Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris artikel. Mostrar tots els missatges
Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris artikel. Mostrar tots els missatges

divendres, 18 de setembre del 2015

10 Kesan Buruk Kopi Kepada Kesihatan

Ramai rakyat Malaysia gemarkan kopi sebagai minuman utama untuk sarapan pagi, dan juga sebagai minuman pilihan ketika keluar lepak bersama kawan-kawan. Kopi, sama ada panas atau sejuk juga menjadi pilihan ketika keluar bertemu klien atau prospek perniagaan.

Namun begitu, kopi boleh mendatangkan mudarat kepada kita jika diambil terlalu kerap atau secara berlebihan.

Jom baca tentang 10 kesan buruk kopi kepada kesihatan.

10 Kesan Buruk Kopi Kepada Kesihatan
10 Kesan Buruk Kopi Kepada Kesihatan

1. Merosakkan hati
Kafein yang terdapat dalam kopi adalah sukar untuk dihadam. Hati menghasilkan beberapa jenis enzim untuk membantu penghadaman kafein, tetapi jika anda minum kopi terlalu kerap, maka hati anda akan bekerja keras terlalu lama untuk menguraikan kafein dalam kopi. Ini akan mengganggu fungsi hati, dan menyebabkan hati tidak mampu untuk menyingkirkan bahan kimia berbahaya lain.

2. Mengganggu libido
Jika anda berhenti minum kopi, anda akan lihat dan rasa sendiri perbezaannya kepada libido atau keinginan seksual anda. Ini adalah penting dalam hubungan rumahtangga. Jika anda minum kopi terlalu banyak, hormon testosteron yang memberi keinginan seksual yang sihat akan terganggu.

3. Masalah kesuburan
Ramai pasangan mengalami masalah untuk mendapatkan anak sekiranya si isteri minum kopi terlalu kerap, akibat kandungan kafein dalam kopi yang mengganggu keseimbangan hormon dalam badan. Wanita perlukan hormon progesteron yang penting untuk hamil dan membawa kandungan cukup bulan. Sekiranya keseimbangan hormon ini terganggu oleh pengambilan kafein berlebihan, maka wanita akan sukar untuk hamil, atau sukar untuk mengandung sehingga tempoh yang lengkap.

Minum kopi semasa minum petang memang sedap, tetapi harus dikurangkan
Minum kopi semasa minum petang memang sedap, tetapi harus dikurangkan

4. Masalah neurotransmitter
Kafein menyebabkan kerosakan neurotransmitter dalam otak, dan ini menyebabkan otak kita tidak mampu menghasilkan hormon yang memberi perasaan gembira. Orang yang sering menghadapi masalah tekanan (depression) selalunya kekurangan hormon serotonin, yang membantu memberi anda rasa gembira. Kafein adalah bahan yang menghalang serotonin daripada berfungsi, jadi jika anda sering rasa murung atau tertekan, elakkan minum kopi.

5. Mengurangkan tenaga
Kelenjar adrenal mampu menyimpan tenaga, dan juga menghasilkan bahan kimia yang membuat anda rasa gembira dan bermotivasi. Kafein menyebabkan penghasilan adrenalin yang tinggi, seperti yang berlaku apabila kita berasa tertekan. Apabila anda minum kopi terlalu kerap, maka fungsi kelenjar adrenalin akan berkurangan, dan akhirnya akan berhenti bertindakbalas dengan kafein. Ini boleh membahayakan anda, dan membuatkan anda lebih cenderung kepada kemalangan, mengantuk, dan masalah kesihatan lain.

6. Insomnia
Tidur yang cukup adalah sangat penting untuk memberi badan dan otak kita rehat yang mencukupi. Apabila minum kopi, terutama sebelum tidur, ia akan menyebabkan kita berjaga sepanjang malam dan seterusnya kurang tidur. Jika anda sukar tidur malam, elakkan minum kopi pada waktu siang, atau kurangkan pengambilannya.

7. Racun serangga perosak
Kopi merupakan tumbuhan yang paling banyak dirawat dengan racun serangga perosak. Terdapat kajian yang mendapati bahawa kopi mengandungi lebih seribu bahan kimia, dan kira-kira dua puluh bahan kimia tersebut menyebabkan kanser.

BACA: 10 Makanan Penyebab Kanser Yang Mungkin Anda Makan Setiap Hari

8. Malnutrisi
Kopi boleh menyebabkan badan kita kurang menyerap vitamin dan mineral yang penting untuk fungsi tubuh. Kandungan kafein yang tinggi dalam kopi memperlahankan kebolehan badan kita untuk menerima zat-zat penting seperti zat besi, dan kekurangan zat boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Pengambilan kopi bersama-sama dengan supplemen juga adalah satu pembaziran.

