Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris kesihatan kanak-kanak. Mostrar tots els missatges
Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris kesihatan kanak-kanak. Mostrar tots els missatges

dijous, 22 de setembre del 2016

Cara Mendapat Kepercayaan Keluarga Dalam Bisnes Shaklee

Semasa mula-mula menjadi ahli dan mengambil produk Shaklee pada awal 2014, yang turut sama membeli dan mencuba ialah adik perempuan saya.

Tak susah nak convince sebab dia kerja sebagai nurse jadi masa tu dia nak sangat sakit lutut hilang. Dia cuba AJHT dan Ostematrix dan repeat order sebab lututnya betul-betul pulih.

Lepas tu slowly adik lelaki pulak cuba supplements untuk kulit, pun ada kesan positif. Jerawat berkurangan dan kulit wajah semakin elok.

Tengok testimoni adik lelaki pada gambar ye.

Testimoni Set Jerawat - Zinc Complex, ESP, Vita-C Plus dan B-Complex
Testimoni Set Jerawat - Zinc Complex, ESP, Vita-C Plus dan B-Complex

My nephew Nath memang saya bagi minum Meal Shakes seawal umurnya setahun lebih sehinggalah sekarang he's almost 3 years old. Dah order pun Meal Shakes ketiga untuknya.

Lepas setahun lebih join jadi ahli, saya slow down menjual dan hujung tahun lepas, saya mula aktif berkongsi dan menjual Shaklee.

My nephew Nath - Shaklee Baby Kami
My nephew Nath - Shaklee Baby Kami

Syukur sangat sebab mak pun dah cuba Ostematrix dan Alfalfa Complex dan setiap bulan memang repeat order.

My dad pulak pernah cuba produk Shaklee tapi tak continue. Not so sure kenapa sebab saya pun tak nak tanya dan tak nak paksa.

My parents memang sangat susah untuk diyakinkan tentang Shaklee ni.

I think nak kena bagi diorang cuba Vivix kot. Vivix kan mudah di consume dan kesannya pun cepat.

Hopefully lepas ni bonus setiap bulan bertambah dan boleh buktikan kepada my parents yang bisnes Shaklee ni bukan bisnes main-main.

Maybe a stable monthly income of at least 5 digits will truly convince them.

Doakan saya pujuk hati diorang.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

divendres, 16 de setembre del 2016

5 Tips Bantu Anak Bersemangat Kembali ke Sekolah

Lepas cuti lama, anak-anak selalunya liat nak kembali ke sekolah. Time ni la ada yang malas nak bangun pagi, mengantuk di sekolah, dan kurang fokus dalam kelas.

Jom baca 5 tips bantu anak-anak bersemangat untuk kembali ke sekolah:

1. Ingatkan anak yang lagi beberapa hari lagi cuti habis dan sekolah start balik. Biar anak bersedia untuk ke sekolah. Ingatkan diorang until siapkan homework jugak.

2. Temankan anak buat homework dan kemas beg sekolah. Jangan marah jika diorang ada banyak homework tertunggak. Takut nanti diorang tak suka nak kembali ke sekolah sebab asyik kena marah buat homework last minute. Beri pujian setelah semuanya siap.

3. Siapkan keperluan anak-anak lebih awal. Contohnya gosok pakaian seragam sekolah awal-awal, biar diorang bersemangat dan tak sabar nak pakai baju sekolah yang bersih, cantik dan kemas.

Set Kembali ke Sekolah Shaklee - Nutriferon, Omega Guard, Meal Shakes, Chewable Vita-C Plus, Vita-Lea for Children
Set Kembali ke Sekolah Shaklee - Nutriferon, Omega Guard, Meal Shakes,
Chewable Vita-C Plus, Vita-Lea for Children

4. Beri diorang supplements yang cukup, bersesuaian dengan umur:
.
- Omega Guard untuk kesihatan dan ketajaman minda
.
- Vita-Lea for Children sebagai multivitamin
.
- Chewable Vita C untuk tingkatkan sistem imun
.
- Meal Shakes untuk tambah selera makan
.
- Nutriferon sebagai perisai untuk tingkatkan daya tahan tubuh melawan penyakit

5. Be creative. Hari pertama nak kembali ke sekolah lepas cuti panjang, sediakan breakfast dan bekal yang sedap untuk anak, dalam tupperware yang comel. Jangan lupa beri anak minum Meal Shakes yang ada banyak vitamin.

Semoga 5 tips ni membantu anda atasi masalah anak-anak liat nak kembali ke sekolah. Good luck!



