Friday, 4 September 2015

6 Kebaikan Melakukan Pengasingan Sisa Di Punca

Terdapat banyak negara-negara maju yang sudah lama melakukan pengasingan sisa di punca. Dengan meningkatnya jumlah penduduk di negara kita, maka secara logiknya, bertambah banyaklah sampah yang dihasilkan oleh setiap individu pada setiap hari. Dengan itu, langkah kerajaan Malaysia untuk menguatkuasakan pengasingan sisa di punca adalah sangat wajar dan patut dilakukan.

6 Kebaikan Melakukan Pengasingan Sisa di Punca
6 Kebaikan Melakukan Pengasingan Sisa di Punca

Terdapat banyak manfaat melakukan pengasingan sisa di punca. Berikut adalah 6 kebaikan melakukan pengasingan sisa di punca.

1. Memudahkan proses kitar semula
Apabila sisa atau sampah di rumah diasingkan, maka lebih mudahlah bahan buangan seperti kertas, plastik, kaca, dan tin untuk dikitar semula. Bayangkan bahan-bahan tersebut bercampur aduk dengan sisa makanan dan sebagainya, jijik kan?

Contoh bekas atau tong untuk pengasingan sisa
Contoh bekas atau tong untuk pengasingan sisa

2. Bahan kitar semula boleh diproses dan dijadikan bahan baru
Bahan kitar semula seperti kertas boleh diproses semula dan dijadikan kertas baru. Begitu juga dengan tin aluminium, botol kaca, dan plastik. Semuanya boleh diproses semula untuk menghasilkan bahan baru. Ini boleh menjimatkan kos kerana barang yang dibuat daripada bahan kitar semula adalah lebih murah dan mesra alam, sekaligus mengurangkan penggunaan sumber asli dan mengurangkan bahan buangan pada masa akan datang.

3. Bahan buangan organik boleh dijadikan baja kompos
Terdapat bandar di luar negara yang menjadikan pemprosesan bahan buangan organik sebagai sumber pendapatan bandar tersebut. Baja kompos yang dihasilkan boleh digunakan untuk membaja taman-taman bunga dan juga dalam industri pertanian. Selain itu, baja kompos juga boleh dijadikan sumber pendapatan. Ini juga boleh mengurangkan penggunaan baja komersial yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar.

BACA: Bagaimana Melakukan Pengasingan Sisa Di Punca

4. Mengurangkan kos
Walaupun membakar sampah kelihatan seperti murah dan tidak memakan kos yang banyak, namun apabila berlaku pencemaran udara dan penularan penyakit, kos untuk mengatasi masalah-masalah tersebut adalah jauh lebih tinggi daripada kos pengasingan sisa dan kitar semula.

5. Memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan
Jika kita tidak melakukan pengasingan sisa dan kitar semula, lambat laun setiap tapak pelupusan sampah di negara kita akan penuh dengan sampah sarap dan tidak mampu menampung jumlah sampah yang dihasilkan setiap hari.

Pemandangan yang kotor dan tercemar di tapak pelupusan sampah
Pemandangan yang kotor dan tercemar di tapak pelupusan sampah

6. Mengurangkan pencemaran dan mengurangkan risiko kesihatan
Pembakaran sampah sememangnya mencemarkan udara, dan udara yang kotor boleh meningkatkan risiko kesihatan. Apabila terdedah kepada udara yang tercemar dengan asap hasil pembakaran sampah dan plastik, risiko penyakit seperti asma, penyakit jantung, dan sebagainya. Selain itu, sampah sarap yang berbau busuk juga mungkin menjadi tempat makhluk perosak seperti lipas dan tikus untuk membiak, dan seterusnya membawa risiko penyakit berbahaya seperti kencing tikus dan rabies.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

2 comments:

  1. ya. buang ditempat yang sepatutnya.

    ikut aje.

    bukan susah mana pun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...