Minum kopi secara berlebihan boleh menyebabkan kegemukan
Minum kopi secara berlebihan boleh menyebabkan kegemukan

9. Menyebabkan kegemukan
Apabila kelenjar adrenal tertekan akibat pengambilan kafein yang berlebihan, ianya akan gagal berfungsi dengan baik bersama dengan thyroid. Ini akan menyebabkan penurunan kadar metabolisma, dan ini seterusnya menyebabkan peningkatan berat badan. Ini mungkin akan menjurus kepada obesiti.

10. Masalah sistem imun
Kafein mengekang sistem ketahanan badan kita daripada berfungsi dengan baik. Kelenjar adrenal yang berfungsi menghasilkan pelbagai jenis hormon yang baik untuk kesihatan badan yang optimum akan terganggu apabila terdapat kafein berlebihan dalam badan. Ini akan menurunkan imuniti atau kekuatan badan untuk melawan penyakit, dan seterusnya menyebabkan anda mudah jatuh sakit.

Saya jarang sekali minum kopi, apatah lagi sejak mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee. Jom kita sama-sama kurangkan minum kopi. Sebaik-baik minuman adalah air putih; tiada kafein, tiada gula, tiada kalori.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Ubat vs Vitamin: Kenalpasti Apa Beza Antara Ubat dan Vitamin

Ubat dan vitamin adalah sesuatu yang memang diperlukan oleh kita. Namun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui beza antara ubat dan vitamin. Ramai yang beranggapan bahawa vitamin adalah sama dengan ubat, tetapi tanggapan tersebut adalah salah sama sekali.

Ubat vs Vitamin: Kenalpasti Apa Beza Antara Ubat dan Vitamin
Ubat vs Vitamin: Kenalpasti Apa Beza Antara Ubat dan Vitamin

Jom baca dan kenalpasti beza antara ubat dan vitamin.

1. Kandungan dan penerimaan badan
Ubat mengandungi bahan kimia yang boleh mengubah fungsi dalam badan dengan cara mengganggu proses enzim dan tindakan biokimia. Ubat juga tidak menyumbang apa-apa khasiat kepada tubuh badan kita.

Vitamin pula memberi zat-zat yang diperlukan oleh badan. Vitamin adalah semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia, serta bertindak sebagai makanan tambahan.

2. Waktu dan cara pengambilan
Ubat mesti diambil pada waktu tertentu, dengan sukatan yang tepat. Contohnya, sebelum atau selepas makan, bersama makanan, pada waktu pagi sahaja, atau diambil apabila perlu. Ubat terdapat dalam pelbagai bentuk seperti pil, cecair untuk dimakan, cecair untuk disuntik, ubat sapu, dan sebagainya.

Waktu pengambilan ubat [Sumber: myhealth.gov.my]

Ini berbeza dengan vitamin yang boleh diambil pada waktu tertentu tetapi dengan lebih kelonggaran. Dos yang disarankan juga bergantung kepada keperluan mengikut individu, dan tidak memudaratkan jika terlupa atau terlebih pengambilannya. Vitamin juga secara amnya terdapat dalam bentuk pil, serbuk, dan cecair.

3. Jangka masa keberkesanan
Ubat memberi kesan yang sangat cepat, dan kesannya boleh dirasai dalam masa beberapa minit sahaja. Contohnya, paracetamol bertindak sebagai ubat penahan sakit bagi sakit kepala atau migrain, dan kesannya boleh dirasai dalam masa 30 minit sahaja.

Vitamin pula tidak memberi kesan serta merta, namun perlu diambil secara berterusan untuk menampakkan kesan yang diinginkan. Contohnya, pengambilan kalsium tidak boleh membaiki kesihatan tulang secara serta merta, tetapi dengan pengambilan yang konsisten, tulang akan menjadi semakin kuat dan sihat.

BACA: Atasi Sakit Sendi Lutut Dengan Set Sendi Tulang Shaklee

4. Kesan sampingan
Ubat boleh memberi kesan sampingan. Jika terlebih dos, atau diambil semasa perut kosong, atau bersama-sama dengan ubat lain yang tidak serasi, ubat boleh membawa mudarat kepada tubuh kita. Sesetengah jenis ubat seperti ubat batuk dan selesema boleh menyebabkan mengantuk dan akan membahayakan pesakit jika memandu atau mengoperasi jentera berat. Kebanyakan ubat juga kekal lama dalam tubuh kita, dan jika diambil secara kerap, boleh merosakkan ginjal dan organ lain, dan jika diambil berlebihan, boleh membawa maut.

