Set Slimming Shaklee Bantu Saya Kecilkan Ukuran Pinggang Dari 38 ke 32 Inci |
Terus terang, saya juga bosan dengan iklan produk diet atau kurus sedemikian. Sebagai seorang yang berbadan besar atau gempal, saya telah mencuba pelbagai jenis diet, mengawal pemakanan, dan sebagainya, namun semuanya tidak mendatangkan hasil, sehinggalah saya kenal dengan Set Slimming Shaklee.
Untuk seseorang yang gemar makan seperti saya, memang susah untuk menurunkan berat badan. Namun begitu, setelah mencuba produk Shaklee yang termasuk dalam Set Slimming seperti Energizing Soy Protein (ESP), Lecithin, Omega Guard, Herb-Lax, dan Alfalfa Complex, saya berjaya menurunkan berat badan, dan masih lagi dalam proses untuk mencapai berat badan ideal saya.
8 Jun 2011 - Berat hampir 100kg, pinggang 38 inci |
Gambar diambil pada 25 Disember 2012 dan 3 April 2013 |
Anda boleh lihat sendiri dalam gambar-gambar saya di atas, betapa gemuknya saya pada tahun 2010 dan 2011. Siapa yang tidak malu, siapa yang tidak segan dengan badan yang besar dan gemuk seperti itu?
Saya tidaklah ingin menyatakan bahawa gemuk itu tidak awesome, tetapi kita tidak dapat menafikan bahawa kegemukan atau obesiti sangat berkaitrapat dengan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dan sebagainya.
DAPATKAN: Set Slimming Shaklee di sini
Dengan Set Slimming Shaklee yang mula diambil sejak September 2014, saya telah berjaya menurunkan berat badan dan mengecilkan badan saya. Saya memiliki badan yang mudah berlemak di bahagian perut, paha dan punggung, iaitu berbentuk pear shape. Saya juga tidak pernah kurus seumur hidup, jadi anda boleh bayangkan betapa banyak lemak yang harus dibakar untuk saya mendapatkan berat dan bentuk badan yang ideal.
Dengan ketinggian 165cm atau 5 kaki 5 inci, berat badan ideal saya adalah lebih kurang 65kg.
17 Februari 2015 - Berat 88kg dan pinggang 33 inci |
Sedikit tip yang saya amalkan untuk menurunkan berat badan secara serius:
- Kurangkan makan nasi atau tidak makan nasi langsung
- Gantikan nasi dengan roti, kentang, pasta atau mi tapi dalam jumlah yang sedikit
- Minum air sebanyak 3 liter setiap hari, penting untuk detoks dan mengenyangkan
- Kurangkan makanan bersantan dan bergoreng
- Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
- Jangan minum air yang manis-manis seperti minuman berkarbonat atau sirap
- JANGAN BERLAPAR
Jika sebelum mencuba produk Shaklee, ukuran pinggang saya adalah 38 inci, tetapi sekarang semakin mengecil ke 32 inci. Dengan pemakanan yang sihat, sedikit senaman setiap hari dan supplemen yang baik, anda pasti boleh menurunkan berat badan secara sihat seperti saya.
Gambar terkini - Diambil pada 31 Ogos 2015, berat 83kg, pinggang 32 inci |
Dapatkan Set Slimming Shaklee sekarang dan sertai saya dalam perjuangan untuk menjadi lebih langsing dan sihat!
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:
Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB
Cap comentari:
Publica un comentari a l'entrada