Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris set subur. Mostrar tots els missatges
Es mostren els missatges amb l'etiqueta de comentaris set subur. Mostrar tots els missatges

dilluns, 12 d’octubre del 2015

Kebaikan Vita-E Complex - Bukan Sekadar Vitamin Cinta

Vita-E Complex dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan gabungan 8 jenis vitamin E, yang merupakan vitamin E yang paling lengkap di pasaran.

Manfaat dan Kebaikan Vita-E Complex
Manfaat dan Kebaikan Vita-E Complex

Vita-E Complex juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, dan memelihara membran sel, sel darah merah, serta tisu-tisu otot. Selenium juga adalah penyahtoksik logam-logam berat seperti raksa dan kadmium, sebagai antioksidan, dan melindungi retina.

Manfaat utama Vita-E Complex:

  • Pengambilan harian 800IU vitamin E baik untuk kesihatan jantung, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan penghasilan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah daripada melekat ke dinding arteri, dan menghalang penyakit seperti anemia hemolitik dan sakit jantung.
  • Membantu meningkatkan kemampuan reproduktif dengan meningkatkan kiraan sperma lelaki dengan pengambilan vitamin E yang konsisten
  • Membantu melambatkan penuaan, mengurangkan garis halus dan kedut, memudarkan parut, mengurangkan acne dan bintik penuaan, serta memulihkan tekstur kulit dan tone wajah, dada, dan otot peha
  • Merupakan antioksidan yang kuat dan berkesan dalam melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas, dan memperbaiki masalah oksidasi, katarak, dan masalah penglihatan
  • Membekalkan oksigen yang lebih dan memberi tenaga seksual
  • Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, buasir, urat varicrose, dan sakit sendi serta mencegah arthritis
  • Membantu merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, mengurangkan sindrom prahaid (PMS) dan sindrom menopause seperti hot flushes, juga digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran
  • Memperbaiki bengkak dan ulser kulit, boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut

Ramai pengguna Shaklee yang telah mengamalkan Vita-E Complex bersama-sama dengan GLA Complex dan berjaya hamil dan mendapatkan zuriat. Ada pasangan yang telah bertahun-tahun mencuba, dan akhirnya berjaya dengan bantuan produk Shaklee.

Vitamin Cinta - Vita-E Complex dan GLA Complex
Vitamin Cinta - Vita-E Complex dan GLA Complex

Vita-E Complex disarankan dalam Set Kesihatan Lelaki, Set Kesuburan, dan Set Cantik.

Jika anda dan pasangan ingin mendapatkan anak, apa kata anda ikhtiar dengan mencuba produk Shaklee ini iaitu Set Vitamin Cinta? Selamat mencuba!


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

dissabte, 10 d’octubre del 2015

Kebaikan GLA Complex Shaklee Untuk Wanita Dan Lelaki

GLA Complex diperbuat daripada borage seeds yang mengandungi dua kali ganda lebih GLA (gamma-linolenic acid) daripada yang terkandung dalam Evening Primrose Oil (EPO).

Borage juga adalah tiga kali lebih berkesan dan tiga kali lebih daripada segi bioavailability berbanding EPO. Ini membolehkan GLA Complex menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih berkesan berbanding GLA daripada EPO.

Kebaikan GLA Complex Shaklee Untuk Wanita Dan Lelaki
Manfaat dan Kebaikan GLA Complex Shaklee

Setiap kapsul GLA Complex mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6. GLA ini juga digabung dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Manfaat utama GLA Complex:

  • Borage merupakan herba kegemaran orang Barat, dan telah digunakan untuk merawat ulser, menyingkirkan virus, melegakan kelesuan dan keletihan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat, serta meningkatkan stamina.
  • GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita iaitu testosteron dan estrogen, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, retensi air, sakit payudara, dan mood swing.
  • Melambatkan menopause, serta memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, dan depression. Pengambilan GLA Complex dalam masa panjang boleh melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki masalah prostat lelaki (prostatomegaly) dan masalah kerap kencing.
  • Merupakan antioksidan yang meningkatkan sistem imun, seterusnya menghalang tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, tinea, dan kurap. Juga meringankan sakit dan bengkak yang berpunca daripada arthritis atau rheumatisma.
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua, serta meringankan kebas dan kesakitan yang disebabkan oleh gula darah yang tinggi
  • Melangsing dan menghalang peningkatan berat badan, merendahkan kolestrol LDL, memberi tone pada kulit dan otot kepada wanita
  • Menghalang tekanan darah tinggi, menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, mengelak masalah jantung seperti arteriosclerosis dan myocardial infarction
  • Memperbaiki rambut kering dan mengurangkan keguguran rambut
  • Membantu kanak-kanak hyperactive dan autisme (ADD/ADHD) yang sukar memberi tumpuan untuk belajar

