dimecres, 29 de juliol del 2015

10 Makanan Yang Harus Anda Makan Untuk Jadi Kurus

Selalu berdiet tapi susah nak hilangkan berat badan? Jaga makan tapi tak jugak kurus? Jangan risau, jom kita baca tentang 10 jenis makanan yang harus anda makan untuk turunkan berat badan dan jadi kurus.

1. Anggur
Buah anggur sememangnya tinggi dengan antioksidan yang membantu melindungi jantung. Anggur juga membantu memperbaiki tekanan dan peredaran darah, selain dapat meningkatkan sistem pertahanan badan.

Anggur merah
Image courtesy of David Castillo Dominici at FreeDigitalPhotos.net

2. Badam
Badam merupakan sumber lemak tidak tepu yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan kadar kolesterol LDL iaitu kolesterol jahat. Menurut kajian, jika anda makan segenggam badam atau almonds sehari, anda akan jadi lebih sihat berbanding dengan mereka yang tidak makan badam langsung. Kerangupan dan rasa kekacang yang enak menjadikan badam snek harian yang sihat.

3. Beri biru
Beri biru atau blueberry merupakan sejenis buah yang kecil tetapi padat dengan banyak kebaikan. Beri biru mengandungi anthocyanins, iaitu antioksidan yang hebat yang juga memberi warna biru royal yang cantik pada beri kecil ini. Antioksidan ini membantu menurunkan risiko kehilangan penglihatan, penyakit kanser, dan penyakit jantung. Beri biru juga membantu menahan rasa lapar, seterusnya membantu menurunkan berat badan.

Beri biru atau blueberries
Beri biru
Image courtesy of James Barker at FreeDigitalPhotos.net

4. Bijirin penuh
Terdapat banyak jenis bijirin penuh, seperti beras perang, quinoa, dan gandum buckwheat. Jika anda ingin menurunkan berat badan, bijirin penuh penting dalam diet harian anda. Bijirin penuh lebih baik daripada bijirin ringkas, dan mengandungi serat atau fiber yang mengenyangkan, yang juga boleh menyerap kolesterol jahat dan menurunkan kandungan lemak dalam darah.

5. Brokoli
Setengah cawan brokoli mengandungi vitamin C bersamaan dengan sebiji oren. Ini ditambah dengan kandungan phytonutrient sulforophane dalam brokoli, yang membantu membuang toksin carcionogenic dan menghalang pertumbuhan tumor.

6. Buah Sitrus
Buah-buahan sitrus seperti limau purut, limau gedang, oren, dan sebagainya memberikan campuran rasa manis dan masam serta warna yang sangat cantik. Menurut kajian, vitamin C yang terdapat dalam buah oren boleh membantu meningkatkan sistem imun dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser, dan angin ahmar. Buah sitrus juga kaya dengan potassium, yang boleh mengawal tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung.

Buah-buahan sitrus
Buah-buahan sitrus
Image courtesy of Suat Eman at FreeDigitalPhotos.net

7. Kekacang
Terdapat banyak jenis kekacang seperti kacang tanah, kacang soya, kacang kuda dan sebagainya, menjadikan kekacang sejenis makanan yang berwarna-warni. Kekacang merupakan makanan tinggi serat atau fiber yang boleh ditambah kepada sup dan salad, malahan sesuai dijadikan cicah atau dip. Tambahan pula, kekacang adalah kaya dengan zat seperti manganese, folate, potassium, magnesium, dan zat besi, serta mengandungi protein yang lebih tinggi berbanding sayuran lain. Dengan kandungan serat yang mengenyangkan dan karbohidrat kompleks, kekacang membantu menstabilkan kadar gula dalam darah, seterusnya membantu mengurangkan rasa lapar.

8. Lada Benggala
Lada benggala atau nama lainnya capsicum atau bell pepper cuma mengandungi lebih kurang 35 kalori sebiji. Lada benggala kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, B6, dan C, serta asid folik, yang membantu menurunkan kadar protein yang menyebabkan penyakit jantung iaitu homocysteine. Boleh dicincang kasar dan dicampurkan ke dalam hidangan pasta, campurkan keju rendah lemak dan tomato serta sedikit minyak zaitun extra virgin untuk satu hidangan yang sihat.

Lada benggala, capsicum, bell pepper
Lada benggala
Image courtesy of nuttakit at FreeDigitalPhotos.net

9. Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi lemak tidak tepu yang baik untuk kesihatan. Minyak zaitun extra virgin sangat kaya dengan antioksidan dan boleh membantu menghalang obesiti, sindrom metabolik dan diabetes tahap 2. Gantikan marjerin atau mentega dengan extra virgin olive oil untuk hidangan yang lebih sedap serta lebih sihat.

10. Telur
Telur kaya dengan protein dan lemak yang sihat. Telur dikatakan makanan yang terbaik jika anda ingin menurunkan berat badan. Menurut kajian, dengan makan telur untuk sarapan, anda boleh mengawal selera makan dan seterusnya mengawal pemakanan selama 36 jam seterusnya. Kajian juga menunjukkan telur tidak mempengaruhi kadar kolesterol dalam darah dan tidak menyebabkan serangan jantung.

Saya tiada masalah dengan senarai makanan tersebut. Anda bagaimana? Bersedia untuk makan untuk menjadi kurus?


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...