dilluns, 17 d’agost del 2015

10 Khasiat Teh Hijau Untuk Kesihatan

Teh hijau yang berasal dari China telah digunakan sebagai ubat sejak ribuan tahun lamanya. Minuman teh hijau digunakan secara meluas di negara Asia dan dikatakan mempunyai pelbagai kegunaan dari menurunkan tekanan darah untuk mencegah kanser. 

Berbanding dengan teh hitam (black tea), teh hijau dihasilkan dengan mengelakkan proses penapaian, dan dengan ini, teh hijau mengekalkan jumlah maksimum antioksida dan polifenol - bahan yang memberikan teh hijau manfaat yang banyak.

Berikut adalah 10 khasiat teh hijau untuk kesihatan.

Secawan teh hijau
Secawan teh hijau

1. Menurunkan berat badan
Teh hijau boleh meningkatkan metabolisma. Polifenol dalam teh hijau berkesan meningkatkan proses pembakaran lemak dan mempercepatkan kadar penukaran makanan kepada kalori dalam badan.

2. Untuk pesakit kencing manis
Teh hijau dikatakan boleh mengawal kadar gula dalam darah dengan melambatkan peningkatannya selepas pengambilan makanan. Ini akan menghalang peningkatan insulin dan penyimpanan lemak.

3. Menghalang penyakit jantung
Menurut saintis, teh hijau berfungsi membantu dalam merehatkan saluran darah, seterusnya menguatkan saluran darah semasa perubahan tekanan darah. Teh hijau juga dikatakan boleh menghalang pembentukan darah beku iaitu punca serangan jantung.

4. Mengurangkan risiko kanser usus
Teh hijau boleh membantu mengurangkan risiko kanser usus. Selain itu, ia juga dikatakan boleh membunuh sel kanser tanpa merosakkan sel-sel sihat.

5. Menurunkan kolestrol
Teh hijau boleh menurunkan kolestrol jahat dalam darah dan memperbaiki nisbah kolestrol baik dan kolestrol jahat.

6. Untuk pesakit Alzheimer's dan Parkinson's
Teh hijau dikatakan boleh melambatkan kesan Alzheimer's dan Parkinson's. Menurut kajian, teh hijau mampu melindungi sel otak daripada mati dan ia juga boleh membaiki sel otak yang rosak.

7. Mengurangkan kerosakan gigi
Menurut kajian, bahan antioksidan yang dipanggil catechin dalam teh hijau boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak dan mulut, serta penyakit gigi dan gusi yang lain.

Daun teh hijau yang dikeringkan
Daun teh hijau yang dikeringkan

8. Menurunkan risiko hypertensi
Pengambilan teh hijau yang kerap boleh menurunkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Untuk tekanan, stress atau depression
Theanine merupakan asid amino yang terkandung dalam teh hijau, yang dikatakan boleh memberi rasa tenang dan nyaman kepada peminat teh hijau.

10. Bersifat anti-viral dan anti-bakteria
Catechin dalam teh hijau merupakan agen anti-viral dan anti-bakteria yang membuatkannya efektif dalam melawan penyakit seperti influenza dan kanser. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa teh hijau boleh menghalang pelbagai penyakit daripada merebak.

Tahukah anda?
Cinch Energy Tea Mix merupakan produk Shaklee yang mengandungi campuran teh hijau matcha, teh merah, teh putih, dan teh merah Rooibos, yang mengandungi anti-oksidan yang terbaik dan mampu meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...