Berbeza dengan ubat, vitamin selalunya tidak mendatangkan kesan sampingan yang negatif, tetapi memberi kesan-kesan positif. Contohnya, pengambilan vitamin C yang konsisten akan memberi kulit wajah yang halus tanpa jerawat dan jeragat, serta pada masa yang sama boleh meningkatkan sistem imun badan kita. Vitamin yang berbeza boleh diambil bersama-sama, kerana vitamin-vitamin yang berbeza akan bergabung untuk mendapat kesan yang optimum.

5. Tindakan dalam badan
Ubat bertindak merawat dan mengurangkan simptom penyakit, serta menahan sakit, dan bukannya merawat punca penyakit. Sebagai contoh, sakit kepala atau migrain bukanlah disebabkan kekurangan paracetamol dalam badan.

Namun begitu, vitamin bertindak menambah zat-zat dan mineral yang kurang dalam badan kita akibat kurang pengambilan sayuran dan buahan, dan juga faktor usia. Apabila badan menerima zat dan khasiat yang mencukupi daripada vitamin, maka semua organ dalam badan akan berfungsi dengan sempurna dan penyakit akan dapat dihindari.

Piramid Makanan - setiap jenis makanan perlu diambil mengikut jumlah sajian  yang disarankan
Piramid Makanan - setiap jenis makanan perlu diambil mengikut jumlah sajian
yang disarankan

6. Pemerhatian dan pemantauan
Pengambilan ubat mesti diperhatikan dan dipantau. Ini adalah kerana ubat mesti diberi mengikut sukatan yang tepat dan pada masa yang tepat. Ubat tidak boleh diberi sesuka hati kepada pesakit, dan mesti disahkan oleh doktor atau pakar perubatan yang bertauliah. Ubat mesti dihentikan pengambilannya setelah dipersetujui doktor.

Vitamin pula tidak perlu dipantau pengambilannya seperti ubat, kerana vitamin bukanlah bertujuan untuk merawat penyakit, tetapi cuma untuk menambah kekurangan zat dalam badan kita. Vtamin boleh diambil berterusan dalam jangka masa yang panjang, dan tidak perlu dihentikan pengambilannya.

Diharap penerangan lengkap di atas dapat membantu anda memahami dengan lebih jelas mengenai beza antara ubat dan vitamin. Jangan ada yang keliru lagi ya.

Vitamin yang semulajadi, sentiasa selamat, dan sentiasa berkesan tentunya Shaklee. Tentunya anda tidak mahu mengambil ubat-ubatan selama-lamanya bukan?

Sudahkah anda bersedia untuk membuat pilihan yang bijak sekarang? Jom pilih Shaklee!


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dijous, 17 de setembre del 2015

Energizing Soy Protein (ESP) - Sumber Protein Semulajadi Yang Hebat dan Terbaik

Protein adalah penting untuk membina semua struktur dalam badan seperti otot, tendon, organ, dan kulit. Juga penting untuk penghasilan enzim, hormon, dan neurotransmitter. Tanpa protein, sistem dalam badan tidak akan dapat berjalan dengan lancar, dan kekurangan protein yang serius akan menyebabkan kegagalan fungsi organ dan seterusnya menyebabkan kematian.

Energizing Soy Protein (ESP) - Sumber Protein Semulajadi Yang Hebat dan Terbaik
Energizing Soy Protein (ESP) - Sumber Protein Semulajadi Yang Hebat dan Terbaik

Setelah melalui banyak ujian klinikal yang luas dan menyeluruh, Dr. Shaklee telah berjaya menghasilkan Energizing Soy Protein (ESP) dengan menggunakan hanya kacang soya bukan GMO atau non-GMO (Genetically Modified Organism), melalui Identity Preserved Program (IPP). Ini bermaksud kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP tidak diubah genetiknya secara kimia.

Kacang soya bukan GMO ini dicuci dengan air dan diproses pada suhu yang rendah untuk mengekalkan kualiti dan zat yang terkandung di dalamnya. Selain itu, ianya tidak diproses dengan alkohol seperti pemprosesan kacang soya lain.