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dijous, 15 de setembre del 2016

Produk Shaklee Untuk Orang Tersayang - Meal Shakes

This is Nath, my one and only nephew. I've been taking care of him since he was 3 months old. Since dia umur setahun lagi saya dah bagi dia minum Meal Shakes. Dia ni tak minum susu ibu langsung, so memang tak chubby macam baby yang fully breastfed.

My Shaklee Baby Aaron Nathaneal

Cuba tengok pic tu. Boleh nampak kan beza badan Nath ni selepas minum Meal Shakes? Now at almost 3, dia berat sangat. Lebih 15kg hehe. Nak carry memang terasa jugak lah penat. Masih lagi amalkan Meal Shakes sebab dia kurang makan sayur. Meal Shakes ni ada semua vitamin dan mineral yang penting untuk kanak-kanak.

Selera makan tak payah cakap. Meal Shakes memang banyak membantu kekalkan selera makan Nath.

Masa Nath demam selesema, pernah jugak bagi dia Omega Guard. Memang berkesan untuk mencairkan hingus. Lagi satu, Omega Guard ni baik untuk perkembangan minda kanak-kanak. Sebab tu Nath ni pintar kot, for his age.

Now dia dah boleh hafal dan kenal ABC sampai Z dan 123 sampai 10. Pastu nursery rhymes pun dia boleh nyanyi, walaupun sebutan tak betul. Lately dia suka main football dengan grandpa dia. I'm such a proud aunty!

I feel so blessed sebab kenal Shaklee dan boleh bantu improve kesihatan family. Thank you Shaklee!



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dimecres, 2 de setembre del 2015

Bahaya Kanak-Kanak Ketagih Bermain Gadget Pintar (Dan Cara Mengatasinya)

Sebagai ibubapa, kita tentunya inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Namun begitu, yang terbaik bagi kita tidak semestinya baik untuk anak-anak. Ini termasuk memberi atau membeli gadget elektronik pintar seperti tablet dan telefon pintar untuk anak-anak, terutama sekali kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Bahaya kanak-kanak ketagih bermain gadget pintar (dan cara mengatasinya)
Bahaya kanak-kanak ketagih bermain gadget pintar (dan cara mengatasinya)

Tahukah anda bahawa membiarkan anak-anak menggunakan gadget pintar terlalu lama atau terlalu kerap mungkin akan menyebabkan ketagihan yang membawa banyak kemudaratan?

Berikut adalah 4 sebab utama gadget pintar adalah tidak baik untuk kanak-kanak:

1. Menghalang kreativiti 
Gadget adalah medium pengajar yang baik, tetapi tidak menggalakkan kanak-kanak belajar secara inovatif. Kanak-kanak yang terlalu bergantung kepada gadget sejak usia yang terlalu muda akan mempunyai kreativiti yang terhad terutama ketika cuba menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana kanak-kanak tersebut sering disuap atau spoon-fed dengan maklumat.

2. Mengurangkan interaksi
Kanak-kanak yang terlalu sibuk dengan gadget akan kurang berinteraksi atau berbual dengan ibubapa. Kanak-kanak mungkin menjadi pendiam, dan dalam kes yang lebih teruk, kurang petah bercakap. Ketiadaan human element dalam interaksi antara anda dan anak anda haruslah dipandang serius. Jangan biarkan gadget menjadi penghalang komunikasi antara anda dan anak anda.

Aktiviti berenang sangat baik untuk fizikal kanak-kanak
Aktiviti berenang sangat baik untuk fizikal kanak-kanak

3. Menyebabkan kurang tidur
Apabila kanak-kanak menggunakan gadget terlampau kerap, dia mungkin terlalu asyik dengan aplikasi permainan sehingga tidak mahu tidur pada waktu yang ditetapkan. Cahaya daripada gadget juga telah dikenalpasti boleh mengganggu tubuh badan daripada bersedia untuk tidur. Kanak-kanak perlukan sekurang-kurangnya 12 jam tidur setiap hari, dan jika kekurangan tidur berlaku, ini mungkin menyebabkan tumbesaran badan dan otak terbantut.

4. Menyebabkan gaya hidup tidak aktif
Ketagihan kepada gadget menyebabkan kanak-kanak menjadi tidak aktif. Untuk membina otot yang kuat dan membesar dengan sihat, kanak-kanak perlu sekurang-kurangnya satu jam untuk menjalankan aktiviti fizikal. Lebih teruk lagi, jika anak anda terbiasa dengan gaya hidup yang tidak aktif, dia mungkin terbawa-bawa hinggga dewasa, dan seterusnya menghadapi risiko obesiti dan penyakit lain yang berkaitan.

