Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris pemakanan sihat. Mostrar tots els missatges
Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris pemakanan sihat. Mostrar tots els missatges

dissabte, 29 d’agost del 2015

4 Bahan Tambahan Dalam Snek Segera Yang Mesti Dielakkan

Kadangkala, sukar untuk kita mengelak daripada memberi makanan atau snek segera kepada anak-anak. Namun begitu, kita boleh membaca  label atau bungkusan makanan dan mengelakkan bahan-bahan tambahan yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak.

Jom kenalpasti 4 bahan tambahan dalam snek segera yang mesti dielakkan.

1. Monosodium glutamate (MSG)
Hati-hati! Dalam kes yang serius, bahan penambah perisa ini boleh menyebabkan pening kepala, muntah-muntah dan kadar degupan jantung juga meningkat. Bahan MSG ini mungkin ada dalam mi segera dan keropok.

Keropok kentang yang mungkin ada kandungan MSG yang tinggi
Keropok kentang yang mungkin ada kandungan MSG yang tinggi

2. Sirap jagung tinggi fruktosa
Sirap jagung tinggi fruktosa atau high-fructose corn syrup (HFCS) adalah pemanis yang berkaitrapat dengan penyakit kencing manis dan obesiti. Dalam satu kajian di Amerika Syarikat, bahan ini didapati lebih beracun daripada gula biasa, dan boleh mempengaruhi kesihatan otak, menyebabkan seseorang menjadi lembab, lambat belajar dan tidak dapat menyimpan maklumat.

3. Pewarna tiruan
Makanan diberi warna supaya kelihatan lebih menarik, jadi tentunya pewarna tiruan didapati dalam makanan kanak-kanak seperti bijirin sarapan, yogurt, dan bertih jagung ketuhar mikro (microwave popcorn). Terdapat kajian yang mendapati bahawa pewarna tiruan menyebabkan kanak-kanak menjadi hyperaktif. Selain itu, warna karamel yang ditambah dalam minuman Cola juga dikatakan berkaitan dengan peningkatan risiko kanser.

BACA: Cara Mudah Untuk Tambah dan Kekalkan Selera Makan Anak

4. Pemanis tiruan
Kanak-kanak harus dielakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi pemanis tiruan seperti acesulfame potassium, aspartame dan sucralose. Ini kerana bahan-bahan ini menggantikan nutrien yang sihat. Selain itu, pemanis tiruan seperti mannitol dan sorbitol telah dikenalpasti sebagai penyebab ketidakselesaan perut dan cirit birit.

Bijirin sarapan berwarna-warni yang mungkin ada pewarna dan pemanis tiruan
Bijirin sarapan berwarna-warni yang mungkin ada pewarna dan pemanis tiruan

Hati-hati semasa memilih snek segera untuk anak-anak. Baca label dengan teliti dan elakkan 4 bahan tambahan yang telah disenaraikan. Seeloknya berikanlah anak-anak anda makanan yang disediakan di rumah yang semestinya jauh lebih sihat daripada makanan segera yang mungkin mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

divendres, 28 d’agost del 2015

Ba-Na-Na? 10 Khasiat Pisang Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Pisang merupakan buah yang biasa ditemui di negara kita. Buah tropika yang berwarna kuning keemasan apabila masak ini kadangkala dipandang ringan dan tidak dihargai. Namun begitu, tahukah anda bahawa pisang mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan?

Jom baca tentang 10 khasiat pisang untuk kesihatan yang mungkin anda tidak tahu.

10 Khasiat Pisang Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
10 Khasiat Pisang Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

1. Memberi tenaga
Pisang yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral adalah sumber tenaga yang baik. Makan dua biji pisang memberi anda tenaga untuk bersenam selama sejam setengah. Selain itu, pisang juga sesuai dimakan sebagai snek, terutama sekali apabila anda berasa penat atau lesu.

2. Kaya dengan potassium
Pisang mengandungi potassium yang membantu peredaran darah membawa oksigen ke otak. Peredaran darah yang lancar juga mengekalkan degupan jantung yang sihat dan mengimbangkan bendalir badan. Selain itu, potassium juga membantu mengurangkan risiko strok dan mengawal tekanan darah.

3. Untuk masalah sembelit
Pisang boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Ini adalah kerana pisang mengandungi serat atau fiber yang boleh mengembalikan dan mengekalkan fungsi usus yang baik, dan tidak memberi kesan sampingan seperti cirit birit.

4. Memberi mood yang baik
Pisang mengandungi tryptophan, bahan kimia yang juga terkandung dalam daging ayam belanda (turkey). Tryptophan mengandungi protein yang membantu minda untuk berehat, dan memberi rasa tenang dan gembira.

