dilluns, 10 d’agost del 2015

10 Khasiat Bawang Putih Yang Telah Terbukti Secara Saintifik

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium Sativum, merupakan sejenis herba yang digunakan sebagai bahan perasa dan penambah aroma dalam kebanyakan jenis masakan. Selain daripada itu, bawang putih juga telah digunakan secara turun temurun sejak beribu-ribu tahun lamanya sebagai penawar penyakit.

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk membuktikan keberkesanan bawang putih sebagai ubat segala macam penyakit. Mari kita ketahui 10 khasiat bawang putih yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik.

Bawang putih
Bawang putih

Image courtesy of suat eman at FreeDigitalPhotos.net

1. Bawang putih mengandungi Allicin, yang mengandungi khasiat perubatan. Apabila bawang putih ditumbuk, dipotong atau dikunyah, komponen sulfur ini akan terbentuk dan menghasilkan rasa dan bau yang kuat.

2. Bawang putih mengandungi zat yang tinggi, dengan kalori yang sangat rendah, seterusnya sangat baik untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan.

3. Bawang putih boleh melawan penyakit demam selesema. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa tempoh simptom demam selesema boleh dikurangkan dengan pengambilan supplemen bawang putih.

4. Bahan aktif dalam bawang putih boleh mengurangkan tekanan darah tinggi atau hypertensi.

5. Bawang putih boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol, dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

6. Bawang putih mengandungi antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's dan Nyanyuk (Dementia). Selain itu, antioksidan juga penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.

7. Bawang putih boleh membantu memanjangkan jangka hayat manusia, dengan meningkatkan sistem imun dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

8. Bawang putih boleh membantu para atlet dengan mengurangkan keletihan dan meningkatkan kadar senaman dan latihan.

9. Bawang putih boleh membantu menjadi penawar atau detoksifikasi untuk logam berat (heavy metals) dalam badan.

10. Bawang putih boleh membantu memperbaiki kesihatan tulang, dengan meningkatkan kadar hormon estrogen dalam badan wanita, seterusnya membantu dalam kesihatan tulang.

Jika anda mudah jatuh sakit atau sering demam selesema, ambil supplemen bawang putih atau tambahkan bawang putih dalam diet harian untuk membantu memperbaiki kualiti kesihatan anda. Semoga artikel ini dapat membantu anda memahami dengan lebih lanjut tentang khasiat dan manfaat bawang putih untuk kesihatan.

Tahukah anda?
Anda boleh mengambil suplemen Garlic keluaran Shaklee, yang bertindak sebagai agen detoksifikasi dan antibiotik semulajadi yang bertindak pantas dalam tubuh anda. Selain itu, Garlic juga membantu mengawal tekanan darah tinggi dan menurunkan kolestrol. Anda tidak perlu lagi makan bawang putih. Ambil saja suplemen Garlic Shaklee.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

2 comentaris:

  1. dalam masakan ni mesti ada bawang putih. :D

    ResponElimina
    Respostes
    1. Yup! :) Menyedapkan lagi masakan.
      Terima kasih melawat blog saya.

      Elimina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...