Terdapat beberapa tip bagaimana anda boleh mengurangkan penggunaan gadget di kalangan kanak-kanak:

1. Tetapkan peraturan tegas tentang penggunaan gadget
Anda harus menjadi lebih tegas tentang kekerapan penggunaan gadget, dan jumlah masa penggunaan bagi setiap sesi. Contohnya, tidak dibenarkan menggunakan gadget di meja makan, cuma dibenarkan selama satu jam sahaja dan pada hujung minggu sahaja, dan sebagainya.

2. Awasi aplikasi dan permainan yang digunakan
Anda harus sentiasa cuba setiap applikasi dan permainan sebelum anak-anak. Ini adalah untuk memastikan aplikasi tersebut adalah sesuai untuk kanak-kanak. Tetapkan kata kunci (password) supaya anak anda tidak boleh muat turun sebarang aplikasi sesuka hati.

Bawa anak-anak ke taman permainan untuk bermain gelongsor
Bawa anak-anak ke taman permainan untuk bermain gelongsor

3. Awasi sebarang penggunaan Internet
Elakkan anak-anak daripada menggunakan Internet tanpa sebarang pengawasan. Gunakan browser yang mesra kanak-kanak atau child-friendly, ataupun pastikan anda ada bersama-sama dengan anak-anak ketika mereka melayari Internet.

4. Selalu berkomunikasi dengan anak semasa menggunakan gadget
Pastikan anda kerap berkomunikasi dengan anak-anak sewaktu menggunakan gadget. Galakkan anak-anak untuk bercakap dan menyuarakan pendapat, dengan bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan. Dengan cara ini, anda akan dapat memastikan adanya komunikasi dua hala yang boleh membantu anda untuk lebih rapat dengan anak-anak.

Menurut kajian, gadget tidak sepatutnya diberikan langsung kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Namun begitu, pada pendapat saya adalah lebih baik jika kanak-kanak yang berumur kurang 12 tahun dikurangkan screen time mereka kepada sejam pada hujung minggu sahaja.

Sebaiknya, ajaklah anak-anak untuk menjalankan aktiviti luar seperti berenang, bermain di taman atau padang permainan, dan sebagainya.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dimarts, 1 de setembre del 2015

5 Manfaat Homeschooling Untuk Ibu (Dan Juga Bapa)

Semakin ramai ibu-ibu di negara kita memilih untuk menjadi stay-at-home-mom (SAHM) atau work-at-home-mom (WAHM), dan memilih untuk mendidik anak-anak dengan cara homeschooling, atau bersekolah di rumah.

Jom kenalpasti 5 sebab kenapa homeschooling bermanfaat bukan sahaja untuk anak-anak, tetapi juga untuk ibu bapa.

Homeschooling - 5 Manfaatnys Untuk Ibubapa
Homeschooling - 5 Manfaatnys Untuk Ibubapa

1. Bebas memilih apa yang diajar
Ibu-ibu bebas memilih apa yang diajar kepada anak-anak. Mengasah kebolehan motor halus (fine motor skills) dan kebolehan deria (sensory skills) adalah antara aktiviti yang dijalankan oleh para ibu di rumah untuk anak-anak mereka. Selain itu, ibu-ibu juga bebas mendidik anak-anak berdasarkan tahap anak tersebut. Ini membolehkan anak belajar dengan lebih cepat dan melangkaui kebolehan kanak-kanak seusianya.

2. Beri kestabilan kepada anak
Dengan mengajar anak-anak di rumah, para ibu boleh memberi kestabilan kepada anak-anak. Ramai ibu memilih homeschooling, terutama sekali keluarga dalam kalangan perajurit atau military, yang sering berpindah ke negara lain. Anak-anak yang dididik di rumah tidak perlu melalui situasi di mana mereka perlu berpindah ke sekolah baru dan terpaksa berkenalan dengan kawan-kawan baru yang mungkin memberi tekanan kepada mereka.

Aktiviti Homeschooling - Mewarna dan melukis
Aktiviti Homeschooling - Mewarna dan melukis

3. Jadi ibu yang lebih baik
Ibu-ibu yang menjalankan homeschooling akan belajar banyak perkara baru, terutama sekali dalam memahami keperluan anak-anak. Para ibu juga harus menjadi lebih kreatif dari pelbagai segi, terutama dalam menarik perhatian anak-anak. Tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak membolehkan para ibu memastikan diri mereka mempunyai ilmu yang cukup untuk menjadi guru terbaik kepada anak-anak mereka.