5. Melegakan ketika sedang datang bulan
Pisang mengandungi vitamin B6 yang membantu mengawal kadar gula dalam darah dan memberi mood yang baik ketika datang bulan. Pisang merupakan pengganti yang baik berbanding ubat, dan boleh melegakan sakit-sakit badan dan senggugut ketika haid.

Muffin pisang yang sangat lazat
Muffin pisang yang sangat lazat

6. Baik untuk kesihatan minda
Pisang boleh meningkatkan kesihatan minda dan kecerdasan. Menurut satu kajian, potassium dalam buah pisang boleh meningkatkan kecerdasan dan memberikan pemikiran yang lebih tajam. Pelajar yang makan pisang dengan kerap juga boleh memberi tumpuan yang lebih baik dalam kelas.

7. Membantu berhenti merokok
Pisang mengandungi pelbagai vitamin dan khasiat yang mampu membantu perokok untuk berhenti merokok. Kandungan vitamin B dan mineral dalam pisang mampu mengurangkan kesan fizikal dan psikologi akibat ketiadaan nikotin.

8. Baik untuk wanita mengandung
Pisang mempunyai kesan menenangkan yang baik untuk ibu mengandung yang mahu melawan kesan loya dan muntah. Pisang juga menambah zat dalam badan dan mengawal gula dalam darah. Selain itu, pisang membantu mengawal suhu bahan wanita mengandung.

9. Melegakan ulser perut
Pisang mampu mengurangkan keasidan dalam perut dan melegakan pedih ulu hati dengan memberi lapisan perlindungan pada dinding perut. Pisang juga mengurangkan risiko gastrik dengan bertindak memberi rasa kenyang yang lama.

BACA: Atasi Sakit Gastrik Dengan Energizing Soy Protein

10. Kaya dengan zat besi
Untuk yang mengalami kekurangan zat besi, pisang merupakan sumber zat besi yang baik. Ini membantu menggalakkan penghasilan hemoglobin yang membantu darah membeku dengan cepat dalam kes seperti luka atau kecederaan yang serius.

Smoothie pisang yang sedap dan sesuai untuk yang berdiet
Smoothie pisang yang sedap dan sesuai untuk yang berdiet

Pisang memang sedap. Pisang boleh dibuat cucur untuk minum petang, dicampur dengan bijirin seperti oat untuk sarapan, dan dijadikan pencuci mulut seperti banana split dan sebagainya. Pisang juga sedap dijadikan muffin dan kek, serta lazat dijadikan smoothie untuk mereka yang sedang berdiet.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dijous, 27 d’agost del 2015

5 Cara Mudah Ubah Pemakanan Jadi Lebih Sihat

Kehidupan yang semakin sibuk dengan kerjaya dan keluarga, ditambah dengan kepesatan pembangunan tentunya sedikit sebanyak menambah tekanan kepada kita. Segalanya harus sedap, cepat dan mudah, dan ini termasuklah cara pemakanan kita.

Bagaimana caranya kita hendak pastikan bahawa cara pemakanan kita sentiasa sihat?

Jom baca tentang 5 cara mudah ubah pemakanan menjadi lebih sihat.

1. Masak dan makan lebih kerap di rumah
Dengan memasak di rumah, anda boleh memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan adalah yang terbaik. Kurangkan memasak makanan segera seperti mi instant, sosej, dan makanan beku lain, tetapi cuba beli bahan-bahan yang segar dan belum diproses, seperti daging, ikan, dan sayuran yang segar. Selain itu, dengan memasak sendiri di rumah, anda boleh mengawal kadar garam, gula, dan minyak yang digunakan dalam masakan. Tentunya lebih seronok apabila satu keluarga makan bersama-sama di rumah berbanding di luar, dan anda juga boleh berjimat.

Masaklah dengan bahan-bahan yang segar
Masaklah dengan bahan-bahan yang segar

2. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman
Gantikan minuman manis dengan air putih atau minuman kurang manis. Sewaktu memasak, kurangkan gula dalam makanan, dan kurangkan membeli makanan yang manis-manis seperti kuih muih, pastri, coklat, gula-gula, dan sebagainya untuk mengelakkan anda terbiasa dengan makanan yang terlalu manis. Anda juga boleh gantikan gula dengan madu asli.


3. Gantikan santan kelapa dengan susu cair
Apabila memasak lauk pauk yang memerlukan santan, gunakan susu cair. Santan kelapa mengandungi lemak yang tinggi. Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat mengelak daripada menggunakan santan, masukkanlah sedikit sahaja, dan selebihnya digantikan dengan susu cair yang kurang lemak dan kurang kalori.

