Friday, 28 August 2015

Ba-Na-Na? 10 Khasiat Pisang Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Pisang merupakan buah yang biasa ditemui di negara kita. Buah tropika yang berwarna kuning keemasan apabila masak ini kadangkala dipandang ringan dan tidak dihargai. Namun begitu, tahukah anda bahawa pisang mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan?

Jom baca tentang 10 khasiat pisang untuk kesihatan yang mungkin anda tidak tahu.

10 Khasiat Pisang Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
10 Khasiat Pisang Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

1. Memberi tenaga
Pisang yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral adalah sumber tenaga yang baik. Makan dua biji pisang memberi anda tenaga untuk bersenam selama sejam setengah. Selain itu, pisang juga sesuai dimakan sebagai snek, terutama sekali apabila anda berasa penat atau lesu.

2. Kaya dengan potassium
Pisang mengandungi potassium yang membantu peredaran darah membawa oksigen ke otak. Peredaran darah yang lancar juga mengekalkan degupan jantung yang sihat dan mengimbangkan bendalir badan. Selain itu, potassium juga membantu mengurangkan risiko strok dan mengawal tekanan darah.

3. Untuk masalah sembelit
Pisang boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Ini adalah kerana pisang mengandungi serat atau fiber yang boleh mengembalikan dan mengekalkan fungsi usus yang baik, dan tidak memberi kesan sampingan seperti cirit birit.

4. Memberi mood yang baik
Pisang mengandungi tryptophan, bahan kimia yang juga terkandung dalam daging ayam belanda (turkey). Tryptophan mengandungi protein yang membantu minda untuk berehat, dan memberi rasa tenang dan gembira.

5. Melegakan ketika sedang datang bulan
Pisang mengandungi vitamin B6 yang membantu mengawal kadar gula dalam darah dan memberi mood yang baik ketika datang bulan. Pisang merupakan pengganti yang baik berbanding ubat, dan boleh melegakan sakit-sakit badan dan senggugut ketika haid.

Muffin pisang yang sangat lazat
Muffin pisang yang sangat lazat

6. Baik untuk kesihatan minda
Pisang boleh meningkatkan kesihatan minda dan kecerdasan. Menurut satu kajian, potassium dalam buah pisang boleh meningkatkan kecerdasan dan memberikan pemikiran yang lebih tajam. Pelajar yang makan pisang dengan kerap juga boleh memberi tumpuan yang lebih baik dalam kelas.

7. Membantu berhenti merokok
Pisang mengandungi pelbagai vitamin dan khasiat yang mampu membantu perokok untuk berhenti merokok. Kandungan vitamin B dan mineral dalam pisang mampu mengurangkan kesan fizikal dan psikologi akibat ketiadaan nikotin.

8. Baik untuk wanita mengandung
Pisang mempunyai kesan menenangkan yang baik untuk ibu mengandung yang mahu melawan kesan loya dan muntah. Pisang juga menambah zat dalam badan dan mengawal gula dalam darah. Selain itu, pisang membantu mengawal suhu bahan wanita mengandung.

9. Melegakan ulser perut
Pisang mampu mengurangkan keasidan dalam perut dan melegakan pedih ulu hati dengan memberi lapisan perlindungan pada dinding perut. Pisang juga mengurangkan risiko gastrik dengan bertindak memberi rasa kenyang yang lama.

BACA: Atasi Sakit Gastrik Dengan Energizing Soy Protein

10. Kaya dengan zat besi
Untuk yang mengalami kekurangan zat besi, pisang merupakan sumber zat besi yang baik. Ini membantu menggalakkan penghasilan hemoglobin yang membantu darah membeku dengan cepat dalam kes seperti luka atau kecederaan yang serius.

Smoothie pisang yang sedap dan sesuai untuk yang berdiet
Smoothie pisang yang sedap dan sesuai untuk yang berdiet

Pisang memang sedap. Pisang boleh dibuat cucur untuk minum petang, dicampur dengan bijirin seperti oat untuk sarapan, dan dijadikan pencuci mulut seperti banana split dan sebagainya. Pisang juga sedap dijadikan muffin dan kek, serta lazat dijadikan smoothie untuk mereka yang sedang berdiet.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...