Kat laman ada taman mini, tapi saya tak minat berkebun jadi mungkin ada pokok laman yang low maintenance. Ada water fixture dan kolam ikan koi sebab saya suka bunyi air yang menenangkan.
Saya nak rumah yang besar, 2 tingkat atau 3 pun boleh, ada 5 bilik dengan attached bathroom, dan master bedroom of course la saya punya. Rumah ni ada banyak tingkap untuk cahaya matahari masuk supaya rumah tak nampak gelap atau suram.
Selain living room, akan ada ruang lain yang lebih personal yang dihiasi dengan gaya quirky dan artsy, dengan banyak warna dan tekstur berbanding ruang tamu utama yang simple. Kat ruang personal ni saya boleh lepak membaca, tengok tv dan sebagainya. Lebih cosy dan selesa.
Master bedroom, home library dan craft room juga dihiasi dengan gaya quirky, artsy, dan eclectic. Ada satu bilik untuk adik dan satu bilik untuk tetamu. Senang parents nak datang bermalam nanti.
Dapur dan pantry pulak saya suka gaya moden, lengkap dengan perkakas seperti oven dan sebagainya. Senang nak masak dan baking. Kalau mak datang, bolehlah dia masak dengan selesa.
Bathroom dan toilet tentunya ada bathtub dan shower yang selesa. Bilik tidur saya, adik dan tetamu mesti ada attached bathroom.
Okay, dah bayangkan rumah idaman anda? Jom kongsi dengan saya. Keep on dreaming out loud!
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:
Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB
Cap comentari:
Publica un comentari a l'entrada