Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir luaran dan buasir dalaman. Umumnya, buasir dalaman adalah kurang mengganggu berbanding buasir luaran. Bonjolan atau gumpalan lembut di sekitar bahagian dubur inilah yang menyebabkan ketidakselesaan akibat sakit, gatal dan pedih akibat tersepit, menyebabkan adanya ketulan darah beku di dalamnya. Kadangkala, terdapat titisan darah merah cerah, terutama sekali selepas membuang air besar.
Beberapa jenis buasir atau hemoroid [Sumber] |
Penyebab utama buasir adalah duduk terlalu lama, meneran akibat sembelit atau najis keras, dan cirit birit. Mengangkat beban terlalu berat dan batuk yang teruk juga mungkin boleh menyebabkan buasir. Selain itu, wanita bersalin juga mudah mendapat buasir.
Terdapat beberapa jenis rawatan untuk buasir, seperti mandian Sitz dan pengambilan julap untuk melembutkan najis bagi merawat buasir yang tidak serius. Bagi buasir yang serius pula, anda mungkin perlu melalui rawatan standard, antaranya koagulasi inframerah, elektrokoagulasi bipolar, dan terapi laser.
Pada hujung tahun lepas, saya sendiri telah mengalami sakit buasir. Setelah kembali ke Miri dari Kuching dalam bulan November, saya mendapati bahawa saya kurang kerap ke tandas berbanding sebelumnya. Apabila membuang air besar, saya mengalami sembelit yang teruk dan terpaksa duduk lama di dalam bilik tandas. Saya tidak pernah mengalami sembelit yang teruk sebelum itu, kerana saya mengamalkan minum air putih yang cukup setiap hari, dan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup. Namun, sewaktu berada di Kuching, saya kurang minum air putih, dan saya mengesyaki bahawa itulah penyebab saya mengalami sembelit yang teruk, yang seterusnya menyebabkan buasir.
Saya sangat terkejut apabila mendapati ada bonjolan lembut sebesar kacang pis di bahagian dubur, dan tentunya saya sangat risau kerana takut bonjolan tersebut tidak dapat dihilangkan. Yang bermain-main di minda saya pada masa itu adalah bagaimana jika saya harus menjalani pembedahan? Dalam rasa takut dan malu yang berbaur dengan sakit, gatal, perit dan pedih akibat buasir dalaman dan luaran, saya terus Google untuk mencari maklumat mengenai penyakit buasir.
Oleh sebab saya mengamalkan produk Shaklee, saya terus berikhtiar untuk merawat sendiri penyakit buasir. Dalam Set Buasir Shaklee terdapat Omega Guard, Zinc Complex, dan OsteMatrix.
Set Buasir Shaklee - Omega Guard, Zinc Complex, OsteMatrix |
Fungsi-fungsi setiap vitamin tersebut adalah seperti berikut:
- Omega Guard membantu merehatkan saluran darah dan otot yang tegang pada bahagian dubur.
- Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan cepat.
- OsteMatrix membantu melancarkan pembuangan air besar dan mencegah sembelit, serta memberi keselesaan apabila mengalami luka di bahagian dubur.
Selain daripada 3 jenis vitamin di atas, saya juga mengambil Sustained Release Vita-C Plus untuk mempercepatkan penyembuhan luka, Herb-Lax untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar, dan B-Complex untuk mengawal tekanan atau stress akibat terlalu risau akan sakit buasir yang dialami. Saya juga mengamalkan minum air putih sebanyak 3 liter sehari, dan makan lebih banyak makanan berserat (fiber) untuk membantu pelawasan.
Pada mulanya saya memang sangat risau sebab melalui pembacaan di laman web perubatan, saya dapati kebanyakan buasir luaran mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk sembuh. Hari demi hari, saya bersabar dan berdoa di samping terus mengambil Set Buasir Shaklee untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat rasa gatal dan pedih setiap kali selepas membuang air besar.
Akhirnya setelah 6 bulan, gumpalan di bahagian dubur mengecut dan hilang, dan tidak lagi berulang sehingga ke hari ini.
BACA: Herb-Lax Shaklee Mampu Atasi Masalah Sembelit dan Buasir
Saya bersyukur sangat sebab diperkenalkan kepada produk Shaklee yang sememangnya sentiasa selamat dan berkesan. Sekiranya anda menderita sakit buasir, tidak salah jika anda mencuba Set Buasir Shaklee untuk membantu menyembuhkan buasir dan seterusnya mengelak daripada melakukan pembedahan.
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:
Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB
Cap comentari:
Publica un comentari a l'entrada