dimarts, 28 de juliol del 2015

10 Superfood Asia Terbaik Untuk Detoks

Kita sering terbaca tentang superfood atau makanan hebat yang berasal dari barat. Antara superfood dari barat adalah seperti buah beri, avokado, dan sebagainya, yang jauh lebih mahal di negara kita berbanding di negara barat.

Apa kata kita baca dan ketahui 10 superfood Asia untuk detoks yang tentunya mudah dan murah untuk kita peroleh di Malaysia.

1. Biji bijan
Biji bijan atau sesame seeds mengandungi vitamin E iaitu antioksidan yang hebat. Selain itu, biji bijan kaya dengan sesamin dan sesamolin, yang membantu melindungi hati daripada rosak.

2. Daun sup
Daun sup atau coriander (Chinese parsley) membantu membuang sisa logam berat daripada tubuh kita. Minyak daripada daunnya juga menggalakkan gerakan peristalsis (peristaltic motion), iaitu apabila otot berehat dan bergerak untuk menolak makanan ke arah saluran usus (gastrointestinal tract), dan menggalakkan penghasilan enzim penghadaman.

3. Jambu batu
Jambu batu kaya dengan vitamin C. Sebiji buah jambu batu boleh memberi 188mg vitamin C yang membantu melawan radikal bebas.

Jambu batu
Jambu batu
Image courtesy of SOMMAI at FreeDigitalPhotos.net

4. Beras perang
Beras perang atau brown rice kaya dengan vitamin B-kompleks yang penting untuk reaksi kimia yang menukar bentuk toksin. Serat dalam beras perang juga memerangkap molekul toksin dan menggalakkan pergerakan usus yang sihat.

5. Cendawan
Cendawan menggantikan glutathione dalam badan, iaitu sejenis molekul yang ada dalam sel tubuh manusia. Sumber antioksidan yang hebat, cendawan penting dalam proses detoks dan glutathione dalam cendawan berfungsi mengitar semula antioksidan dan membantu menyingkirkan toksin.

6. Kunyit
Kunyit mengandungi curcumin, yang berfungsi mempercepatkan proses penyingkiran toksin. Kunyit juga bertindak sebagai pemangkin penghasilan glutathione.

7. Kekacang lentil
Kekacang lentil atau lentils kaya dengan protein yang mengandungi asid amino, juga tinggi kandungan serat yang membantu menyingkirkan toksin daripada badan kita.

kekacang lentil
Kekacang lentil
Image courtesy of Gualberto107 at FreeDigitalPhotos.net

8. Wasabi
Wasabi atau lobak horseradish Jepun adalah kaya dengan fitonutrien (phytonutrients) seperti sulforaphane, yang berfungsi menggalakkan proses sintesis enzim dalam sistem penghadaman manusia.

9. Tauhu
Tauhu atau tofu dibuat daripada kacang soya, yang merupakan sumber protein dan asid amino yang baik, yang penting untuk menyokong kesihatan hati dalam proses detoks. Tauhu adalah lebih mudah dihadam berbanding kacang soya.

10. Daun bawang
Daun bawang atau scallions mengandungi bahan sulfur bersifat anti radang atau anti-inflammatory, yang merupakan bahan penting untuk reaksi kimia dalam proses detoksifikasi.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...