BACA: 8 Kebaikan Homeschooling Untuk Anak-Anak

4. Boleh berjimat
Apabila anak-anak belajar di rumah, tentunya para ibu boleh berjimat dari segi minyak petrol, bayaran bulanan bas sekolah, makanan, dan pakaian. Walaupun homeschooling berbeza untuk anak-anak berdasarkan umur dan tahap pembelajaran mereka, ibu-ibu pasti boleh mengurangkan perbelanjaan dari segi lain.

Aktiviti Homeschooling - Mengira dan membaca
Aktiviti Homeschooling - Mengira dan membaca

5. Merapatkan hubungan kekeluargaan
Anak-anak yang belajar di sekolah menghabiskan banyak masa di luar dan bukan di rumah. Dengan homeschooling, anak-anak boleh sentiasa bersama dengan ibu (dan bapa) di rumah setiap hari dan bukan sahaja pada hujung minggu. Homeschooling menggalakkan hubungan kekeluargaan yang lebih rapat, dan ini penting untuk memastikan anak-anak diberi perhatian yang cukup supaya mereka membesar dengan sempurna.

Walaupun kebanyakan ibu-ibu yang saya kenal cuma mengadakan homeschooling untuk memberi persediaan kepada anak-anak kecil seawal 2 tahun sebelum ke prasekolah atau tadika, namun homeschooling ternyata memberi banyak manfaat bukan sahaja untuk anak-anak tetapi juga untuk para ibu.

Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dissabte, 29 d’agost del 2015

4 Bahan Tambahan Dalam Snek Segera Yang Mesti Dielakkan

Kadangkala, sukar untuk kita mengelak daripada memberi makanan atau snek segera kepada anak-anak. Namun begitu, kita boleh membaca  label atau bungkusan makanan dan mengelakkan bahan-bahan tambahan yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak.

Jom kenalpasti 4 bahan tambahan dalam snek segera yang mesti dielakkan.

1. Monosodium glutamate (MSG)
Hati-hati! Dalam kes yang serius, bahan penambah perisa ini boleh menyebabkan pening kepala, muntah-muntah dan kadar degupan jantung juga meningkat. Bahan MSG ini mungkin ada dalam mi segera dan keropok.

Keropok kentang yang mungkin ada kandungan MSG yang tinggi
Keropok kentang yang mungkin ada kandungan MSG yang tinggi

2. Sirap jagung tinggi fruktosa
Sirap jagung tinggi fruktosa atau high-fructose corn syrup (HFCS) adalah pemanis yang berkaitrapat dengan penyakit kencing manis dan obesiti. Dalam satu kajian di Amerika Syarikat, bahan ini didapati lebih beracun daripada gula biasa, dan boleh mempengaruhi kesihatan otak, menyebabkan seseorang menjadi lembab, lambat belajar dan tidak dapat menyimpan maklumat.

3. Pewarna tiruan
Makanan diberi warna supaya kelihatan lebih menarik, jadi tentunya pewarna tiruan didapati dalam makanan kanak-kanak seperti bijirin sarapan, yogurt, dan bertih jagung ketuhar mikro (microwave popcorn). Terdapat kajian yang mendapati bahawa pewarna tiruan menyebabkan kanak-kanak menjadi hyperaktif. Selain itu, warna karamel yang ditambah dalam minuman Cola juga dikatakan berkaitan dengan peningkatan risiko kanser.

BACA: Cara Mudah Untuk Tambah dan Kekalkan Selera Makan Anak

4. Pemanis tiruan
Kanak-kanak harus dielakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi pemanis tiruan seperti acesulfame potassium, aspartame dan sucralose. Ini kerana bahan-bahan ini menggantikan nutrien yang sihat. Selain itu, pemanis tiruan seperti mannitol dan sorbitol telah dikenalpasti sebagai penyebab ketidakselesaan perut dan cirit birit.

Bijirin sarapan berwarna-warni yang mungkin ada pewarna dan pemanis tiruan
Bijirin sarapan berwarna-warni yang mungkin ada pewarna dan pemanis tiruan

Hati-hati semasa memilih snek segera untuk anak-anak. Baca label dengan teliti dan elakkan 4 bahan tambahan yang telah disenaraikan. Seeloknya berikanlah anak-anak anda makanan yang disediakan di rumah yang semestinya jauh lebih sihat daripada makanan segera yang mungkin mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

diumenge, 2 d’agost del 2015

Tambah dan Kekalkan Selera Makan Anak Dengan Meal Shakes

Sebagai ibu bapa, tentunya kita ingin memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat. Namun begitu, bagaimana agaknya kita boleh memastikan anak-anak sentiasa sihat?

