dijous, 20 d’agost del 2015

10 Khasiat Halia Untuk Kesihatan

Halia telah lama digunakan dalam kebanyakan masakan Asia, seperti di Jepun, India, Cina, dan juga Malaysia. Boleh digunakan dalam bentuk segar atau kering, serbuk atau dijeruk, mahupun dalam bentuk jus atau minyak.

Selain memberikan rasa dan aroma yang sedap dalam masakan, halia juga terkenal dengan kebaikannya sebagai penawar penyakit.

Mari kita baca dengan lebih lanjut tentang 10 khasiat halia untuk kesihatan.

1. Mengurangkan masalah respiratori
Halia yang bersifat antihistamine boleh membantu mengurangkan alergi atau alahan, penyebab utama masalah respiratori atau pernafasan seperti asma dan bronkitis. Halia juga membantu menggalakkan rembesan mukus dan mengurangkan pengecutan saluran pernafasan, selain boleh mengurangkan batuk dan sakit tekak akibat demam selesema.

Halia yang sudah dibersihkan
Halia yang sudah dibersihkan

2. Mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah
Menurut kajian, halia boleh melegakan rasa loya yang dialami selepas pembedahan, atau disebabkan oleh mabuk laut dan sebagainya. Halia juga boleh membantu mengurangkan rasa loya-loya akibat kesan selepas rawatan chemotherapy.

3. Melegakan simptom loya dan muntah semasa mengandung
Wanita mengandung boleh mengambil halia untuk melegakan dan menghindar simptom loya dan muntah. Namun begitu, pengambilan halia oleh wanita mengandung haruslah berdasarkan nasihat doktor.

4. Membantu menambahkan selera makan
Bagi yang sering kurang selera makan, halia boleh membantu mengembalikannya dengan menggalakkan penghasilan enzim penghadaman dalam perut.

5. Boleh memperbaiki sistem penghadaman
Halia berfungsi meningkatkan penyerapan nutrien dan membantu penghadaman, selain boleh membantu memecahkan protein dalam makanan. Halia juga menggalakkan penghasilan mukus dalam perut, dan ini membantu melindungi perut.

6. Menyingkirkan gas atau angin
Halia boleh menyingkirkan gas atau angin daripada badan. Ini membantu mengurangkan angin dalam badan dan juga mengelakkan kembung perut.

Teh halia dan lemon panas
Teh halia dan lemon panas

7. Mengurangkan sakit ketika haid
Halia boleh membantu mengurangkan sakit atau senggugut ketika datang bulan atau haid. Boleh dimakan ketika permulaan haid ataupun diminum air rebusannya, halia boleh mengurangkan kesakitan atau ketidakselesaan ketika datang bulan.

8. Melegakan sakit kepala
Halia boleh melegakan sakit dan juga mengurangkan inflamasi pada saluran darah, seterusnya memberikan rasa lega daripada sakit kepala akibat migrain atau pening kepala.

9. Membantu melegakan sakit sendi dan otot
Halia boleh membantu melegakan sakit sendi dan otot yang terjadi sama ada akibat senaman mahupun penyakit seperti osteoartritis.

10. Boleh mengurangkan risiko kanser
Halia mengandungi antioksidan yang boleh menggalakkan penyingkiran sel-sel mati secara normal yang dipanggil apoptosis, dan seterusnya menghalang penghasilan beberapa jenis protein yang mungkin membentuk sel-sel kanser.

Pernah minum teh halia panas dengan madu dan lemon? Rasanya sangat sedap, dan saya sering minum untuk melegakan ketidakselesaan apabila datang bulan serta mengurangkan kembung perut. Cuma rendam 2 atau 3 hirisan nipis halia dalam air panas atau air teh selama beberapa minit dan tambahkan sesudu kecil madu asli dan sedikit perahan lemon. Selamat mencuba!


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...