Borage seeds dan sunflower oil adalah bahan utama GLA Complex Shaklee
Borage seeds dan sunflower oil adalah bahan utama GLA Complex Shaklee

GLA Complex dan Vita-E Complex Shaklee telah banyak membantu pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Selain itu, jika anda mengalami senggugut yang teruk atau kitaran haid yang tidak tetap, GLA Complex boleh membantu anda.

GLA Complex disarankan dalam Set Kesihatan Wanita, Set Diabetes, Set Senggugut, Set Menopause, Set Kesuburan, dan Set Ekzema.


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

divendres, 25 de setembre del 2015

Manfaat dan Kebaikan Zink Complex Shaklee

Zinc Complex Shaklee dirumus daripada zink glukonat dan digabung bersama-sama dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan alfalfa agar zink yang terhasil mudah diserap oleh badan kita.

Manfaat dan Kebaikan Zink Complex Shaklee
Manfaat dan Kebaikan Zink Complex Shaklee

Zink boleh didapati daripada sumber makanan seperti tiram, ayam, salmon, gajus, badam, dan banyak lagi. Namun begitu, masih ramai yang kekurangan zink tanpa disedari, dan kekurangan zink dalam badan akan membawa kepada banyak masalah kesihatan. Yang paling serius, anda mungkin menghidap anemia atau sindrom kurang darah merah.

Simptom kekurangan zink adalah:

  • Sistem imun lemah
  • Cirit birit
  • Rambut gugur
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menurun
  • Gangguan fungsi kognitif dan motor
  • Kurang subur atau sukar mendapatkan anak
  • Ruam atau jerawat
  • Bintik putih pada kuku
  • Hilang deria rasa atau bau
  • Luka lambat sembuh
  • Anemia


12 makanan yang kaya dengan zink
12 makanan yang kaya dengan zink

Zink terbukti penting untuk kesihatan kita. Mari kita baca dengan lebih lanjut tentang kebaikan dan manfaat zink kepada kesihatan.

Manfaat utama zink:

  • Mengaktifkan 200 jenis enzim dalam badan yang penting untuk pertumbuhan sel
  • Membentuk kolagen dan protein untuk pertumbuhan kuku, kulit, dan organ
  • Membantu dalam penghasilan dan mengekalkan fungsi insulin, dan seterusnya memperbaiki diabetes
  • Membantu pengeluaran kelenjar thymus yang berfungsi meningkatkan sistem imun dengan penghasilan T-cells untuk melawan kanser dan menghalang jangkitan penyakit
  • Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman seperti luka selepas pembedahan, luka kecil akibat jerawat, dan sebagainya
  • Melindungi kesihatan prostat lelaki, memperbaiki dan menyembuhkan pembengkakan prostat atau benign prostatomegaly dan penyakit kerap kencing
  • Membantu meningkatkan kiraan sperma dan meningkatkan kemampuan seks lelaki
  • Penting untuk proses ovulasi wanita, dan membantu pengecutan uterus untuk mengembalikan daya tahannya
  • Memperbaiki radang kulit yang disebabkan oleh acne atau jerawat batu
  • Mengekalkan deria bau dan rasa yang sihat dan peka


Tip: Tablet Zinc Complex boleh dihancurkan dan digunakan sebagai masker, atau ditaburkan ke atas luka untuk mempercepatkan penyembuhan luka

Saya sendiri mengambil Zinc Complex untuk masalah rambut gugur dan juga buasir.

BACA: Pengalaman Saya Sembuhkan Buasir Dengan Set Buasir Shaklee

Dapatkan Zink Complex hari ini untuk membantu memulihkan kesihatan anda. Zink Complex disarankan dalam Set Kesihatan Lelaki, Set Kesihatan Wanita, Set Prostat, Set Buasir, Set Rambut Gugur, dan Set Kesuburan.


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...