dimarts, 18 d’agost del 2015

9 Makanan Probiotik Bukan Yogurt Yang Perlu Anda Tahu

Kita biasa mendengar tentang kebaikan yogurt atau dadih. Yogurt mengandungi probiotik iaitu bakteria baik yang bagus untuk sistem pencernaan kita.

Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat makanan lain yang juga mengandungi probiotik?

Jom baca dengan lebih lanjut tentang 9 jenis makanan probiotik yang bukan yogurt.

1. Kimchi
Kimchi adalah makanan Korea yang dibuat daripada pelbagai jenis sayuran dan rempah seperti kobis panjang, bawang putih, cili, halia dan sos ikan. Makanan yang pedas dan berbau kuat ini dijeruk dalam tempoh yang lama dan mengandungi pelbagai spesis bakteria, yang menjadikannya antara makanan probiotik terbaik.

Proses pembuatan kimchi di Korea
Proses pembuatan kimchi di Korea

2. Curtido
Makanan yang serupa dengan sauerkraut ini berasal dari El Salvador, dan selalunya diperbuat daripada sayur kobis, bawang, dan cili yang melalui proses penapaian (fermentation). Curtido selalunya dimakan dengan roti tortilla jagung buatan tangan yang dipanggil pupusas, namun boleh dimakan dengan ayam grill, ikan, dan nasi.

3. Keju matang (aged)
Keju seperti Roquefort dan Gruyere mengandungi pelbagai jenis bakteria baik, dan bakteria inilah yang memberi rasa yang hebat kepada keju matang. Walau bagaimanapun, ibu mengandung harus mengelak daripada makan keju matang yang diperbuat daripada susu walaupun kebanyakan bakteria berbahaya dimusnahkan ketika proses pematangan keju.

Keju Gruyere yang telah diasap (smoked)
Keju Gruyere yang telah diasap (smoked)
4. Kvass
Kvass adalah sejenis minuman tapai yang berasal dari Russia, secara tradisionalnya dihasilkan dengan menambah ragi ke dalam roti perang (brown bread) yang telah direndam dalam air. Kvass yang dijual secara komersial pula selalunya dibuat daripada lobak merah (carrots) atau beets. Selain daripada probiotik, minuman ini juga kaya dengan vitamin yang terkandung dalam lobak merah atau beets yang segar.

5. Sauerkraut
Sauerkraut adalah kobis yang dicincang dan ditapaikan dalam air garam. Makanan yang masam ini kaya dengan Lactobacillus plantarum, sejenis probiotik hebat yang boleh membantu melawan kanser dan menurunkan kolestrol.

6. Kombucha
Kombucha merupakan sejenis minuman tapai berkarbonat yang mula diminum di China sebagai minuman kesihatan. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa kombucha boleh menurunkan kolestrol LDL dan memulihkan fungsi hati dan buah pinggang. Pastikan label pada botolnya tertulis mentah atau raw dan tiada gula tambahan.

Minuman Kombucha dari China
Minuman Kombucha dari China

7. Kefir
Kefir adalah susu masam yang rasanya seperti minuman yogurt, tetapi mengandungi sekurang-kurangnya 10 spesis probiotik (yogurt biasanya mengandungi 2 hingga 4 spesis). Dibuat daripada susu yang dicampur dengan sejenis ragi (yeast) yang boleh melindungi daripada gangguan perut dan usus (gastrointestinal distress), sejenis bakteria yang boleh mengurangkan sembelit serta sejenis lagi bakteria yang boleh melegakan penyakit radang perut. Minuman kefir ini juga lebih mudah dihadam berbanding susu biasa kerana telah memakan kandungan gula dalam susu.

8. Jeruk timun (pickle)
Pilih jeruk yang direndam dalam air garam dan bukan cuka, kerana jeruk yang direndam dalam cuka dan dipasteurkan tidak mempunyai sebarang bakteria baik. Mengandungi Lactobacillus brevis, jeruk timun jika dimakan dengan kerap, boleh mengurangkan selesema. Label pada jeruk timun yang baik haruslah tertulis "naturally fermented", "nonpasteurised" atau "contains live cultures".

Jeruk timun dalam balang
Jeruk timun dalam balang

9. Miso
Miso adalah sejenis perasa yang dibuat daripada kacang soya yang ditapai, yang dikatakan menyumbang kepada hayat orang Jepun yang panjang. Kajian menunjukkan bahawa miso boleh menghindar kanser payudara, usus, hati, dan paru-paru. Semakin lama miso diperam, semakin baik dan tinggi khasiatnya. Miso bagus dimakan mentah dengan mencampurkan ke dalam nasi dan sos, tetapi sup miso bukanlah sumber probiotik yang baik kerana bakteria baiknya musnah sewaktu ianya dimasak.

Pada pendapat saya, adalah bijak jika kita makan makanan probiotik yang berbeza. Ini adalah kerana makanan yang berbeza mengandungi spesis bakteria baik yang juga berbeza, dan makanan tersebut memberi pelbagai khasiat yang tentunya baik untuk kesihatan.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...