Friday, 31 July 2015

10 Khasiat Lidah Buaya untuk Kesihatan dan Kecantikan

Lidah buaya atau Aloe Vera merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai daun-daun tebal yang berair atau berlendir. Apabila dipotong, lendir di dalam daun lidah buaya inilah yang dikatakan mengandungi pelbagai zat dan khasiat.

Jom kenalpasti 10 manfaat lidah buaya untuk kesihatan dan kecantikan.

Lidah buaya atau aloe vera
Lidah buaya atau aloe vera
Image courtesy of markuso at FreeDigitalPhotos.net

1. Detoksifikasi
Lidah buaya membantu dalam detoksifikasi untuk mengeluarkan toksin daripada badan, dengan kandungan vitamin dan mineral yang tinggi dalam lidah buaya

2. Pencernaan
Lidah buaya membantu mengurangkan masalah pencernaan, mengurangkan gangguan dalam perut dan usus, dan mengatasi masalah acid reflux atau pedih ulu hati

3. Meneutralkan asid
Lidah buaya membantu meneutralkan kandungan asid dalam badan. Lidah buaya adalah bersifat alkali, yang boleh membantu meneutralkan kadar keasidan dalam badan kita, dan seterusnya menyeimbangkan keasidan makanan yang diambil.

4. Kecantikan wajah
Lidah buaya berfungsi untuk merawat masalah kulit wajah seperti membantu menghilangkan jerawat, melembapkan kulit, menghilangkan parut luka, mengurangkan ruam atau radang, memperbaiki dan mengandungi antioksidan yang tinggi yang boleh membantu meremajakan kulit serta mengurangkan garis-garis halus pada wajah

5. Untuk pesakit diabetes
Lidah buaya membantu pesakit diabetes atau kencing manis dengan mengurangkan kadar gula dalam darah dengan pengambilan jus lidah buaya dengan konsisten

6. Antioksidan
Lidah buaya mengandungi antioksidan yang dapat melawan radikal bebas di dalam tubuh kita, sekaligus melawan penyakit berbahaya seperti kanser.

7. Penurunan berat badan
Lidah buaya membantu menjaga berat badan dan menurunkan berat badan dengan meminum jus lidah buaya yang mengandungi pelbagai khasiat yang boleh membersihkan sistem pencernaan. Sistem pencernaan yang sempurna boleh membantu anda menjaga keseimbangan pemakanan dan kelancaran pembuangan air besar.

8. Kesihatan kardiovaskular
Lidah buaya membantu dalam kesihatan kardiovaskular atau jantung, dengan melancarkan dan meningkatkan peredaran darah, dan seterusnya membantu dalam kelancaran bekalan oksigen ke seluruh tubuh badan manusia.

9. Kesihatan kulit
Lidah buaya menyembuhkan luka dan mengurangkan parut kulit yang melecur akibat terbakar oleh api atau terkena air panas, dan juga melegakan kulit yang pedih terbakar akibat sinaran matahari terik ataupun sunburn, dan melembapkan kulit yang mengelupas. Juga boleh mengurangkan kesan stretch mark

10. Kesihatan kulit kepala dan rambut
Lidah buaya membantu mengurangkan kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala, melembapkan rambut untuk menghalang rambut daripada kering dan bercabang, dan membantu mengurangkan keguguran rambut, serta melebatkan rambut dan menyeimbangkan ph pada kulit kepala anda.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

2 comments:

  1. Dulu memang suka sapu lendir lidah buaya kat kulit muka. Rasa tegang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan? Sekarang dah tak amalkan ke?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...