Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris keburukan makan mi segera. Mostrar tots els missatges
Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris keburukan makan mi segera. Mostrar tots els missatges

diumenge, 6 de setembre del 2015

6 Sebab Kenapa Anda Harus Berhenti Makan Mi Segera

Mi segera adalah makanan yang sering menjadi pilihan mereka yang ingin berjimat dan inginkan makanan yang mudah dan cepat disediakan. Pelajar kolej misalnya, gemar akan mi segera yang murah dan senang dimasak.

6 Sebab Kenapa Anda Harus Berhenti Makan Mi Segera
6 Sebab Kenapa Anda Harus Berhenti Makan Mi Segera

Walaupun mi segera secara umumnya bukanlah makanan yang sihat, namun ramai yang beranggapan bahawa mi segera lebih baik atau setara dengan makanan segera yang lain seperti burger dan kentang goreng.

Dalam satu eksperimen oleh Dr. Braden Kuo di Massachusetts General Hospital, beliau telah menggunakan sebuah kamera bersaiz sebesar pil yang ditelan oleh subjek yang telah makan mi segera, dan apa yang beliau rakam adalah sangat mengejutkan. Jom tonton videonya di bawah.



Berikut adalah 6 sebab kenapa anda harus berhenti makan mi segera jika anda pentingkan kesihatan:

1. Tidak dihadam terus selepas beberapa jam dimakan
Dalam video di atas, anda boleh lihat mi segera di dalam perut manusia. Walaupun telah dimakan selama dua jam, mi segera tersebut masih kelihatan tidak terusik dan masih ada rupa bentuk seperti mi, berbanding dengan mi buatan tangan (handmade) yang sudah terhadam dalam masa cuma 20 minit.

2. Membebankan sistem penghadaman
Apabila mi segera sukar dihadam, ini akan membebankan sistem penghadaman yang akan terus berusaha untuk mencernanya. Ini juga mungkin akan mengganggu penyerapan nutrien apabila anda makan makanan lain.

Mi segera yang sudah dimasak dan siap untuk dimakan
Mi segera yang sudah dimasak dan siap untuk dimakan

3. Mengandungi tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ), sejenis bahan pengawet
Mi segera mengandungi bahan pengawet bertoksik iaitu tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ). Bahan ini adalah bahan pengawet yang biasa digunakan dalam pelbagai jenis makanan segera, tetapi juga terkandung dalam racun serangga, kosmetik dan minyak wangi. TBHQ yang berlebihan boleh menyebabkan loya dan muntah, kecelaruan (delirium), bunyi dering dalam telinga (ringing in the ear), dan rasa lemas (sense of suffocation) dan seterusnya pengsan. Selain itu, pengambilan mi segera secara kerap juga mungkin boleh menyebabkan kerosakan hati dan mempengaruhi kesihatan sistem reproduktif.

4. Mengandungi MSG
MSG atau monosodium glutamate adalah sejenis excitotoxin, yang bermaksud ianya memberi excitement atau keseronokan kepada sistem saraf kita sehingga boleh membawa kepada kerosakan atau maut, dan boleh merosakkan otak. MSG juga digunakan untuk menggemukkan tikus makmal untuk tujuan penyelidikan, dan ini bermaksud MSG boleh menggemukkan dan harus dielakkan jika anda ingin menurunkan berat badan.

BACA: 4 Bahan Tambahan Dalam Snek Segera Yang Mesti Dielakkan

5. Meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular
Oleh sebab mi segera mengandungi bahan pengawet dan perasa tiruan serta hampir tidak mengandungi sebarang zat langsung, tentunya mi segera boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Sesiapa yang makan mi segera lebih daripada dua kali seminggu menghadapi risiko penyakit seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis, dan penyakit jantung.

Mi segera Korea yang banyak dijual di pelbagai negara
Mi segera Korea yang banyak dijual di pelbagai negara

6. Meningkatkan risiko obesiti
Apabila anda makan mi segera dengan kerap, anda akan mengambil jumlah MSG yang tinggi dan ini akan menyebabkan kegemukan. Selain itu, mi segera yang cuma tinggi kandungan lemak dan karbohidrat serta sodium, juga menjadi punca anda mengalami peningkatan berat badan.

Takut betul nak makan mi segera selepas membaca tentang pelbagai keburukannya. Jom kita berhenti makan mi segera sekarang!


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...