Mari kita baca 10 sebab menakutkan kenapa anda patut berhenti mengambil gula.
1. Gula adalah kalori kosong dan tidak baik untuk gigi
Gula tambahan seperti sukrosa dan sirap jagung tinggi fruktosa (high fructose corn syrup) tidak mengandungi sebarang nutrien, malah cuma mengandungi kalori. Ini dipanggil kalori kosong atau empty calories. Gula juga boleh merosakkan gigi kerana memberi makanan kepada bakteria buruk dalam mulut.
Gula yang ditambah ke dalam minuman |
2. Gula adalah tinggi dengan fruktosa, yang boleh merosakkan hati
Gula terbahagi kepada 2 jenis iaitu glukosa dan fruktosa. Glukosa ada pada setiap benda hidup dan dihasilkan oleh tubuh kita, manakala fruktosa tidak. Namun begitu, fruktosa mesti diproses oleh hati. Fruktosa akan ditukar kepada glikogen dan disimpan di dalam hati sehingga badan kita memerlukannya. Apabila proses ini berulang, maka hati kita mungkin akan terlalu terbeban, dan seterusnya menyebabkan pelbagai penyakit.
3. Fruktosa berlebihan menyebabkan Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD)
Apabila fruktosa ditukar menjadi lemak di dalam hati, ia dikeluarkan sebagai kolestrol VLDL. Namun begitu, akan ada lemak tertinggal dalam hati, dan ini akan menyebabkan Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD).
4. Gula menyebabkan rintangan insulin
Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi membenarkan glukosa untuk memasuki sel dan memberitahu sel untuk membakar glukosa dan bukan lemak. Apabila terlalu banyak glukosa dalam darah, rintangan insulin atau insulin resistance akan berlaku, dan seterusnya menyebabkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, kehilangan penglihatan, obesiti, dan penyakit kardiovaskular.
Gula dalam bentuk kiub yang dicampur ke dalam minuman teh dan kopi |
5. Rintangan insulin akan melarat menjadi Diabetes Tahap 2
Apabila sel menjadi imun kepada kesan-kesan insulin (insulin resistance), makan sel beta dalam pankreas akan menjana insulin. Walaupun begitu, lama kelamaan pankreas akan sukar menjana insulin yang cukup untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Ini menyebabkan jumlah gula dalam darah yang tinggi mendadak, dan seterusnya menyebabkan Diabetes Tahap 2.
6. Gula menyebabkan kanser
Gula merupakan makanan kanser. Kanser terjadi apabila berlaku tumbesaran sel secara berlebihan dalam badan. Insulin adalah satu daripada hormon penting yang boleh mengawal kadar tumbesaran sel, tetapi apabila insulin gagal berfungsi terhadap gula akibat rintangan insulin, maka risiko mendapat kanser adalah lebih tinggi kerana terdapat banyak gula dalam darah.
7. Gula menyebabkan kegemukan
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa fruktosa tidak memberi kepuasan berbanding glukosa. Fruktosa mempengaruhi otak dan memberi tanggapan bahawa kita belum puas makan, dan seterusnya menyebabkan kita makan secara berlebihan. Pengambilan kalori yang berlebihan inilah yang menyebabkan kegemukan atau obesiti.
Gula-gula atau candy yang tinggi kandungan gula |
8. Gula boleh menyebabkan ketagihan
Gula menyebabkan bahan kimia yang dipanggil dopanine dihasilkan secara berlebihan dalam otak, yang memberi rasa seronok atau gembira. Oleh itu, kebanyakan orang akan ketagih dengan perasaan tersebut dan seterusnya ketagih akan gula dan makanan ringan lain.
9. Gula menyebabkan obesiti
Gula merupakan penyebab utama obesiti di kalangan kanak-kanak dan dewasa. Pengambilan gula mempengaruhi otak dan hormon, dan ini menjurus kepada kegemukan.
10. Gula menyebabkan kadar kolestrol tinggi
Gula merupakan penyebab utama kadar kolestrol tinggi dalam darah dan bukannya lemak tepu. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kadar fruktosa yang yang berlebihan akan meningkatkan kadar triglycerides dan LDL teroksida (oxidised LDL), meningkatkan kadar gula dan insulin dalam darah, dan menambahkan lemak pada abdomen. Ini merupakan faktor-faktor penyebab penyakit jantung.
Eeee takutnya bila dah baca tentang keburukan gula ni kan? Jom kurangkan pengambilan gula.
Cara saya? Kurangkan minum minuman berkarbonat (saya cuma minum 100 Plus sekali sekala), kurangkan minuman bergula seperti teh dan kopi (saya cuma minum teh tapi sangat jarang, saya suka minum Vico tanpa gula), dan kurangkan makan yang manis-manis. Selain itu, cuba gantikan roti putih dengan roti wholemeal, dan minum banyak air masak. Alah bisa tegal biasa. Selamat mencuba!
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:
Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB
Cap comentari:
Publica un comentari a l'entrada