Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris video. Mostrar tots els missatges
Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris video. Mostrar tots els missatges

dimarts, 20 de desembre del 2016

Refleksi Diri Tahun 2016

Tahun 2016 ni sebenarnya azam saya nak jadi berani. Nak cuba sesuatu yang baru.

I told my Dutch friend, Elise, "This year I want to be brave and try new things."

Nak jadi brave ni susah tau. For me yang introvert (mungkin ambivert) ni, confidence tu harus dikumpul awal-awal. Kalau tak memang apa pun tak jadi.


Sebenarnya dari zaman muda mudi lagi, saya teringin nak tengok konsert. Jadi bila ada satu girl group dari UK ni datang KL bulan May tahun ni, saya terus beli tiket konsert dan buat perancangan untuk ke KL.

Masa tu sedih jugak, takde teman nak tengok konsert.

Mulalah terfikir macam mana nak ke venue konsert.

Mulalah jugak membayangkan ramainya orang dan imagine sesak nafas. Konsert kan ramai orang, lagilah teruk kalau jenis macam saya ni yang tak suka big crowd.

Bila dah overthink ni, mulalah imagine nanti tak dapat enjoy concert tu.

Haih.

Jangan. Janganlah over sangat berfikir.

A few months before concert saya buat planning.

Nak jimat punya pasal, kena lah plan awal-awal. Konsert pulak agak last minute walaupun tiket dah beli awal.

Pergi Jumaat petang, sampai KL dah malam. Nasib baik dah biasa dengan selok belok KL tau dan tau exactly hotel kat mana.

Sabtu malam adalah malam yang ditunggu. Before 2pm saya dah gerak naik monorail ke Jalan Raja Chukai sebab venue di KL Live. First time ni, nasib baik ada Google Maps dan KL Live tu dekat sangat dengan monorail station.

Sampai kat KL Live, wahhhh ramai betul manusia! Ada yang dah tunggu dari pagi lagi padahal pintu bukak jam 7 malam. Nak putus kaki berdiri menunggu berjam-jam but it was so worth it.

The concert was great and I enjoyed myself immensely. Sangat proud of myself sebab berani pergi walaupun takde teman. Rasa sangat best okay?

Masa tu rasa macam I can do anything and everything!

Rasa konfiden sangat!

Kalau nak tau, girl group tu Little Mix. Diorang baru je release album baru. Kalau diorang datang lagi, for sure I akan pergi.

Pasni dah tak takut dah nak pergi konsert. Hehe. Dah tercapai pun one of the things I want to do before I die.

Ni music video untuk lagu lama Little Mix, tajuknya Change Your Life. Liriknya inspiring tau. (https://youtu.be/ifRoMGG8Wvs)


You can be brave too. Be it solo travelling, public speaking, or going to new cafes, you're capable of doing anything you put your heart into.

Hope you enjoyed my story and enjoy the song!


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

diumenge, 6 de setembre del 2015

6 Sebab Kenapa Anda Harus Berhenti Makan Mi Segera

Mi segera adalah makanan yang sering menjadi pilihan mereka yang ingin berjimat dan inginkan makanan yang mudah dan cepat disediakan. Pelajar kolej misalnya, gemar akan mi segera yang murah dan senang dimasak.

6 Sebab Kenapa Anda Harus Berhenti Makan Mi Segera
6 Sebab Kenapa Anda Harus Berhenti Makan Mi Segera

Walaupun mi segera secara umumnya bukanlah makanan yang sihat, namun ramai yang beranggapan bahawa mi segera lebih baik atau setara dengan makanan segera yang lain seperti burger dan kentang goreng.

Dalam satu eksperimen oleh Dr. Braden Kuo di Massachusetts General Hospital, beliau telah menggunakan sebuah kamera bersaiz sebesar pil yang ditelan oleh subjek yang telah makan mi segera, dan apa yang beliau rakam adalah sangat mengejutkan. Jom tonton videonya di bawah.



Berikut adalah 6 sebab kenapa anda harus berhenti makan mi segera jika anda pentingkan kesihatan:

1. Tidak dihadam terus selepas beberapa jam dimakan
Dalam video di atas, anda boleh lihat mi segera di dalam perut manusia. Walaupun telah dimakan selama dua jam, mi segera tersebut masih kelihatan tidak terusik dan masih ada rupa bentuk seperti mi, berbanding dengan mi buatan tangan (handmade) yang sudah terhadam dalam masa cuma 20 minit.

