diumenge, 30 d’agost del 2015

7 Filem Animasi Menarik 2016 Untuk Ditonton Bersama Anak-Anak

Jika anda seorang peminat filem animasi ataupun mempunyai anak-anak yang gemarkan filem-filem animasi, pastinya anda ternanti-nanti akan filem-filem animasi terbaru yang bakal menemui kita pada tahun 2016. 

Mari kita baca sinopsis 7 filem animasi menarik 2016 untuk ditonton bersama anak-anak.


Zootopia – 3 Mac 2016
Arahan: Rich Moore and Byron Howard
Pelakon/Vokal: Jason Bateman, Ginnifer Goodwin, Alan Tudyk

Zootopia (2016)
Zootopia (2016)

Zootopia mengisahkan seekor musang yang petah bercakap yang ingin menempa nama, tetapi melarikan diri kerana dituduh melakukan jenayah. Si musang kemudiannya bertemu dengan si arnab, polis hebat di Zootopia. Adakah musang dan arnab akan menjalinkan persahabatan, atau kekal sebagai musuh?



Kung Fu Panda 3 – 17 Mac 2016
Arahan: Alessandro Carloni and Jennifer Yuh
Pelakon/Vokal: Jack Black, Angelina Jolie, Dustin Hoffman

Kung Fu Panda 3 (2016)
Kung Fu Panda 3 (2016)

Peminat siri filem Kung Fu Panda tentunya tertunggu-tunggu filem ketiga ini. Kali ini, Po si beruang panda meneruskan perjalanannya yang penuh dengan "awesomeness", dan bakal bertemu dengan dua musuh epik.


The Jungle Book – 14 April 2016
Arahan: Jon Favreau
Pelakon/Vokal: Scarlett Johansson, Idris Elba, Bill Murray

The Jungle Book (2016)
The Jungle Book (2016)

Menampilkan muka baru Neel Sethi sebagai Mowgli dalam bentuk live-action, filem The Jungle Book hasil tulisan klasik Rudyard Kipling ini turut menampilkan ramai veteran dalam dunia perfileman seperti Scarlett Johansson, Idris Elba, Ben Kingsley, Lupita Nyong’o, Christopher Walken and Bill Murray.


The BFG – 1 Julai 2016
Arahan: Steven Speilberg
Pelakon/Vokal: Rebecca Hall, Bill Hader, Jemaine Clement

The BFG (2016)
The BFG (2016)

Filem yang diadaptasikan daripada novel klasik hasil nukilan Roald Dahl ini mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang berkawan dengan si gergasi yang dipanggilnya BGF atau Big Friendly Giant, yang bersama-sama dengan Ratu England melalui pengembaraan semasa cuba menyelamatkan dunia daripada gergasi lain yang makan manusia.


Ice Age: Collision Course – 15 Julai 2016
Arahan: Mike Thurmeier and Galen T. Chu
Pelakon/Vokal: John Leguizamo, Denis Leary, Queen Latifah 

Ice Age 5 - Collision Course (2016)
Ice Age 5 - Collision Course (2016)

Filem kelima dan terakhir dalam siri Ice Age yang popular ini merupakan antara filem yang ditunggu-tunggu peminat filem pada tahun 2016. Kali ini, Manny, Sid dan Diego harus bersama-sama menyelesaikan malapetaka yang timbul setelah Scrat sekali lagi cuba menimbulkan porak peranda.


The Secret Life of Pets – 18 Ogos 2016
Arahan: Chris Renaud and Yarrow Cheney
Pelakon/Vokal: Lake Bell, Kevin Hart, Ellie Kemper

The Secret Life of Pets (2016)
The Secret Life of Pets (2016)

Apa agaknya yang dilakukan oleh haiwan peliharaan ketika tatkala tuan mereka tiada di rumah? Tonton filem ini dan saksikan burung kenari bermain permainan video, kucing membuka peti ais, dan si anjing poodle mendengar muzik rock. Menarik kan?


Moana – 26 Disember 2016
Arahan: Ron Clements, John Musker
Pelakon/Vokal: Dwayne Johnson, Alan Tudyk, Camila Cabello


Moana (2016)
Moana (2016)

Bersedia untuk puteri Disney yang baru? Memperkenalkan Moana Waialiki, Disney princess Polynesia pertama yang berlayar merentasi Lautan Pasifik Selatan untuk memenuhi permintaan nenek moyangnya, dan bertemu dengan Maui, yang menyertai pengembaraannya.

Seronok kan? Tak sabar rasanya nak menonton kesemua filem animasi yang disenaraikan, terutama sekali Moana (2016).

[Sumber]


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...