Tahukah anda bahawa madu terdapat dalam pelbagai jenis warna dan rasa? Warna dan rasa madu yang berbeza ini bergantung kepada spesis lebah dan jenis bunga yang menjadi sumber nektar.
Jom baca dengan lebih mendalam tentang 10 khasiat terbaik madu untuk kesihatan.
1. Melegakan batuk dan sakit tekak
Madu telah terbukti boleh melegakan batuk dan sakit tekak. Menurut satu kajian di Penn State College of Medicine, madu telah membantu melegakan batuk dalam kalangan kanak-kanak, mengurangkan batuk pada waktu malam dan membantu mereka tidur dengan lebih nyenyak. Ini membuktikan bahawa madu lebih baik daripada ubat batuk.
2. Meningkatkan daya ingatan
Madu boleh membantu meningkatkan daya ingatan. Pengambilan madu yang konsisten boleh membantu memperbaiki ingatan dan menghindar penyakit nyanyuk.
Madu dalam balang kaca |
3. Membantu menyembuhkan luka
Luka dan kesan bakar yang disapu dengan madu boleh menyembuh dengan cepat berbanding yang tidak disapu dengan madu. Madu juga membantu melindungi luka daripada dijangkiti kuman. Selain itu, luka yang telah dijangkiti kuman juga boleh sembuh dengan baik setelah disapu dengan madu.
4. Memberi pelbagai jenis nutrien
Madu mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti niasin, riboflavin, asid pantothenic, kalsium, kuprum, besi, magnesium, mangan, fosforus, potasium dan zink. Oleh itu, madu adalah lebih baik daripada gula biasa kerana ia memberi lebih zat untuk setiap kalori berbanding gula.
5. Berpotensi menghalang pengurangan sel darah putih
Madu berpotensi membantu menghalang pengurangan sel darah putih akibat kesan kemoterapi. Dalam satu kajian, beberapa pesakit kanser yang menghadapi risiko neutropenia atau kurang sel darah putih telah mengambil madu setiap hari, dan telah mengurangkan risiko neutropenia tersebut.
6. Melegakan alahan atau alergi
Madu boleh membantu melegakan alahan. Madu adalah bersifat anti-radang, sekaligus boleh membantu mengurangkan kesan-kesan alahan seperti batuk dan sebagainya.
7. Membunuh bakteria yang tahan antibiotik
Dalam beberapa kajian klinikal, madu terbukti boleh membunuh bakteria yang terdapat dalam makanan seperti E. coli dan salmonella, dan juga Staphylococcus aureus dan Pseudomonas aeruginosa, yang biasa ditemui di hospital dan pejabat doktor.
Madu pelbagai warna dan rasa |
8. Membantu dalam mengurangkan kesan alkohol
Madu boleh membantu mengurangkan kesan alkohol dengan meningkatkan daya metabolisma badan. Ini membantu mengurangkan kesan mabuk akibat minum minuman beralkohol dan membantu mengurangkan tahap alkohol dalam darah.
9. Memberi tenaga untuk bersukan
Ramai atlit mengambil minuman sukan yang tinggi kandungan gula untuk memberi tenaga sebelum aktiviti sukan. Untuk tujuan yang sama, madu boleh memberi tenaga secara alami yang jauh lebih baik berbanding sumber lain kerana madu mengandungi nutrien yang pelbagai.
10. Mengurangkan masalah kulit kepala dan kelemumur
Madu yang dilarutkan dalam air suam dan digosok lembut pada kulit kepala dan rambut boleh membantu mengurangkan masalah kelemumur dan kulit kepala berminyak. Selain boleh membantu mengurangkan kegatalan, kelemumur juga berkurangan dan rambut juga boleh tumbuh dengan lebih baik.
Madu yang terbaik tentunya madu asli dan bukan madu komersial yang mungkin ditambah dengan gula. Madu asli memang sangat sedap dicampurkan dengan air suam kosong atau dengan lemon ataupun ke dalam teh panas. Jika anak-anak demam dan batuk-batuk, boleh cuba beri madu asli atau air suam dicampur dengan madu asli untuk membantu melegakan batuk. Untuk yang ingin menurunkan berat badan pula, gantikan gula dengan madu sebagai pemanis minuman dan makanan. Selamat mencuba!
Cap comentari:
Publica un comentari a l'entrada