Walaupun protein soya ESP terkenal dengan kualitinya yang terbaik, ramai yang mempersoalkannya. Antara soalan yang sering diutarakan adalah:

Kenapa tak makan daging, minum susu lembu, atau makan keju untuk mendapatkan sumber protein?

Kenapa ambil protein soya?

Apa hebatnya protein soya ESP?

Jika dibandingkan dengan protein haiwan seperti protein daripada daging lembu dan sebagainya, protein soya memberi lebih banyak kebaikan kepada kesihatan kita.

Protein soya mengandungi karbohidrat dan serat, manakala daging tidak. Protein soya tidak mengandungi lemak tepu, tetapi daging mengandungi lemak tepu yang boleh menyebabkan penyakit jantung jika diambil berlebihan. Protein soya mengandungi lemak tidak tepu termasuk asid lemak Omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung, sekaligus mampu menurunkan risiko penyakit kronik.

Jika dibandingkan dengan protein whey pula, whey adalah bahan yang terhasil semasa pembuatan keju. Ini bermaksud, whey dibuat daripada susu lembu dan tidak sesuai untuk mereka yang lactose intolerant atau alah kepada susu lembu. Protein soya pula jarang menyebabkan alahan, menjadikannya pilihan utama mereka yang tidak mengambil susu lembu.

Korang Tau Tak? Energizing Soy Protein (ESP) #kttshaklee
Korang Tau Tak? Energizing Soy Protein (ESP)

ESP mengandungi 9 asid amino penting yang lengkap yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, serta diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Kandungannya yang rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik, dan rendah Indeks Glisemik (GI) mampu memberi rasa puas dan kenyang yang lama.

BACA: Atasi Sakit Gastrik Dengan Energizing Soy Protein (ESP)

ESP adalah susu soya untuk ibu hamil, ibu breastfeeding, wanita dan lelaki yang inginkan kulit yang cantik mulus tanpa jerawat, dan sesiapa yang ingin minuman yang sihat lagi mengenyangkan. ESP juga sesuai untuk pengamal makanan vegetarian.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

5 Cara Untuk Menjadikan Burger Kegemaran Anda Lebih Sihat

Gemar makan burger? Burger yang dijual di restoran makanan segera tentunya kurang segar dan kurang berkhasiat. Burger yang dijual di restoran yang dikatakan homemade pula mungkin agak mahal dan anda tidak pasti apa bahan-bahan atau kandungannya.

Ingin buat burger kegemaran anda sendiri di rumah?

5 Cara Untuk Menjadikan Burger Kegemaran Anda Lebih Sihat
5 Cara Untuk Menjadikan Burger Kegemaran Anda Lebih Sihat

Jom ketahui 5 cara untuk menjadikan burger kegemaran anda lebih sihat.

1. Buat daging burger sendiri
Tak kisahlah jika anda suka makan daging ayam, lembu atau burung unta sekalipun, anda boleh buat daging burger sendiri di rumah. Pastikan daging yang dibeli adalah segar dan dibuang lemak-lemaknya untuk memastikannya lebih sihat. Tambahkan lada hitam dan garam sebagai perasa, dan anda boleh kawal sendiri jumlah bahan perasa yang ditambah ke dalam daging burger tersebut. Selain itu, anda juga boleh menentukan ketebalan daging burger mengikut kehendak anda.

Tip: Untuk anak-anak, apa kata anda buat burger mini dengan menggunakan daging burger homemade dalam saiz kecil?

2. Grill atau bakar daging burger
Cara yang baik untuk mengurangkan lemak atau minyak adalah dengan menggril atau membakar daging burger. Anda juga boleh gunakan air fryer. Jika anda terpaksa menggoreng, goreng dengan minyak yang sedikit. Gunakan minyak masak yang bermutu, seperti minyak zaitun atau minyak jagung. Selepas menggoreng, letakkan daging burger di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.

Daging burger yang dibakar adalah lebih sihat daripada yang digoreng dengan minyak atau mentega
Daging burger yang dibakar adalah lebih sihat daripada yang digoreng dengan minyak

3. Gunakan roti bijirin penuh
Untuk roti burger pula, gunakan roti bijirin penuh atau wholemeal. Jika anda rajin membuat roti sendiri atau ada mesin khas untuk membuat roti, eloklah jika anda buat sendiri roti untuk burger anda. Pelbagai jenis bijirin boleh digunakan, seperti oat dan sebagainya, dan anda juga boleh tambahkan kekacang dalam adunan roti anda.

