Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengelak dan menghindari penyakit kanser? Antara yang boleh kita lakukan adalah mengetahui dan mengenalpasti makanan yang menjadi punca penyakit kanser.
Jom baca dengan lebih lanjut tentang 10 makanan penyebab kanser yang mungkin anda makan setiap hari.
1. Minuman berkarbonat
Menurut kajian yang telah diterbitkan dalam American Journal of Nutrition, penggemar minuman berkarbonat atau soda yang minum lebih daripada satu tin sehari mempunyai risiko stroke yang lebih tinggi daripada orang yang tidak minum minuman berkarbonat langsung. Kandungan gula yang tinggi dalam minuman berkarbonat menjadikannya punca kalori kosong (empty calories) yang menyebabkan kegemukan atau obesiti. Minuman berkarbonat juga menjadi punca kepada penyakit kencing manis, dan menyebabkan sakit ulser perut semakin melarat. Selain itu, dengan kandungan pewarna dan perisa tiruan seperti 4-methylimidazole (4-MI), tidak hairanlah jika minuman berkarbonat atau bergas ini telah terbukti sebagai penyebab kanser.
Coca Cola, contoh minuman berkarbonat atau bergas yang tinggi kandungan gula |
2. Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin adalah berbahaya kepada kesihatan. Ini adalah kerana kebanyakan tin yang digunakan mempunyai lapisan dalam yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol-A atau BPA. Tomato dalam tin dikatakan sangat berbahaya kerana kandungan asidnya yang tinggi yang menyebabkan BPA meresap ke dalam buah tersebut. Oleh itu, elakkan membeli makanan dalam tin dan belilah makanan yang segar.
3. Daging diproses
Daging yang diproses termasuklah sosej, daging burger, daging salai, dan sebagainya. Garam dan bahan kimia yang berlebihan yang digunakan dalam pemprosesan daging adalah berbahaya kepada kesihatan. Daging yang diproses mengandungi pelbagai bahan kimia dan pengawet, termasuk sodium nitrat yang membuatkannya kelihatan sedap dan segar, namun sebenarnya memudaratkan. Daging yang diasap atau disalai juga membahayakan kesihatan. Ini adalah kerana daging salai menyerap tar yang dihasilkan oleh asap. Tar inilah antara bahan berbahaya yang terkandung dalam rokok.
4. Kerepek kentang
Kerepek kentang atau potato chips sememangnya snek yang rangup, sedap dan mudah, namun memberi pelbagai kesan negatif kepada kesihatan. Kerepek kentang mengandungi lemak dan kalori yang tinggi, yang pastinya membawa kepada peningkatan berat badan. Selain mengandungi sodium atau garam yang berlebihan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kerepek kentang juga tinggi kandungan lemak trans atau lemak tepu yang boleh menyebabkan kolestrol tinggi. Mengandungi perasa dan pewarna tiruan serta pelbagai bahan pengawet, kerepek kentang juga mengandungi acrylamide, sejenis bahan yang dihasilkan apabila kentang digoreng dalam suhu yang sangat tinggi. Acrylamide ini juga terdapat dalam rokok, dan tentunya membahayakan kesihatan.
Kerepek kentang atau potato chips yang tinggi sodium dan lemak trans |
Semua jenis minyak masak atau hydrogenated oil adalah minyak sayuran. Minyak sayuran tidak boleh diekstrak secara alami daripada sumbernya, tidak seperti mentega, jadi ianya harus melalui proses kimia, dan seterusnya diberi pewangi dan pewarna agar kelihatan menarik. Semua jenis minyak sayuran mengandungi asid lemak Omega-6 yang menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan juga kanser seperti kanser kulit. Minyak terhidrogen juga mempengaruhi struktur sel badan manusia, yang berkait rapat dengan kanser.
6. Makanan diawet atau dijeruk
Makanan yang diawet atau dijeruk biasanya tinggi kandungan gula, garam, atau cuka, dan kadang kala, turut ditambah pewarna tiruan. Makanan sebegini meningkatkan risiko penyakit kanser. Selain itu, makanan yang diasap atau smoked juga mengandungi tar, iaitu bahan beracun yang terdapat dalam rokok. Terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa makanan diawet meningkatkan risiko penyakit kanser seperti kanser kolorektal (colorectal) dan kanser perut.
