dimecres, 2 de setembre del 2015

Bahaya Kanak-Kanak Ketagih Bermain Gadget Pintar (Dan Cara Mengatasinya)

Sebagai ibubapa, kita tentunya inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Namun begitu, yang terbaik bagi kita tidak semestinya baik untuk anak-anak. Ini termasuk memberi atau membeli gadget elektronik pintar seperti tablet dan telefon pintar untuk anak-anak, terutama sekali kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Bahaya kanak-kanak ketagih bermain gadget pintar (dan cara mengatasinya)
Bahaya kanak-kanak ketagih bermain gadget pintar (dan cara mengatasinya)

Tahukah anda bahawa membiarkan anak-anak menggunakan gadget pintar terlalu lama atau terlalu kerap mungkin akan menyebabkan ketagihan yang membawa banyak kemudaratan?

Berikut adalah 4 sebab utama gadget pintar adalah tidak baik untuk kanak-kanak:

1. Menghalang kreativiti 
Gadget adalah medium pengajar yang baik, tetapi tidak menggalakkan kanak-kanak belajar secara inovatif. Kanak-kanak yang terlalu bergantung kepada gadget sejak usia yang terlalu muda akan mempunyai kreativiti yang terhad terutama ketika cuba menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana kanak-kanak tersebut sering disuap atau spoon-fed dengan maklumat.

2. Mengurangkan interaksi
Kanak-kanak yang terlalu sibuk dengan gadget akan kurang berinteraksi atau berbual dengan ibubapa. Kanak-kanak mungkin menjadi pendiam, dan dalam kes yang lebih teruk, kurang petah bercakap. Ketiadaan human element dalam interaksi antara anda dan anak anda haruslah dipandang serius. Jangan biarkan gadget menjadi penghalang komunikasi antara anda dan anak anda.

Aktiviti berenang sangat baik untuk fizikal kanak-kanak
Aktiviti berenang sangat baik untuk fizikal kanak-kanak

3. Menyebabkan kurang tidur
Apabila kanak-kanak menggunakan gadget terlampau kerap, dia mungkin terlalu asyik dengan aplikasi permainan sehingga tidak mahu tidur pada waktu yang ditetapkan. Cahaya daripada gadget juga telah dikenalpasti boleh mengganggu tubuh badan daripada bersedia untuk tidur. Kanak-kanak perlukan sekurang-kurangnya 12 jam tidur setiap hari, dan jika kekurangan tidur berlaku, ini mungkin menyebabkan tumbesaran badan dan otak terbantut.

4. Menyebabkan gaya hidup tidak aktif
Ketagihan kepada gadget menyebabkan kanak-kanak menjadi tidak aktif. Untuk membina otot yang kuat dan membesar dengan sihat, kanak-kanak perlu sekurang-kurangnya satu jam untuk menjalankan aktiviti fizikal. Lebih teruk lagi, jika anak anda terbiasa dengan gaya hidup yang tidak aktif, dia mungkin terbawa-bawa hinggga dewasa, dan seterusnya menghadapi risiko obesiti dan penyakit lain yang berkaitan.

Terdapat beberapa tip bagaimana anda boleh mengurangkan penggunaan gadget di kalangan kanak-kanak:

1. Tetapkan peraturan tegas tentang penggunaan gadget
Anda harus menjadi lebih tegas tentang kekerapan penggunaan gadget, dan jumlah masa penggunaan bagi setiap sesi. Contohnya, tidak dibenarkan menggunakan gadget di meja makan, cuma dibenarkan selama satu jam sahaja dan pada hujung minggu sahaja, dan sebagainya.

2. Awasi aplikasi dan permainan yang digunakan
Anda harus sentiasa cuba setiap applikasi dan permainan sebelum anak-anak. Ini adalah untuk memastikan aplikasi tersebut adalah sesuai untuk kanak-kanak. Tetapkan kata kunci (password) supaya anak anda tidak boleh muat turun sebarang aplikasi sesuka hati.

Bawa anak-anak ke taman permainan untuk bermain gelongsor
Bawa anak-anak ke taman permainan untuk bermain gelongsor

3. Awasi sebarang penggunaan Internet
Elakkan anak-anak daripada menggunakan Internet tanpa sebarang pengawasan. Gunakan browser yang mesra kanak-kanak atau child-friendly, ataupun pastikan anda ada bersama-sama dengan anak-anak ketika mereka melayari Internet.

4. Selalu berkomunikasi dengan anak semasa menggunakan gadget
Pastikan anda kerap berkomunikasi dengan anak-anak sewaktu menggunakan gadget. Galakkan anak-anak untuk bercakap dan menyuarakan pendapat, dengan bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan. Dengan cara ini, anda akan dapat memastikan adanya komunikasi dua hala yang boleh membantu anda untuk lebih rapat dengan anak-anak.

Menurut kajian, gadget tidak sepatutnya diberikan langsung kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Namun begitu, pada pendapat saya adalah lebih baik jika kanak-kanak yang berumur kurang 12 tahun dikurangkan screen time mereka kepada sejam pada hujung minggu sahaja.

Sebaiknya, ajaklah anak-anak untuk menjalankan aktiviti luar seperti berenang, bermain di taman atau padang permainan, dan sebagainya.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

2 comentaris:

  1. ada budak tak nak pergi sekolah, sebab tak dapat berpisah dengan gajet!

    ResponElimina
    Respostes
    1. Bahaya tu. Kena pastikan diorg tak ketagih. Ada banyak cara nak elak budak daripada rasa bosan tanpa gadget.

      Elimina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...