4. Kurangkan keju, mayonis dan sos
Keju, mayonis dan sos cili atau tomato memang menjadi kemestian bagi burger selera Malaysia. Jika anda inginkan sesuatu yang lebih sihat, kurangkan mayonis dalam burger anda. Anda boleh buat sendiri sos dengan menggunakan tomato segar yang dikisar bersama dengan madu. Boleh juga kisar sekali bawang besar jika anda suka. Hirisan keju pula boleh dikurangkan kepada satu atau separuh slice atau gunakan keju rendah lemak.

BACA: 10 Kebaikan dan Manfaat Madu Kepada Kesihatan

Kurangkan keju dan mayonis dalam burger, serta kurangkan pengambilan jejari kentang goreng
Kurangkan keju dan mayonis dalam burger, serta kurangkan makan kentang goreng

5. Tambah lebih sayuran
Untuk penggemar sayuran, pastinya tiada masalah. Anda boleh tambah sayur-sayuran seperti lettuce, tomato dan bawang besar, serta jeruk timun atau pickles dalam burger anda. Jika anda bukan penggemar sayur, anda masih boleh tambahkan bawang atau sayuran yang telah dikisar bersama-sama dengan adunan daging homemade anda. Tiada alasan lagi untuk tidak makan sayur.

Tip: Hirisan epal hijau boleh menjadikan burger anda lebih rangup dan rasa masam manisnya menambah kesedapan kepada burger homemade anda.

Untuk segala jenis makanan pun, kita harus bersederhana, dan bukan sahaja semasa makan makanan segera seperti burger. Tidak salah jika anda ingin menjamu selera setelah 6 hari penat bekerja dan menjaga pemakanan. Makanan kegemaran anda seperti burger homemade bolehlah dijadikan makanan pada cheat day anda.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

divendres, 11 de setembre del 2015

5 Tip Penting Untuk Ibubapa Sebelum Memulakan Homeschooling

Setelah membaca tentang 8 kebaikan homeschooling untuk anak-anak, pastinya anda sebagai ibubapa teruja untuk memulakannya. Jangan bertindak tergesa-gesa!

5 Tip Penting Untuk Ibubapa Sebelum Memulakan Homeschooling
5 Tip Penting Untuk Ibubapa Sebelum Memulakan Homeschooling

Baca dulu 5 tip penting untuk ibubapa sebelum memulakan homeschooling.

1. Tahu keperluan homeschooling di lokasi anda
Sebagai ibubapa, anda wajar mengambil tahu tentang bagaimana menjalankan homeschooling di negara kita. Begitu juga jika anda berada di luar negara. Ambil tahu bagaimana anak-anak boleh mengambil ujian atau peperiksaan persendirian berdasarkan sistem pembelajaran yang anda pilih, serta pelan pembelajaran yang bersesuaian dengan usia anak-anak anda.

2. Bersedia secara mental dan fizikal
Anda perlu bersedia bukan sahaja secara mental, tetapi juga fizikal. Apabila mengajar anak-anak di rumah, anda perlu memastikan bahawa jadual harian adalah tersusun supaya anda boleh menjalankan homeschooling tanpa mengabaikan kerja rumah dan kerja anda sendiri. Selain itu anda juga perlu banyak bersabar dengan kerenah anak-anak, dan perlu memastikan anda mempunyai cukup tenaga untuk menjaga dan mendidik mereka.

3. Sediakan ruang belajar
Gunakan Internet untuk melakukan sedikit research tentang homeschooling, seperti cara menghias ruang belajar, aktiviti yang sesuai dengan umur anak-anak, dan sebagainya. Mungkin anda lebih suka akan ruang yang khusus untuk anak-anak belajar dan bermain, atau mungkin anda lebih gemar untuk menggunakan ruang-ruang yang berbeza dalam rumah sebagai tempat anak-anak belajar.

Kanak-kanak lebih gembira jika mereka boleh belajar sambil bermain
Kanak-kanak lebih gembira jika mereka boleh belajar sambil bermain

4. Lakukan kajian tentang homeschooling
Buat research tentang homeschooling. Gunakan Internet untuk mengetahui tentang bagaimana anda boleh memaksimumkan pengalaman homeschooling bersama anak-anak, dan baca buku-buku dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan homeschooling. Dengan sedikit kajian, anda boleh memahami dengan lebih lanjut tentang aktiviti homeschooling yang bersesuaian dengan tahap kemahiran dan umur anak-anak. Anda juga boleh memastikan bahawa semua bahan dan aktiviti kurikulum adalah berkualiti, dan sekaligus tidak mengambil kos yang tinggi.

5. Berkenalan dengan ibubapa lain
Di luar negara seperti di Amerika Syarikat di mana homeschooling adalah sesuatu yang sangat biasa, terdapat banyak conference dan kumpulan sokongan (support group) khusus untuk ibubapa homeschoolers. Anda boleh mengambil bahagian dalam komuniti di lokasi anda atau mengikuti laman sesawang berkaitan dengan homeschooling. Dengan ini, anda boleh berbincang dengan ibubapa lain bagi mendapatkan idea untuk homeschooling. Sekurang-kurangnya, anda ada tempat untuk mengadu jika mempunyai sebarang masalah mengenai anak-anak, dan sebagainya.

Masih belum yakin dengan homeschooling? Anda boleh baca 5 sebab kenapa homeschooling bermanfaat untuk ibubapa.

Jika anda jalankan carian di Google, saya pasti anda akan menemui ramai ibubapa di Malaysia yang telah lama menjalankan homeschooling. Jika anda belum bersedia untuk homeschooling, setidak-tidaknya anda boleh membuat persediaan untuk anak-anak ke prasekolah atau tadika. Jika anda mempunyai kekangan masa atau komitmen kerja, anda masih boleh menjalankan sesi homeschooling, mungkin satu jam sehari. Bagi saya, tiada alasan jika anda inginkan sesuatu.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dijous, 10 de setembre del 2015

5 Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Minum Coke (Dan Minuman Berkarbonat Lain)

Coca-Cola atau nama ringkasnya Coke adalah minuman berkarbonat yang paling popular di Malaysia. Mudah didapati di pasaraya, kedai runcit, dan restoran makanan segera, minuman Coke menjadi kegemaran ramai. Namun begitu, ramai yang masih lagi tidak menyedari yang minuman berkarbonat seperti Coke memberi banyak kemudaratan kepada kesihatan.

5 Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Minum Coke (Dan Minuman Berkarbonat Lain)
5 Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Minum Coke

Jom baca tentang 5 sebab kenapa anda harus berhenti minum Coke.

1. Menyebabkan kaviti
Apabila mengambil terlalu banyak makanan dan minuman manis dan berasid, gigi akan mudah rosak dan berlubang. Minuman Coke mengandungi gula dan asid, dan boleh merosakkan enamel gigi. Kos untuk membaiki gigi yang rosak adalah mahal, dan adalah lebih baik jika anda mengelak gigi rosak dengan memilih untuk minum air putih berbanding Coke.

2. Risiko kencing manis
Kebanyakan makanan mengandungi karbohidrat tinggi, dan karbohidrat akan ditukar menjadi gula. Jika anda minum Coke, ini akan menambah kadar gula dalam darah dan meningkatkan risiko kencing manis atau diabetis. Diabetis adalah penyakit yang sangat sukar diubat, dan jika serius, anda mungkin terpaksa bergantung kepada mesin dialisis untuk mencuci darah anda seumur hidup.

BACA: Gula Makanan Kanser? Dan 9 Lagi Sebab Untuk Berhenti Ambil Gula

3. Menyebabkan kegemukan
Minuman yang mengandungi gula tinggi akan merendahkan metabolisma badan. Badan anda akan lambat membakar lemak, dan akhirnya anda akan mengalami kegemukan atau obesiti. Coke mengandungi lebih kurang 8 sudu teh gula, jadi wajarlah jika anda berhenti minum Coke untuk mengelakkan kegemukan.

Minuman Coke yang sejuk memang sedap, tetapi tinggi kandungan gula
Minuman Coke yang sejuk memang sedap, tetapi tinggi kandungan gula

4. Mengandungi pemanis tiruan aspartame
Kajian mengenai aspartame, sejenis pemanis tiruan telah mendapati bahawa ianya menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser dan sebagainya.

5. Mempengaruhi kesuburan
Jika anda minum Coke terlalu kerap, sistem reproduktif anda mungkin terjejas. Bahan kimia yang terdapat dalam Coke seperti pewarna, perisa dan pemanis tiruan boleh mengganggu kesihatan organ sistem reproduktif, dan seterusnya mempengaruhi tahap kesuburan.

Saya pasti ada banyak lagi keburukan minum Coke atau minuman berkarbonat lain, tetapi 5 sebab di atas sudah cukup untuk mengingatkan saya supaya berhenti minum Coke selamanya. Jom kita minum lebih banyak air putih dan jus buah segar untuk kesihatan yang lebih baik.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...