Jerawat seringkali dikaitkan dengan pemakanan yang tidak seimbang, rehat atau tidur yang tidak mencukupi, tabiat merokok dan minum alkohol, dan kurang minum air.
Selain itu, jerawat juga mungkin berpunca daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan, mencuci muka terlalu kerap atau terlalu jarang, menggunakan produk wajah yang tidak sesuai dengan kulit, dan sebagainya.
 |
| Pudarkan Parut Jerawat Tanpa Menggunakan Krim Kecantikan Yang Mahal |
Sebagai seorang lelaki yang berusia awal 20-an, adik saya inginkan kulit wajah yang sempurna tanpa jerawat. Namun, beliau tidak lari daripada masalah jerawat yang dihadapi sejak remaja lagi.
Sejak saya mula mengamalkan produk Shaklee pada awal 2014, beliau juga turut sama mengambil beberapa produk untuk kulit. Saya mengesyorkan beliau mengambil
Set Cantik Budget, dengan produk-produk seperti
Sustained Release Vita-C Plus dan
B Complex.
Beliau juga kemudiannya mengambil
Energizing Soy Protein (ESP) dan
Zinc Complex yang juga baik untuk kulit wajah.
 |
Produk yang diambil untuk pudarkan parut jerawat - Energizing Soy Protein (ESP),
Sustained Release Vita-C, B-Complex, Zinc Complex |
Berikut adalah kebaikan setiap produk tersebut untuk kesihatan dan kecantikan kulit:
Sustained Release Vita-C Plus
- Merangsang pembentukan kolagen yang penting untuk kulit yang tegang, anjal dan tidak berkedut
- Mempercepatkan proses pemulihan
- Membaiki kulit yang kasar atau kering
- Kulit menjadi lebih cantik, cerah, berseri
- Melambatkan penuaan
- Mengurangkan pigmentasi yang menyebabkan jeragat
B Complex
- Meredakan alahan
- Mengurangkan stress supaya anda boleh tidur dengan lebih baik dan seterusnya mendapat rehat yang mencukupi yang penting untuk kulit yang sihat
- Tekanan atau stress yang rendah juga membantu mengurangkan ketidakseimbangan hormon yang mungkin menyebabkan masalah jerawat
Energizing Soy Protein (ESP)
- Mengandungi protein dan asid amino penting untuk membina sel-sel kulit wajah baru
- Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
- Mengurangkan kedutan
- Mengurangkan kesan parut
- Membaiki masalah pigmentasi dan tona tidak sekata
Zinc Complex
- Membantu pembentukan protein dan kolagen untuk kulit wajah yang sihat
- Mengaktifkan enzim-enzim penting yang merangsang pertumbuhan sel-sel baru
- Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran
- Memperbaiki radang kulit seperti jerawat batu (acne) dan jerawat pasir
BACA: Manfaat dan Kebaikan Zinc Complex Shaklee
Adik saya amat berpuas hati dengan produk Shaklee yang beliau amalkan. Anda boleh lihat sendiri pada gambar sebelum dan selepas. Sekarang, yang tinggal hanyalah parut yang hampir tidak kelihatan di wajah beliau.
 |
Gambar sebelum dan selepas - Pengambilan vitamin yang konsisten boleh
mempercepatkan lagi proses pemulihan kulit wajah |
Selain daripada produk-produk yang telah adik saya amalkan, anda juga boleh mengamalkan
Vita-E Complex, Carotomax, dan
Vivix, untuk kesihatan kulit wajah yang lebih baik. Malah
GLA Complex juga membantu mencantikkan kulit, selain menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan hormon wanita. Kesemua produk tersebut mengandungi banyak kebaikan, bukan sahaja untuk kecantikan kulit wajah tetapi juga untuk kesihatan dalaman anda.
Tip: Kesemua produk di atas boleh dijadikan masker untuk wajah dan boleh diamalkan 2 kali seminggu
Pemakanan yang sihat, amalan minum air mencukupi, dan mengelakkan makanan yang berminyak atau berlemak juga membantu dalam mendapatkan kulit wajah yang sihat.
Inginkan kulit wajah yang berseri dan bebas daripada jerawat? Jom cuba produk-produk Shaklee. Saya jamin anda akan berpuas hati.
Saya sendiri mengamalkan kesemua produk yang adik saya amalkan untuk kulit wajah, masalah rambut gugur, dan juga untuk membantu
menurunkan berat badan.
Bagaimana saya lakukannya? Jom tanya saya. Hubungi saya sekarang!
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB