dijous, 17 de setembre del 2015

5 Cara Untuk Menjadikan Burger Kegemaran Anda Lebih Sihat

Gemar makan burger? Burger yang dijual di restoran makanan segera tentunya kurang segar dan kurang berkhasiat. Burger yang dijual di restoran yang dikatakan homemade pula mungkin agak mahal dan anda tidak pasti apa bahan-bahan atau kandungannya.

Ingin buat burger kegemaran anda sendiri di rumah?

5 Cara Untuk Menjadikan Burger Kegemaran Anda Lebih Sihat
5 Cara Untuk Menjadikan Burger Kegemaran Anda Lebih Sihat

Jom ketahui 5 cara untuk menjadikan burger kegemaran anda lebih sihat.

1. Buat daging burger sendiri
Tak kisahlah jika anda suka makan daging ayam, lembu atau burung unta sekalipun, anda boleh buat daging burger sendiri di rumah. Pastikan daging yang dibeli adalah segar dan dibuang lemak-lemaknya untuk memastikannya lebih sihat. Tambahkan lada hitam dan garam sebagai perasa, dan anda boleh kawal sendiri jumlah bahan perasa yang ditambah ke dalam daging burger tersebut. Selain itu, anda juga boleh menentukan ketebalan daging burger mengikut kehendak anda.

Tip: Untuk anak-anak, apa kata anda buat burger mini dengan menggunakan daging burger homemade dalam saiz kecil?

2. Grill atau bakar daging burger
Cara yang baik untuk mengurangkan lemak atau minyak adalah dengan menggril atau membakar daging burger. Anda juga boleh gunakan air fryer. Jika anda terpaksa menggoreng, goreng dengan minyak yang sedikit. Gunakan minyak masak yang bermutu, seperti minyak zaitun atau minyak jagung. Selepas menggoreng, letakkan daging burger di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.

Daging burger yang dibakar adalah lebih sihat daripada yang digoreng dengan minyak atau mentega
Daging burger yang dibakar adalah lebih sihat daripada yang digoreng dengan minyak

3. Gunakan roti bijirin penuh
Untuk roti burger pula, gunakan roti bijirin penuh atau wholemeal. Jika anda rajin membuat roti sendiri atau ada mesin khas untuk membuat roti, eloklah jika anda buat sendiri roti untuk burger anda. Pelbagai jenis bijirin boleh digunakan, seperti oat dan sebagainya, dan anda juga boleh tambahkan kekacang dalam adunan roti anda.

4. Kurangkan keju, mayonis dan sos
Keju, mayonis dan sos cili atau tomato memang menjadi kemestian bagi burger selera Malaysia. Jika anda inginkan sesuatu yang lebih sihat, kurangkan mayonis dalam burger anda. Anda boleh buat sendiri sos dengan menggunakan tomato segar yang dikisar bersama dengan madu. Boleh juga kisar sekali bawang besar jika anda suka. Hirisan keju pula boleh dikurangkan kepada satu atau separuh slice atau gunakan keju rendah lemak.

BACA: 10 Kebaikan dan Manfaat Madu Kepada Kesihatan

Kurangkan keju dan mayonis dalam burger, serta kurangkan pengambilan jejari kentang goreng
Kurangkan keju dan mayonis dalam burger, serta kurangkan makan kentang goreng

5. Tambah lebih sayuran
Untuk penggemar sayuran, pastinya tiada masalah. Anda boleh tambah sayur-sayuran seperti lettuce, tomato dan bawang besar, serta jeruk timun atau pickles dalam burger anda. Jika anda bukan penggemar sayur, anda masih boleh tambahkan bawang atau sayuran yang telah dikisar bersama-sama dengan adunan daging homemade anda. Tiada alasan lagi untuk tidak makan sayur.

Tip: Hirisan epal hijau boleh menjadikan burger anda lebih rangup dan rasa masam manisnya menambah kesedapan kepada burger homemade anda.

Untuk segala jenis makanan pun, kita harus bersederhana, dan bukan sahaja semasa makan makanan segera seperti burger. Tidak salah jika anda ingin menjamu selera setelah 6 hari penat bekerja dan menjaga pemakanan. Makanan kegemaran anda seperti burger homemade bolehlah dijadikan makanan pada cheat day anda.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...