Saturday, 24 December 2016

Kenapa Saya Nak Sangat Kurus?

Yang dah kenal saya lama macam my BFF memang tau berapa lama saya struggle dengan masalah kegemukan.

Since saya overweight sejak kecil, memang susah nak turunkan berat badan bila dah dewasa. Dulu mak suka bagi makan sebab suka tengok budak chubby. Orang dulu-dulu mana tau cara pemakanan yang betul sebab dulu makanan berproses pun kurang, penyakit jugak kurang. Jadi kurang kesedaran di situ.

Akibatnya saya menjadi gemuk.


Sedih, tapi nak salahkan mak pun tak boleh. Sekarang timbul kesedaran nak turunkan berat badan dan nak slim down.

Bukan nak kurus giler sampai pinggang 24 inci, tapi cukuplah berat dalam 70 hingga 75kg untuk ketinggian saya 165cm. Kira ngam sangat dah tu.

Saya cuma nak sihat dan nak nampak cantik tanpa perlu memakai baju plus size. Badan pun ringan dan selesa nak bergerak.


Orang yang gemuk ni tak semestinya ada penyakit, tapi dah terbukti yang obesiti ni meningkatkan risiko pelbagai penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. Paling tidak pun sakit lutut sebab badan terlalu berat.

Atas kesedaran nak elak penyakit ni lah saya mula jaga makan dan amalkan supplements. Bila dah kurus nanti bolehlah travel dan backpacking. Taklah penat nak usung beg berat. Hehe.

Jom kita kurus secara sihat. Masih belum terlambat untuk berubah.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...