dimarts, 20 de desembre del 2016

Refleksi Diri Tahun 2016

Tahun 2016 ni sebenarnya azam saya nak jadi berani. Nak cuba sesuatu yang baru.

I told my Dutch friend, Elise, "This year I want to be brave and try new things."

Nak jadi brave ni susah tau. For me yang introvert (mungkin ambivert) ni, confidence tu harus dikumpul awal-awal. Kalau tak memang apa pun tak jadi.


Sebenarnya dari zaman muda mudi lagi, saya teringin nak tengok konsert. Jadi bila ada satu girl group dari UK ni datang KL bulan May tahun ni, saya terus beli tiket konsert dan buat perancangan untuk ke KL.

Masa tu sedih jugak, takde teman nak tengok konsert.

Mulalah terfikir macam mana nak ke venue konsert.

Mulalah jugak membayangkan ramainya orang dan imagine sesak nafas. Konsert kan ramai orang, lagilah teruk kalau jenis macam saya ni yang tak suka big crowd.

Bila dah overthink ni, mulalah imagine nanti tak dapat enjoy concert tu.

Haih.

Jangan. Janganlah over sangat berfikir.

A few months before concert saya buat planning.

Nak jimat punya pasal, kena lah plan awal-awal. Konsert pulak agak last minute walaupun tiket dah beli awal.

Pergi Jumaat petang, sampai KL dah malam. Nasib baik dah biasa dengan selok belok KL tau dan tau exactly hotel kat mana.

Sabtu malam adalah malam yang ditunggu. Before 2pm saya dah gerak naik monorail ke Jalan Raja Chukai sebab venue di KL Live. First time ni, nasib baik ada Google Maps dan KL Live tu dekat sangat dengan monorail station.

Sampai kat KL Live, wahhhh ramai betul manusia! Ada yang dah tunggu dari pagi lagi padahal pintu bukak jam 7 malam. Nak putus kaki berdiri menunggu berjam-jam but it was so worth it.

The concert was great and I enjoyed myself immensely. Sangat proud of myself sebab berani pergi walaupun takde teman. Rasa sangat best okay?

Masa tu rasa macam I can do anything and everything!

Rasa konfiden sangat!

Kalau nak tau, girl group tu Little Mix. Diorang baru je release album baru. Kalau diorang datang lagi, for sure I akan pergi.

Pasni dah tak takut dah nak pergi konsert. Hehe. Dah tercapai pun one of the things I want to do before I die.

Ni music video untuk lagu lama Little Mix, tajuknya Change Your Life. Liriknya inspiring tau. (https://youtu.be/ifRoMGG8Wvs)


You can be brave too. Be it solo travelling, public speaking, or going to new cafes, you're capable of doing anything you put your heart into.

Hope you enjoyed my story and enjoy the song!


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...