Thursday, 27 August 2015

5 Cara Mudah Ubah Pemakanan Jadi Lebih Sihat

Kehidupan yang semakin sibuk dengan kerjaya dan keluarga, ditambah dengan kepesatan pembangunan tentunya sedikit sebanyak menambah tekanan kepada kita. Segalanya harus sedap, cepat dan mudah, dan ini termasuklah cara pemakanan kita.

Bagaimana caranya kita hendak pastikan bahawa cara pemakanan kita sentiasa sihat?

Jom baca tentang 5 cara mudah ubah pemakanan menjadi lebih sihat.

1. Masak dan makan lebih kerap di rumah
Dengan memasak di rumah, anda boleh memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan adalah yang terbaik. Kurangkan memasak makanan segera seperti mi instant, sosej, dan makanan beku lain, tetapi cuba beli bahan-bahan yang segar dan belum diproses, seperti daging, ikan, dan sayuran yang segar. Selain itu, dengan memasak sendiri di rumah, anda boleh mengawal kadar garam, gula, dan minyak yang digunakan dalam masakan. Tentunya lebih seronok apabila satu keluarga makan bersama-sama di rumah berbanding di luar, dan anda juga boleh berjimat.

Masaklah dengan bahan-bahan yang segar
Masaklah dengan bahan-bahan yang segar

2. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman
Gantikan minuman manis dengan air putih atau minuman kurang manis. Sewaktu memasak, kurangkan gula dalam makanan, dan kurangkan membeli makanan yang manis-manis seperti kuih muih, pastri, coklat, gula-gula, dan sebagainya untuk mengelakkan anda terbiasa dengan makanan yang terlalu manis. Anda juga boleh gantikan gula dengan madu asli.


3. Gantikan santan kelapa dengan susu cair
Apabila memasak lauk pauk yang memerlukan santan, gunakan susu cair. Santan kelapa mengandungi lemak yang tinggi. Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat mengelak daripada menggunakan santan, masukkanlah sedikit sahaja, dan selebihnya digantikan dengan susu cair yang kurang lemak dan kurang kalori.

Elakkan makan makanan segera seperti burger dan french fries
Elakkan makan makanan segera seperti burger dan french fries

4. Elakkan menggoreng makanan
Pelbagaikan cara penyediaan makanan selain menggoreng dengan minyak yang banyak (deep fry). Anda boleh memasak dengan cara merebus, mengukus, memanggang, menggrill, ataupun menggoreng dengan minyak yang sedikit (stir fry). Selain itu, anda juga boleh menggoreng tanpa minyak dengan menggunakan peralatan seperti air fryer.

5. Gantikan makanan ringan dengan snek alternatif
Jika anda dan anak-anak gemarkan makanan ringan atau jajan, gantikan dengan snek alternatif yang lebih sihat. Snek seperti keropok, coklat, asamboi, dan kek memang sedap, tetapi juga tinggi kandungan gula dan kalori. Cuba resipi snek alternatif yang lebih sihat seperti snek kerepek pisang atau keledek homemade yang dibakar dalam ketuhar tanpa minyak dan kurang bahan perisa tambahan.

Aiskrim memang sedap, tapi harus dikurangkan
Aiskrim memang sedap, tapi harus dikurangkan

Tak susah jika anda rajin mencari alternatif untuk makanan yang lebih sihat. Semuanya untuk kesihatan anda dan keluarga juga. Jom cuba!


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

2 comments:

  1. ala.. masalahnya aa. saya suka makan ni semua hihihi.


    mo tambah berat badan kono. ngee
    tq Debie for the information

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mau tambah berat badan pun kena makan yang sihat2 :)
      Thanks melawat blog saya :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...