7. Tepung gandum
Tepung gandum putih yang diproses adalah tidak baik untuk kesihatan. Kebanyakan kilang pemprosesan tepung gandum menggunakan sejenis bahan kimia yang dipanggil chlorine gas untuk melunturkan dan memutihkan tepung gandum. Chlorine gas ini adalah berbahaya jika dihidu dan jika diambil secara berlebihan, boleh menyebabkan maut. Tepung gandum yang diproses juga kehilangan banyak nutrien, selain mengandungi kadar indeks glisemik yang tinggi. Ini menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan insulin yang mendadak, yang menjadi punca penyakit diabetes. Selain itu, tepung gandum yang ditukar menjadi gula dalam badan juga adalah makanan kepada kanser, menyebabkannya merebak dengan cepat.
Kek cawan atau cupcakes, antara makanan dibuat daripada tepung gandum dan gula |
8. Gula ringkas
Gula ringkas atau refined sugars bukan sahaja menyebabkan peningkatan kadar insulin, tetapi juga menjadi makanan kepada kanser, menyebabkan sel-sel kanser membesar dan merebak. High-fructose corn syrup (HFCS) atau sirap jagung tinggi fruktosa yang digunakan dalam banyak makanan di Amerika Syarikat merupakan contoh makanan kanser kerana HFCS mudah dan cepat diproses oleh sel kanser. Oleh sebab gula ringkas adalah bahan penting dalam kebanyakan makanan seperti kek, biskut, kuih muih, minuman kopi segera, dan sebagainya, maka tidak hairanlah jika kes-kes penyakit kanser semakin bertambah setiap hari.
9. Alkohol
Menurut satu kajian di Amerika Syarikat terhadap lebih 200,000 wanita selama hampir 14 tahun, wanita yang sudah menopause yang minum satu minuman alkohol sehari mempunyai hampir 30 peratus peningkatan kanser payudara berbanding wanita yang tidak minum alkohol langsung. Pengambilan alkohol merupakan penyebab kanser kedua tertinggi selepas penggunaan tembakau. Walaupun pengambilan alkohol dalam jumlah kecil boleh menurunkan risiko penyakit jantung, namun pengambilan alhojol berlebihan boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung, stroke, dan kematian mengejut. Menurut satu kajian tentang kanser, pengambilan alkohol berlebihan merupakan penyebab utama penyakit seperti kanser mulut, esofagus, hati, kolon, mulut, rektum, dan payudara.
10. Daging merah
Daging merah, jika diambil dalam jumlah yang kecil, adalah baik untuk kesihatan. Namun begitu, pengambilan daging merah setiap hari boleh meningkatkan risiko kematian disebabkan penyakit kanser. Selain itu, pengambilan daging merah yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit kanser payudara, prostat dan kolon. Berbanding dengan daging merah seperti daging lembu atau kambing, daging ayam dan ikan dikatakan baik untuk kesihatan dan kurang memudaratkan.
Pada pendapat saya, eloklah jika kita elakkan makan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin dan makanan yang diawet. Makan makanan yang segar, dan kurangkan garam dan gula serta penambah perasa dalam makanan. Selain itu, makanlah dengan bersederhana, dan jangan berlebihan. Tak salah jika ingin menikmati makanan kegemaran anda, namun eloklah dalam jumlah yang sedikit dan tidak terlalu kerap.
Wah nda tau pula tepun pun salah satu penyebab cancer huhu.
ResponEliminaPaling suka mkn kentang tu tp kurg2 kan makan sbb artificial byk huhu.
Tq utk entry nya debs. Tau suda saya.
Samalah kita suka makan2. Kena hati2 lepas ni.
EliminaTerima kasih melawat blog saya. :)
nak tanya daging ayam kat kfc tu adakah selamat utk di makan?
ResponElimina