2. Membebankan sistem penghadaman
Apabila mi segera sukar dihadam, ini akan membebankan sistem penghadaman yang akan terus berusaha untuk mencernanya. Ini juga mungkin akan mengganggu penyerapan nutrien apabila anda makan makanan lain.

Mi segera yang sudah dimasak dan siap untuk dimakan
Mi segera yang sudah dimasak dan siap untuk dimakan

3. Mengandungi tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ), sejenis bahan pengawet
Mi segera mengandungi bahan pengawet bertoksik iaitu tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ). Bahan ini adalah bahan pengawet yang biasa digunakan dalam pelbagai jenis makanan segera, tetapi juga terkandung dalam racun serangga, kosmetik dan minyak wangi. TBHQ yang berlebihan boleh menyebabkan loya dan muntah, kecelaruan (delirium), bunyi dering dalam telinga (ringing in the ear), dan rasa lemas (sense of suffocation) dan seterusnya pengsan. Selain itu, pengambilan mi segera secara kerap juga mungkin boleh menyebabkan kerosakan hati dan mempengaruhi kesihatan sistem reproduktif.

4. Mengandungi MSG
MSG atau monosodium glutamate adalah sejenis excitotoxin, yang bermaksud ianya memberi excitement atau keseronokan kepada sistem saraf kita sehingga boleh membawa kepada kerosakan atau maut, dan boleh merosakkan otak. MSG juga digunakan untuk menggemukkan tikus makmal untuk tujuan penyelidikan, dan ini bermaksud MSG boleh menggemukkan dan harus dielakkan jika anda ingin menurunkan berat badan.

BACA: 4 Bahan Tambahan Dalam Snek Segera Yang Mesti Dielakkan

5. Meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular
Oleh sebab mi segera mengandungi bahan pengawet dan perasa tiruan serta hampir tidak mengandungi sebarang zat langsung, tentunya mi segera boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Sesiapa yang makan mi segera lebih daripada dua kali seminggu menghadapi risiko penyakit seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis, dan penyakit jantung.

Mi segera Korea yang banyak dijual di pelbagai negara
Mi segera Korea yang banyak dijual di pelbagai negara

6. Meningkatkan risiko obesiti
Apabila anda makan mi segera dengan kerap, anda akan mengambil jumlah MSG yang tinggi dan ini akan menyebabkan kegemukan. Selain itu, mi segera yang cuma tinggi kandungan lemak dan karbohidrat serta sodium, juga menjadi punca anda mengalami peningkatan berat badan.

Takut betul nak makan mi segera selepas membaca tentang pelbagai keburukannya. Jom kita berhenti makan mi segera sekarang!


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dilluns, 31 d’agost del 2015

[Video] Setia - Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir (Lagu Tema Drama Mencintaimu TV3)

Pertama kali mendengar lagu ni, terus tertanya-tanya siapa penyanyinya. Curious punya pasal, saya cari di youtube dan jumpa, rupa-rupanya lagu Setia ni nyanyian penyanyi baru Elizabeth Tan yang berduet dengan Faizal Tahir.


Setia - Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir (Lagu Tema Drama Mencintaimu)
Setia - Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir (Lagu Tema Drama Mencintaimu)
Setia - Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir (Lagu Tema Drama Mencintaimu)

Lagu tema untuk drama Mencintaimu, lakonan Zahirah MacWilson dan Sharnaaz Ahmad, drama di slot Akasia TV3 ini sedang ditayangkan sekarang, dan jalan ceritanya walaupun agak predictable, tetapi drama ini bukan adaptasi novel, menjadikannya agak menarik di mata saya. Montage juga cantik sangat.


Zahirah Macwilson sebagai Anissa dan Sharnaaz Ahmad sebagai Hisyam dalam drama slot Akasia TV3 Mencintaimu
Zahirah Macwilson sebagai Anissa dan Sharnaaz Ahmad sebagai Hisyam
dalam drama slot Akasia TV3 Mencintaimu

Tonton video lirik lagu Setia nyanyian Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir ni. Cantik sangat videonya. Lirik lagu pun simple tapi indah, dan gabungan vokal Elizabeth dan Faizal juga sangat serasi. Loving it!

p/s. Boleh agak lagu ni akan jadi lagu tema banyak wedding lepas ni. 






✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...