Anak yang mempunyai selera makan yang baik
Anak yang mempunyai selera makan yang baik

Image courtesy of nenetus at FreeDigitalPhotos.net

Tahukah anda bahawa kanak-kanak yang kurang selera makan akan jatuh sakit lebih kerap berbanding kanak-kanak yang mendapat zat makanan yang secukupnya?

Jika anak anda selalu demam, tidur kurang nyenyak, lemah longlai, kurang aktif, lambat belajar, kurang tumpuan di sekolah, dan kurang selera makan, kemungkinan besar anak anda mengalami kekurangan zat makanan.

Jika anak anda kurang selera makan ataupun cerewet, jangan risau. Meal Shakes Shaklee adalah jawapannya.

Apa itu Meal Shakes? Kenapa Meal Shakes? Apa khasiat Meal Shakes? 

Berikut adalah khasiat dan kebaikan Meal Shakes Shaklee:
  1. Untuk mengatasi masalah ekzema 
  2. Untuk tumbesaran anak
  3. Untuk perkembangan minda 
  4. Untuk tingkatkan selera makan
  5. Untuk anak yang dah berhenti susu ibu 
  6. Untuk anak kekal aktif 
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak 
  8. Meningkatkan berat badan anak 
  9. Membantu anak fokus 
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma 
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak 
  12. Suplemen yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1 
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang terlalu gemuk atau obesiti 
  14. Ambil semasa sarapan untuk meningkatkan kecergasan seawal pagi 
  15. Suplemen yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
Saya mempunyai seorang anak saudara, Nath, yang telah saya jaga sejak beliau berusia 3 bulan, dan sekarang beliau berusia 1 tahun 10 bulan. Dilahirkan secara Caesarian section dan tidak berpeluang mendapat susu ibu, Nath adalah bayi yang minum susu formula sepenuhnya.

Sebagai seorang nanny merangkap "ibu" beliau, tentunya saya risau akan kesihatannya. Semasa Nath membesar, beliau kurang berat badan berbanding kanak-kanak lain yang seusianya. Namun begitu, Nath sihat dan jarang sekali demam atau sakit. Untuk memastikan Nath mendapat zat makanan yang secukupnya, saya dan ibu Nath iaitu adik saya telah bersetuju untuk memberi Nath Meal Shakes sejak beliau berusia setahun.

Kebaikan dan Khasiat Meal Shakes Shaklee
Kebaikan dan Khasiat Meal Shakes Shaklee

Ya, kanak-kanak berusia setahun ke atas sudah boleh mengambil Meal Shakes dalam kadar yang sesuai dengan umur. Sejak Nath diberi minum Meal Shakes, syukur, kesihatan beliau amat baik. Nath jarang-jarang sekali demam atau selesema, dan berat badannya beransur-ansur naik setiap bulan. Ketinggiannya juga bertambah, sesuai dengan umurnya yang hampir 2 tahun.

Selain itu, Nath juga mempunyai selera makan yang baik. Beliau gemar apa juga jenis makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan kegemaran beliau adalah pasta, nasi goreng, roti, bubur nasi, telur, ayam, ikan, pisang, betik, epal, dan macam-macam lagi. Pendek kata, selera Nath seperti selera orang dewasa. Hehe.

Seronok apabila melihat Nath gemar makan. Namun begitu, saya tidak memberi beliau makan makanan ringan seperti keropok atau coklat, mahupun minuman yang manis-manis.

Saya bercadang untuk terus memberi Nath minum Meal Shakes. Meal Shakes Shaklee telah terbukti selamat dan berkesan dalam memberikan zat yang diperlukan oleh kanak-kanak membesar seperti anak saudara saya.

Tahukah anda bahawa Meal Shakes Shaklee juga baik untuk ibu mengandung, anda yang ingin menaikkan berat badan, mahupun ibu bapa yang sibuk serta kekurangan masa untuk mengambil sarapan? Banyak sungguh kebaikan dan manfaat Meal Shakes ni kan?

Jika anda ingin mencuba Meal Shakes untuk menambah selera makan anak-anak, jangan segan silu untuk menghubungi saya. Jom cuba!


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...