Tuesday, 13 September 2016

Raya Dulu VS Raya Sekarang

Ada yang kata, raya dulu dan sekarang ada banyak sangat beza.

Hakikatnya perayaan apa pun memang berbeza jika dibandingkan dulu dan sekarang.

Raya Dulu VS Raya Sekarang
Raya Dulu VS Raya Sekarang

Dulu masa kecil, seronok balik kampung ketika musim perayaan. Kazen mazen (sepupu) tidur bergelimpangan di ruang tamu rumah nenek. Malam-malam tidur lambat. Bercerita hantu lah, lepas tu sama-sama takut hehehe.

Malam sebelum Gawai atau Krismas lah malam yang sibuk. Kadang-kadang mak dan aunty2 masih membakar kek lapis dan menyediakan bahan-bahan untuk dimasak esok hari. Yang lain tolong berkemas, basuh dan lap pinggan mangkuk, tukar langsir, dan sebagainya.

Sekarang, tiada lagi tidur di ruang tamu dengan kazen mazen. Semua dah dewasa, ada yang dah berkeluarga. Persediaan untuk perayaan pula lebih mudah ditempah atau dibeli. Yang masih dibuat sendiri cuma kuih tradisional seperti tumpik (penjaram) dan nasi dalam daun.

Rindu zaman dulu-dulu, tapi semuanya tinggal kenangan.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...