Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris set kesihatan wanita. Mostrar tots els missatges
Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris set kesihatan wanita. Mostrar tots els missatges

diumenge, 11 d’octubre del 2015

Kebaikan Omega Guard Shaklee - Minyak Ikan Laut Dalam, Bukan Minyak Hati Ikan

Omega Guard diperbuat daripada minyak ikan laut dalam di perairan negara Jepun, dan bukannya daripada minyak hati ikan. Omega Guard adalah tiga kali lebih tumpat daripada minyak hati ikan, dan mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 seperti DHA, EPA, ALA, dan banyak lagi.

Manfaat dan Kebaikan Omega Guard, Minyak Ikan Laut Dalam
Manfaat dan Kebaikan Omega Guard, Minyak Ikan Laut Dalam

Shaklee menggunakan kaedah penyulingan proprietari tiga molekul yang mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi dan dalam masa yang sama, mengekalkan nutrien dan sekaligus menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, arsenik, merkuri, kadmium, dioksin, dan PCB iaitu polychlorinated biphenyl, sejenis bahan kimia industri yang sangat toksik.

Manfaat utama Omega Guard:

  • Mengandungi Omega-3 iaitu asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita, yang membantu rembesan prostaglandin yang berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan masalah membuang air kecil di kalangan lelaki
  • Omega-3 juga boleh menghalang perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, serta memberi kulit yang licin dan kemerah-merahan
  • Kandungan DHA dan EPA dalam Omega Guard boleh menghalang thrombosis, tekanan darah rendah dan kepekatan darah, membantu mengekalkan tekanan darah normal, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Meningkatkan sistem imun dan kesihatan paru-paru dengan memperbaiki alahan kulit, serta menghindar penyakit seperti psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah atau asma, hepatitis, SLE (Lupus Erythrematosus) dan penyakit buah pinggang
  • Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon, dan juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan, dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dengan adanya DHA, terutama sekali pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. DHA juga meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain.
  • Asid lemak Omega-3 yang larut dalam tisu rawan mampu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, seterusnya memelihara fungsi-fungsi sendi, dan mencegah gout dan arthritis dengan berkesan
  • EPA dan SHA mampu menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan (depression), tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hyperactive, dan schizophrenia

Perbandingan EPA dan DHA dalam Omega Guard Shaklee dengan jenama lain
Perbandingan EPA dan DHA dalam Omega Guard Shaklee dengan jenama lain

Omega Guard disarankan dalam Set Set Sendi Tulang, Set Kesihatan Wanita, Set Kesihatan Lelaki, Set Kolesterol, Set Migrain, Set Tekanan Darah Tinggi, Set Kemurungan, Set IQ, Set Anak Pintar, dan Set Ekzema.


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dissabte, 10 d’octubre del 2015

Kebaikan GLA Complex Shaklee Untuk Wanita Dan Lelaki

GLA Complex diperbuat daripada borage seeds yang mengandungi dua kali ganda lebih GLA (gamma-linolenic acid) daripada yang terkandung dalam Evening Primrose Oil (EPO).

Borage juga adalah tiga kali lebih berkesan dan tiga kali lebih daripada segi bioavailability berbanding EPO. Ini membolehkan GLA Complex menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih berkesan berbanding GLA daripada EPO.

Kebaikan GLA Complex Shaklee Untuk Wanita Dan Lelaki
Manfaat dan Kebaikan GLA Complex Shaklee

Setiap kapsul GLA Complex mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6. GLA ini juga digabung dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Manfaat utama GLA Complex:

  • Borage merupakan herba kegemaran orang Barat, dan telah digunakan untuk merawat ulser, menyingkirkan virus, melegakan kelesuan dan keletihan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat, serta meningkatkan stamina.
  • GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita iaitu testosteron dan estrogen, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, retensi air, sakit payudara, dan mood swing.
  • Melambatkan menopause, serta memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, dan depression. Pengambilan GLA Complex dalam masa panjang boleh melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki masalah prostat lelaki (prostatomegaly) dan masalah kerap kencing.
  • Merupakan antioksidan yang meningkatkan sistem imun, seterusnya menghalang tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, tinea, dan kurap. Juga meringankan sakit dan bengkak yang berpunca daripada arthritis atau rheumatisma.
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua, serta meringankan kebas dan kesakitan yang disebabkan oleh gula darah yang tinggi
  • Melangsing dan menghalang peningkatan berat badan, merendahkan kolestrol LDL, memberi tone pada kulit dan otot kepada wanita
  • Menghalang tekanan darah tinggi, menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, mengelak masalah jantung seperti arteriosclerosis dan myocardial infarction
  • Memperbaiki rambut kering dan mengurangkan keguguran rambut
  • Membantu kanak-kanak hyperactive dan autisme (ADD/ADHD) yang sukar memberi tumpuan untuk belajar