Elakkan makan makanan segera seperti burger dan french fries
Elakkan makan makanan segera seperti burger dan french fries

4. Elakkan menggoreng makanan
Pelbagaikan cara penyediaan makanan selain menggoreng dengan minyak yang banyak (deep fry). Anda boleh memasak dengan cara merebus, mengukus, memanggang, menggrill, ataupun menggoreng dengan minyak yang sedikit (stir fry). Selain itu, anda juga boleh menggoreng tanpa minyak dengan menggunakan peralatan seperti air fryer.

5. Gantikan makanan ringan dengan snek alternatif
Jika anda dan anak-anak gemarkan makanan ringan atau jajan, gantikan dengan snek alternatif yang lebih sihat. Snek seperti keropok, coklat, asamboi, dan kek memang sedap, tetapi juga tinggi kandungan gula dan kalori. Cuba resipi snek alternatif yang lebih sihat seperti snek kerepek pisang atau keledek homemade yang dibakar dalam ketuhar tanpa minyak dan kurang bahan perisa tambahan.

Aiskrim memang sedap, tapi harus dikurangkan
Aiskrim memang sedap, tapi harus dikurangkan

Tak susah jika anda rajin mencari alternatif untuk makanan yang lebih sihat. Semuanya untuk kesihatan anda dan keluarga juga. Jom cuba!


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dissabte, 22 d’agost del 2015

10 Khasiat dan Manfaat Terbaik Madu Untuk Kesihatan

Madu asli memang terkenal dengan seribu satu khasiat. Rasanya yang manis dan lazat menjadikannya sumber pemanis yang baik untuk kesihatan.

Tahukah anda bahawa madu terdapat dalam pelbagai jenis warna dan rasa? Warna dan rasa madu yang berbeza ini bergantung kepada spesis lebah dan jenis bunga yang menjadi sumber nektar.

Jom baca dengan lebih mendalam tentang 10 khasiat terbaik madu untuk kesihatan.

1. Melegakan batuk dan sakit tekak
Madu telah terbukti boleh melegakan batuk dan sakit tekak. Menurut satu kajian di Penn State College of Medicine, madu telah membantu melegakan batuk dalam kalangan kanak-kanak, mengurangkan batuk pada waktu malam dan membantu mereka tidur dengan lebih nyenyak. Ini membuktikan bahawa madu lebih baik daripada ubat batuk.

2. Meningkatkan daya ingatan
Madu boleh membantu meningkatkan daya ingatan. Pengambilan madu yang konsisten boleh membantu memperbaiki ingatan dan menghindar penyakit nyanyuk.

Madu dalam balang kaca
Madu dalam balang kaca

3. Membantu menyembuhkan luka
Luka dan kesan bakar yang disapu dengan madu boleh menyembuh dengan cepat berbanding yang tidak disapu dengan madu. Madu juga membantu melindungi luka daripada dijangkiti kuman. Selain itu, luka yang telah dijangkiti kuman juga boleh sembuh dengan baik setelah disapu dengan madu.

4. Memberi pelbagai jenis nutrien
Madu mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti niasin, riboflavin, asid pantothenic, kalsium, kuprum, besi, magnesium, mangan, fosforus, potasium dan zink. Oleh itu, madu adalah lebih baik daripada gula biasa kerana ia memberi lebih zat untuk setiap kalori berbanding gula.

5. Berpotensi menghalang pengurangan sel darah putih
Madu berpotensi membantu menghalang pengurangan sel darah putih akibat kesan kemoterapi. Dalam satu kajian, beberapa pesakit kanser yang menghadapi risiko neutropenia atau kurang sel darah putih telah mengambil madu setiap hari, dan telah mengurangkan risiko neutropenia tersebut.

6. Melegakan alahan atau alergi
Madu boleh membantu melegakan alahan. Madu adalah bersifat anti-radang, sekaligus boleh membantu mengurangkan kesan-kesan alahan seperti batuk dan sebagainya.

7. Membunuh bakteria yang tahan antibiotik
Dalam beberapa kajian klinikal, madu terbukti boleh membunuh bakteria yang terdapat dalam makanan seperti E. coli dan salmonella, dan juga Staphylococcus aureus dan Pseudomonas aeruginosa, yang biasa ditemui di hospital dan pejabat doktor.


Madu pelbagai warna dan rasa
Madu pelbagai warna dan rasa

8. Membantu dalam mengurangkan kesan alkohol
Madu boleh membantu mengurangkan kesan alkohol dengan meningkatkan daya metabolisma badan. Ini membantu mengurangkan kesan mabuk akibat minum minuman beralkohol dan membantu mengurangkan tahap alkohol dalam darah.

