzik berentak samba, soca, hip hop, salsa, merengue dan mambo.

Zumba semakin mendapat tempat di hati penggemar senaman di Malaysia, dan semakin ramai instructor Zumba bertauliah membuka kelas-kelas Zumba di negara kita.

Jom kita baca lebih lanjut tentang 10 kebaikan dan manfaat Zumba untuk kesihatan kita.

1. Pembakar kalori yang tinggi
Senaman Zumba membolehkan anda membakar 500 hingga 1000 kalori selepas setiap sesi, bergantung kepada tahap intensity sesi tersebut. Ini menjadikan Zumba sebagai satu daripada senaman yang paling berkesan membakar kalori. Dengan menghadiri satu sesi seminggu, anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 1kg sebulan.

2. Senaman seluruh badan
Zumba membolehkan anda membuat senaman seluruh badan atau full body workout. Dengan senaman yang konsisten, anda boleh mendapatkan bentuk badan idaman, otot yang pejal, dan kulit yang tegang serta tidak menggeleber.

3. Senaman yang menyeronokkan
Zumba adalah senaman yang menggabungkan gerakan seumpama tarian dengan muzik yang rancak. Sudah pasti Zumba adalah sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Dengan suasana yang santai dan gerak tari yang menarik, anda akan merasai keseronokan yang mampu membuatkan anda tidak sabar untuk ke kelas Zumba yang seterusnya.

4. Sesuai untuk semua tahap kecergasan
Sama ada anda baru mula bersenam atau sudah biasa bersenam, Zumba adalah untuk semua orang dengan pelbagai tahap kecergasan. Senaman impak rendah dan selamat seperti Zumba boleh diikuti oleh sesiapa sahaja yang sukakan tarian dan muzik yang rancak.

5. Boleh bersosial
Zumba dijalankan dalam kumpulan, jadi anda boleh berkenalan dengan rakan-rakan baharu yang mempunyai minat yang sama. Luaskan rangkaian anda dan anda tidak akan berasa bosan atau jemu bersenam bersendirian lagi.

Beto Perez, pengasas Zumba di satu kelas Zumba di Manchester, England
Beto Perez, pengasas Zumba di satu kelas Zumba di Manchester, England

6. Meningkatkan kecergasan kardiovaskular
Setiap kelas atau sesi Zumba akan menggalakkan anda bergerak aktif dan anda akan merasai sendiri jantung anda berdegup kencang. Ini akan meningkatkan kecergasan kardiovaskular anda dan juga meningkatkan kadar peredaran darah.

7. Lebih motivasi untuk terus aktif
Dengan berZumba dalam satu kumpulan bersama-sama dengan rakan-rakan, anda akan sentiasa bersemangat untuk terus menghadiri kelas Zumba. Dengan terus aktif, anda pasti berjaya mencapai matlamat anda seperti menurunkan berat badan dan sebagainya.

8. Meningkatkan intensity senaman
Kelas-kelas Zumba membolehkan anda meningkatkan kadar intensity senaman anda. Semakin banyak sesi yang anda jalani, semakin tinggi kecergasan anda. Kelas-kelas tinggi intensity akan membolehkan pelepasan HGH (Human Growth Hormone) iaitu sejenis hormon yang menggalakkan perkembangan otot dan meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan. Dengan kadar HGH yang tinggi, anda akan lebih mudah mendapatkan tubuh badan yang lean dan toned.

9. Koordinasi yang lebih baik
Berbanding dengan kelas senaman lain, Zumba membantu anda mendapatkan koordinasi badan yang sempurna. Dengan muzik yang rancak dan gerakan tarian yang pantas, anda perlu belajar setiap gerakan dan menari seiring dengan muzik yang dimainkan dalam satu sesi. Koordinasi yang baik penting untuk mengelakkan kecederaan seperti terseliuh dan sebagainya.

10. Memperbaiki kesihatan mental
Zumba memberi kebaikan bukan sahaja kepada fizikal anda tetapi juga kepada kesihatan mental anda. Senaman Zumba boleh menghilangkan tekanan atau stress, dan juga meningkatkan mood anda, menyebabkan anda berasa lebih gembira. Perasaan gembira ini berkekalan sehingga anda selesai berZumba, dan ini sudah tentu akan memperbaiki kualiti hubungan dan interaksi anda dengan orang-orang di sekeliling anda.

Semoga artikel ini membantu anda memahami 10 kebaikan dan manfaat Zumba untuk kesihatan kita. Selamat berZumba!



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...