Borage seeds dan sunflower oil adalah bahan utama GLA Complex Shaklee
Borage seeds dan sunflower oil adalah bahan utama GLA Complex Shaklee

GLA Complex dan Vita-E Complex Shaklee telah banyak membantu pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Selain itu, jika anda mengalami senggugut yang teruk atau kitaran haid yang tidak tetap, GLA Complex boleh membantu anda.

GLA Complex disarankan dalam Set Kesihatan Wanita, Set Diabetes, Set Senggugut, Set Menopause, Set Kesuburan, dan Set Ekzema.


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

divendres, 25 de setembre del 2015

Manfaat dan Kebaikan Zink Complex Shaklee

Zinc Complex Shaklee dirumus daripada zink glukonat dan digabung bersama-sama dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan alfalfa agar zink yang terhasil mudah diserap oleh badan kita.

Manfaat dan Kebaikan Zink Complex Shaklee
Manfaat dan Kebaikan Zink Complex Shaklee

Zink boleh didapati daripada sumber makanan seperti tiram, ayam, salmon, gajus, badam, dan banyak lagi. Namun begitu, masih ramai yang kekurangan zink tanpa disedari, dan kekurangan zink dalam badan akan membawa kepada banyak masalah kesihatan. Yang paling serius, anda mungkin menghidap anemia atau sindrom kurang darah merah.

Simptom kekurangan zink adalah:

  • Sistem imun lemah
  • Cirit birit
  • Rambut gugur
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menurun
  • Gangguan fungsi kognitif dan motor
  • Kurang subur atau sukar mendapatkan anak
  • Ruam atau jerawat
  • Bintik putih pada kuku
  • Hilang deria rasa atau bau
  • Luka lambat sembuh
  • Anemia


12 makanan yang kaya dengan zink
12 makanan yang kaya dengan zink

Zink terbukti penting untuk kesihatan kita. Mari kita baca dengan lebih lanjut tentang kebaikan dan manfaat zink kepada kesihatan.

Manfaat utama zink:

  • Mengaktifkan 200 jenis enzim dalam badan yang penting untuk pertumbuhan sel
  • Membentuk kolagen dan protein untuk pertumbuhan kuku, kulit, dan organ
  • Membantu dalam penghasilan dan mengekalkan fungsi insulin, dan seterusnya memperbaiki diabetes
  • Membantu pengeluaran kelenjar thymus yang berfungsi meningkatkan sistem imun dengan penghasilan T-cells untuk melawan kanser dan menghalang jangkitan penyakit
  • Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman seperti luka selepas pembedahan, luka kecil akibat jerawat, dan sebagainya
  • Melindungi kesihatan prostat lelaki, memperbaiki dan menyembuhkan pembengkakan prostat atau benign prostatomegaly dan penyakit kerap kencing
  • Membantu meningkatkan kiraan sperma dan meningkatkan kemampuan seks lelaki
  • Penting untuk proses ovulasi wanita, dan membantu pengecutan uterus untuk mengembalikan daya tahannya
  • Memperbaiki radang kulit yang disebabkan oleh acne atau jerawat batu
  • Mengekalkan deria bau dan rasa yang sihat dan peka


Tip: Tablet Zinc Complex boleh dihancurkan dan digunakan sebagai masker, atau ditaburkan ke atas luka untuk mempercepatkan penyembuhan luka

Saya sendiri mengambil Zinc Complex untuk masalah rambut gugur dan juga buasir.

BACA: Pengalaman Saya Sembuhkan Buasir Dengan Set Buasir Shaklee

Dapatkan Zink Complex hari ini untuk membantu memulihkan kesihatan anda. Zink Complex disarankan dalam Set Kesihatan Lelaki, Set Kesihatan Wanita, Set Prostat, Set Buasir, Set Rambut Gugur, dan Set Kesuburan.


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...