dimarts, 25 d’agost del 2015

15 Tanda-Tanda Anda Perlu Minum Lebih Air

Air adalah penting untuk tubuh badan kita. Kita perlu minum air yang cukup setiap hari kerana air diperlukan untuk pelbagai proses dalam tubuh seperti melindungi organ-organ penting, menyingkirkan toksin, membantu penyerapan nutrien dengan lebih berkesan, mengawal kadar suhu badan, dan banyak lagi.

Jom baca 15 tanda-tanda anda perlu minum lebih air.

1. Dahaga
Rasa dahaga adalah satu tanda yang anda perlu minum lebih air. Ini adalah cara badan memberitahu anda untuk meningkatkan pengambilan air.

2. Mulut terasa kering
Jika mulut anda terasa kering, ini adalah tanda yang ketara bahawa anda perlu minum lebih air. Mulut kering juga akan menyebabkan mulut berbau, jadi minumlah lebih banyak air terutama sekali bagi yang bekerja dalam pejabat berhawa dingin.

Air penting untuk kelancaran fungsi-fungsi organ dalam badan manusia
Air penting untuk kelancaran fungsi-fungsi organ dalam badan manusia

3. Air kencing berwarna gelap
Bagi yang cukup minum air, warna air kencing yang biasa adalah kuning cair ke jernih tidak berwarna. Warna air kencing yang lebih pekat, gelap serta berbau kuat adalah tanda anda perlu minum lebih air.

4. Kurang air mata
Jika anda tidak boleh berair mata ketika menangis, maka ini adalah tanda anda kekurangan air dan mungkin mengalami dehidrasi.

5. Keletihan
Air merupakan sumber tenaga, jadi jika anda mengalami keletihan dan sering tidak bertenaga, ini bermaksud anda kekurangan air.

6. Rasa lapar
Rasa dahaga boleh dikelirukan dengan rasa lapar. Jika anda sering rasa lapar, cuba minum segelas air terlebih dahulu, kerana rasa lapar yang kerap mungkin bermaksud anda perlukan air.

7. Kulit kering
Kulit adalah organ terbesar pada badan manusia. Jika kulit anda kering, bersisik, atau mengelupas, anda perlu minum air dengan lebih banyak untuk mengekalkan kelembapan kulit.

8. Kurang berpeluh
Apabila badan mengalami dehidrasi, ia akan kurang menghasilkan peluh. Ini adalah kerana peluh dihasilkan daripada air dalam badan.

Jus oren segar - antara sumber air selain air masak atau air putih
Jus oren segar - antara sumber air selain air masak atau air putih

9. Pening dan ringan kepala
Dehidrasi boleh menyebabkan rasa ringan kepala (dizziness), pening-pening dan rasa hendak pengsan. Segera minum air apabila anda terasa sedikit pening ketika berdiri terlalu pantas.

10. Kejang otot
Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan boleh menyebabkan kekejangan otot yang berterusan semasa atau selepas bersenam. Ini juga disebabkan oleh dehidrasi.

11. Degupan jantung tidak normal (heart palpitations)
Apabila terdapat kekurangan bekalan darah dan perubahan elektrolit dalam badan yang disebabkan dehidrasi, jantung mungkin akan berdegup secara tidak normal dan tidak tetap.

12. Kulit kurang anjal
Keanjalan kulit berkurangan disebabkan kekurangan air. Apabila kulit lambat kembali ke keadaan normal setelah dicubit dan ditarik sedikit, ini bermakna anda perlu minum air lebih.

13. Sembelit
Dehidrasi berlaku apabila kolon cuba menyimpan air. Ini menyebabkan kolon menyerap banyak air daripada makanan kita, dan menyebabkan najis menjadi keras dan kering.

Tembikai - antara buah yang kaya dengan air
Tembikai - antara buah yang kaya dengan air

14. Strok haba (heatstroke)
Peluh adalah terdiri daripada air. Apabila badan kita mengalami dehidrasi, kita akan berhenti berpeluh dan seterusnya menjadi panas dengan cepat. Ini akan menyebabkan strok haba dan boleh membawa mudarat kepada kita.

15. Migrain
Migrain terjadi apabila badan kita terdehidrasi. Untuk mengelakkan migrain, minumlah lebih banyak air.

Tahukah anda bahawa jumlah air yang harus diminum adalah 1 liter bagi setiap 25 kg berat badan kita? Jadi jika anda seberat 75 kg, anda perlu minum 3 liter air. Namun begitu, jika anda sering manjalankan aktiviti berat seperti bersukan ataupun tinggal di negara yang panas seperti negara kita, anda perlu minum lebih banyak air.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

2 comentaris:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...