Saturday, 29 August 2015

4 Bahan Tambahan Dalam Snek Segera Yang Mesti Dielakkan

Kadangkala, sukar untuk kita mengelak daripada memberi makanan atau snek segera kepada anak-anak. Namun begitu, kita boleh membaca  label atau bungkusan makanan dan mengelakkan bahan-bahan tambahan yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak.

Jom kenalpasti 4 bahan tambahan dalam snek segera yang mesti dielakkan.

1. Monosodium glutamate (MSG)
Hati-hati! Dalam kes yang serius, bahan penambah perisa ini boleh menyebabkan pening kepala, muntah-muntah dan kadar degupan jantung juga meningkat. Bahan MSG ini mungkin ada dalam mi segera dan keropok.

Keropok kentang yang mungkin ada kandungan MSG yang tinggi
Keropok kentang yang mungkin ada kandungan MSG yang tinggi

2. Sirap jagung tinggi fruktosa
Sirap jagung tinggi fruktosa atau high-fructose corn syrup (HFCS) adalah pemanis yang berkaitrapat dengan penyakit kencing manis dan obesiti. Dalam satu kajian di Amerika Syarikat, bahan ini didapati lebih beracun daripada gula biasa, dan boleh mempengaruhi kesihatan otak, menyebabkan seseorang menjadi lembab, lambat belajar dan tidak dapat menyimpan maklumat.

3. Pewarna tiruan
Makanan diberi warna supaya kelihatan lebih menarik, jadi tentunya pewarna tiruan didapati dalam makanan kanak-kanak seperti bijirin sarapan, yogurt, dan bertih jagung ketuhar mikro (microwave popcorn). Terdapat kajian yang mendapati bahawa pewarna tiruan menyebabkan kanak-kanak menjadi hyperaktif. Selain itu, warna karamel yang ditambah dalam minuman Cola juga dikatakan berkaitan dengan peningkatan risiko kanser.

BACA: Cara Mudah Untuk Tambah dan Kekalkan Selera Makan Anak

4. Pemanis tiruan
Kanak-kanak harus dielakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi pemanis tiruan seperti acesulfame potassium, aspartame dan sucralose. Ini kerana bahan-bahan ini menggantikan nutrien yang sihat. Selain itu, pemanis tiruan seperti mannitol dan sorbitol telah dikenalpasti sebagai penyebab ketidakselesaan perut dan cirit birit.

Bijirin sarapan berwarna-warni yang mungkin ada pewarna dan pemanis tiruan
Bijirin sarapan berwarna-warni yang mungkin ada pewarna dan pemanis tiruan

Hati-hati semasa memilih snek segera untuk anak-anak. Baca label dengan teliti dan elakkan 4 bahan tambahan yang telah disenaraikan. Seeloknya berikanlah anak-anak anda makanan yang disediakan di rumah yang semestinya jauh lebih sihat daripada makanan segera yang mungkin mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...