9. Memberi tenaga untuk bersukan
Ramai atlit mengambil minuman sukan yang tinggi kandungan gula untuk memberi tenaga sebelum aktiviti sukan. Untuk tujuan yang sama, madu boleh memberi tenaga secara alami yang jauh lebih baik berbanding sumber lain kerana madu mengandungi nutrien yang pelbagai.

10. Mengurangkan masalah kulit kepala dan kelemumur
Madu yang dilarutkan dalam air suam dan digosok lembut pada kulit kepala dan rambut boleh membantu mengurangkan masalah kelemumur dan kulit kepala berminyak. Selain boleh membantu mengurangkan kegatalan, kelemumur juga berkurangan dan rambut juga boleh tumbuh dengan lebih baik.

Madu yang terbaik tentunya madu asli dan bukan madu komersial yang mungkin ditambah dengan gula. Madu asli memang sangat sedap dicampurkan dengan air suam kosong atau dengan lemon ataupun ke dalam teh panas. Jika anak-anak demam dan batuk-batuk, boleh cuba beri madu asli atau air suam dicampur dengan madu asli untuk membantu melegakan batuk. Untuk yang ingin menurunkan berat badan pula, gantikan gula dengan madu sebagai pemanis minuman dan makanan. Selamat mencuba!


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

divendres, 21 d’agost del 2015

11 Khasiat Lemon Untuk Kesihatan Yang Mesti Anda Tahu

Lemon adalah sejenis buah sitrus yang banyak digunakan dalam masakan barat dan juga dalam pelbagai jenis pastri.

Air lemon pada asalnya memang berasid, sama seperti jus buah-buahan sitrus yang lain. Namun begitu, apabila air lemon memasuki sistem penghadaman, ia akan bertukar menjadi alkali. Sifat alkali air lemon inilah yang memberi banyak manfaat kepada kesihatan.

Jom baca lebih lanjut tentang 11 khasiat hebat lemon untuk kesihatan.


Lemon yang telah dihiris nipis
Lemon yang telah dihiris nipis

1. Mengurangkan keradangan
Lemon mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan. Amalan minum air lemon setiap hari boleh mengurangkan keasidan dalam badan. Jika badan terlalu berasid, maka penyakit akan mudah menyerang. Lemon boleh menyingkirkan asid urik dalam sendi-sendi, yang merupakan satu daripada punca-punca keradangan.

2. Membantu penghadaman
Lemon yang bersifat alkali boleh menggalakkan penghadaman yang sihat dengan menyingkirkan toksin dalam saluran pencernaan. Selain itu, lemon juga membantu melegakan simptom ketidakhadaman seperti sendawa, kembung, dan pedih ulu hati.

3. Membantu menurunkan berat badan
Lemon mengandungi serat pektin (pectin) yang membantu dalam menghalang rasa ingin makan atau cravings. Ini terbukti boleh membantu menurunkan berat badan.

4. Membersihkan sistem badan
Lemon membantu mengeluarkan toksin dalam badan dengan meningkatkan fungsi enzim dan merangsang fungsi hati.

5. Memastikan kulit wajah bebas cacat cela
Antioksidan dalam lemon bukan sahaja boleh membantu mengurangkan jerawat, tetapi juga mengurangkan kedutan. Lemon juga boleh digunakan untuk memudarkan parut dan kesan penuaan. Selain itu, lemon membantu mendetoks darah, dan seterusnya mengekalkan keserian kulit.

Air lemon dalam mason jar
Air lemon dalam mason jar

6. Merangsang sistem imun
Vitamin C yang terkandung dalam lemon boleh membantu meningkatkan fungsi sistem imun. Apabila menghadapi tekanan, kadar vitamin C dalam badan akan menurun, dan inilah sebabnya vitamin C disarankan pengambilannya apabila menghadapi tekanan.

7. Sumber kalium yang baik
Lemon kaya dengan kandungan kalium yang baik untuk kesihatan jantung, otak, dan fungsi saraf.

8. Membantu menyegarkan nafas
Selain boleh menyegarkan nafas, lemon juga boleh melegakan sakit gigi dan gingivitis. Walaupun begitu, asid sitrik dalam lemon boleh menghakis enamel gigi, jadi berus gigi anda selepas meminum air lemon.

9. Memberi anda rangsangan tenaga
Lemon memberi tenaga kepada badan apabila memasuki saluran penghadaman. Selain itu, lemon juga membantu mengurangkan kebimbangan dan kemurungan. Bau lemon juga memberi kesan menenangkan kepada sistem saraf.

10. Membantu mengurangkan pengambilan kafein
Dengan menggantikan kopi dengan secawan air lemon panas, anda akan berasa segar dan tidak perlu mengambil minuman berkafein yang bersifat diuretic atau menyingkirkan air daripada badan.

11. Membantu melawan jangkitan virus
Air lemon panas adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan jangkitan virus dan sakit tekak. Selain itu, air lemon juga meningkatkan sistem imun, dan  membantu melawan jangkitan virus.

Saya gemar minum air lemon suam dengan sedikit madu asli. Sejuk pun sedap dan menyegarkan, terutama sekali dengan cuaca Malaysia yang agak panas kebelakangan ini. Air lemon juga baik untuk anda yang sering batuk dan sakit tekak. Jom cuba!



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dijous, 20 d’agost del 2015

10 Khasiat Halia Untuk Kesihatan

Halia telah lama digunakan dalam kebanyakan masakan Asia, seperti di Jepun, India, Cina, dan juga Malaysia. Boleh digunakan dalam bentuk segar atau kering, serbuk atau dijeruk, mahupun dalam bentuk jus atau minyak.

Selain memberikan rasa dan aroma yang sedap dalam masakan, halia juga terkenal dengan kebaikannya sebagai penawar penyakit.

Mari kita baca dengan lebih lanjut tentang 10 khasiat halia untuk kesihatan.

1. Mengurangkan masalah respiratori
Halia yang bersifat antihistamine boleh membantu mengurangkan alergi atau alahan, penyebab utama masalah respiratori atau pernafasan seperti asma dan bronkitis. Halia juga membantu menggalakkan rembesan mukus dan mengurangkan pengecutan saluran pernafasan, selain boleh mengurangkan batuk dan sakit tekak akibat demam selesema.

Halia yang sudah dibersihkan
Halia yang sudah dibersihkan

2. Mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah
Menurut kajian, halia boleh melegakan rasa loya yang dialami selepas pembedahan, atau disebabkan oleh mabuk laut dan sebagainya. Halia juga boleh membantu mengurangkan rasa loya-loya akibat kesan selepas rawatan chemotherapy.

3. Melegakan simptom loya dan muntah semasa mengandung
Wanita mengandung boleh mengambil halia untuk melegakan dan menghindar simptom loya dan muntah. Namun begitu, pengambilan halia oleh wanita mengandung haruslah berdasarkan nasihat doktor.

4. Membantu menambahkan selera makan
Bagi yang sering kurang selera makan, halia boleh membantu mengembalikannya dengan menggalakkan penghasilan enzim penghadaman dalam perut.

5. Boleh memperbaiki sistem penghadaman
Halia berfungsi meningkatkan penyerapan nutrien dan membantu penghadaman, selain boleh membantu memecahkan protein dalam makanan. Halia juga menggalakkan penghasilan mukus dalam perut, dan ini membantu melindungi perut.

6. Menyingkirkan gas atau angin
Halia boleh menyingkirkan gas atau angin daripada badan. Ini membantu mengurangkan angin dalam badan dan juga mengelakkan kembung perut.

Teh halia dan lemon panas
Teh halia dan lemon panas

7. Mengurangkan sakit ketika haid
Halia boleh membantu mengurangkan sakit atau senggugut ketika datang bulan atau haid. Boleh dimakan ketika permulaan haid ataupun diminum air rebusannya, halia boleh mengurangkan kesakitan atau ketidakselesaan ketika datang bulan.

8. Melegakan sakit kepala
Halia boleh melegakan sakit dan juga mengurangkan inflamasi pada saluran darah, seterusnya memberikan rasa lega daripada sakit kepala akibat migrain atau pening kepala.

9. Membantu melegakan sakit sendi dan otot
Halia boleh membantu melegakan sakit sendi dan otot yang terjadi sama ada akibat senaman mahupun penyakit seperti osteoartritis.

10. Boleh mengurangkan risiko kanser
Halia mengandungi antioksidan yang boleh menggalakkan penyingkiran sel-sel mati secara normal yang dipanggil apoptosis, dan seterusnya menghalang penghasilan beberapa jenis protein yang mungkin membentuk sel-sel kanser.

Pernah minum teh halia panas dengan madu dan lemon? Rasanya sangat sedap, dan saya sering minum untuk melegakan ketidakselesaan apabila datang bulan serta mengurangkan kembung perut. Cuma rendam 2 atau 3 hirisan nipis halia dalam air panas atau air teh selama beberapa minit dan tambahkan sesudu kecil madu asli dan sedikit perahan lemon. Selamat mencuba!


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...