diumenge, 6 de setembre del 2015

6 Sebab Kenapa Anda Harus Berhenti Makan Mi Segera

Mi segera adalah makanan yang sering menjadi pilihan mereka yang ingin berjimat dan inginkan makanan yang mudah dan cepat disediakan. Pelajar kolej misalnya, gemar akan mi segera yang murah dan senang dimasak.

6 Sebab Kenapa Anda Harus Berhenti Makan Mi Segera
6 Sebab Kenapa Anda Harus Berhenti Makan Mi Segera

Walaupun mi segera secara umumnya bukanlah makanan yang sihat, namun ramai yang beranggapan bahawa mi segera lebih baik atau setara dengan makanan segera yang lain seperti burger dan kentang goreng.

Dalam satu eksperimen oleh Dr. Braden Kuo di Massachusetts General Hospital, beliau telah menggunakan sebuah kamera bersaiz sebesar pil yang ditelan oleh subjek yang telah makan mi segera, dan apa yang beliau rakam adalah sangat mengejutkan. Jom tonton videonya di bawah.



Berikut adalah 6 sebab kenapa anda harus berhenti makan mi segera jika anda pentingkan kesihatan:

1. Tidak dihadam terus selepas beberapa jam dimakan
Dalam video di atas, anda boleh lihat mi segera di dalam perut manusia. Walaupun telah dimakan selama dua jam, mi segera tersebut masih kelihatan tidak terusik dan masih ada rupa bentuk seperti mi, berbanding dengan mi buatan tangan (handmade) yang sudah terhadam dalam masa cuma 20 minit.

2. Membebankan sistem penghadaman
Apabila mi segera sukar dihadam, ini akan membebankan sistem penghadaman yang akan terus berusaha untuk mencernanya. Ini juga mungkin akan mengganggu penyerapan nutrien apabila anda makan makanan lain.

Mi segera yang sudah dimasak dan siap untuk dimakan
Mi segera yang sudah dimasak dan siap untuk dimakan

3. Mengandungi tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ), sejenis bahan pengawet
Mi segera mengandungi bahan pengawet bertoksik iaitu tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ). Bahan ini adalah bahan pengawet yang biasa digunakan dalam pelbagai jenis makanan segera, tetapi juga terkandung dalam racun serangga, kosmetik dan minyak wangi. TBHQ yang berlebihan boleh menyebabkan loya dan muntah, kecelaruan (delirium), bunyi dering dalam telinga (ringing in the ear), dan rasa lemas (sense of suffocation) dan seterusnya pengsan. Selain itu, pengambilan mi segera secara kerap juga mungkin boleh menyebabkan kerosakan hati dan mempengaruhi kesihatan sistem reproduktif.

4. Mengandungi MSG
MSG atau monosodium glutamate adalah sejenis excitotoxin, yang bermaksud ianya memberi excitement atau keseronokan kepada sistem saraf kita sehingga boleh membawa kepada kerosakan atau maut, dan boleh merosakkan otak. MSG juga digunakan untuk menggemukkan tikus makmal untuk tujuan penyelidikan, dan ini bermaksud MSG boleh menggemukkan dan harus dielakkan jika anda ingin menurunkan berat badan.

BACA: 4 Bahan Tambahan Dalam Snek Segera Yang Mesti Dielakkan

5. Meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular
Oleh sebab mi segera mengandungi bahan pengawet dan perasa tiruan serta hampir tidak mengandungi sebarang zat langsung, tentunya mi segera boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Sesiapa yang makan mi segera lebih daripada dua kali seminggu menghadapi risiko penyakit seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis, dan penyakit jantung.

Mi segera Korea yang banyak dijual di pelbagai negara
Mi segera Korea yang banyak dijual di pelbagai negara

6. Meningkatkan risiko obesiti
Apabila anda makan mi segera dengan kerap, anda akan mengambil jumlah MSG yang tinggi dan ini akan menyebabkan kegemukan. Selain itu, mi segera yang cuma tinggi kandungan lemak dan karbohidrat serta sodium, juga menjadi punca anda mengalami peningkatan berat badan.

Takut betul nak makan mi segera selepas membaca tentang pelbagai keburukannya. Jom kita berhenti makan mi segera sekarang!


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

8 comentaris:

  1. Saya pernah terbaca pasal org yang cipta mee ni, Momofuku Ando - orang Jepun. Masa perang dunia dulu, Jepun bagi tentera dia makan roti yang USA supply, sedangkan org Jepun lebih biasa dengan roti. Bila Ando tanya pihak tentera, mereka jawab tak cukup stok untuk supply noodle Masa tu noodle masih jenis basah. So Ando reka mee kering dan buat noodle cup untuk supply kepada tentera. Yang lucunya, dia makan noodle cup ayam hampir setiap hari sampailah dia meninggal dunia. Dia meninggal pada usia 97 tahun sebab sakit jantung.

    ResponElimina
    Respostes
    1. Menarik cerita tu. Jika beliau cipta sendiri mee tu dan meninggal dunia masa umur dah hampir 100 tahun, saya rasa mee yang diciptanya adalah agak sihat.

      Mee segera yang terdapat di pasaran sekarang kebanyakannya menggunakan teknologi yang lebih maju. Lebih maju cara pemprosesan, lebih banyak bahan kimia yang digunakan. Lagipun, kita tak tau macam mana mee ni diproses di kilang. So kenala hati2 dan elakkan makanan yang diproses. :)

      Terima kasih atas komen anda. :)

      Elimina
  2. Mungkin kena alert sesetengah mee segera yang ada TBHQ tue.
    Nice info..

    ResponElimina
    Respostes
    1. Tak pasti pulak kalau mi buatan Malaysia ada TBHQ tu tapi elokla kalau elakkan jer makanan segera.

      Elimina
  3. Terima kasih kongsikan..lepas ni nak makan kena buat sendiri la jawabnya.. serius..memang seram dah tengok vid tu dan rasa macam tak nak makan dah maggi..

    ResponElimina
    Respostes
    1. Haah, ada kawan yg ada resepi homemade kway teow. Boleh cuba :)

      Elimina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...