dijous, 6 d’agost del 2015

10 Khasiat Luar Biasa Buah Manggis

Manggis atau nama saintifiknya Garcinia Mangostana merupakan sejenis buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara, dan juga Afrika. Juga dikenali sebagai ratu segala buah-buahan tropika, manggis mengandungi pelbagai zat yang baik untuk kesihatan.

Rasanya yang masam-masam manis memang menjadi kegemaran saya sendiri. Jom kenalpasti 10 khasiat luar biasa buah manggis untuk kesihatan.

Manggis, ratu segala buah
Manggis, ratu segala buah

Image courtesy of 9comeback at FreeDigitalPhotos.net

1. Sebagai antioksidan
Manggis mengandungi polyphenol iaitu xanthones, sejenis agen antioksidan yang boleh memperbaiki sel-sel yang rosak akibat serangan daripada radikal bebas.

2. Rendah kalori
Buah manggis mengandungi kalori yang rendah, iaitu hanya 63 kalori untuk setiap 100 gram. Ini adalah penting untuk individu yang ingin menurunkan berat badan.

3. Kaya dengan vitamin C
Manggis kaya dengan vitamin C, iaitu lebih kurang 12 peratus RDA untuk setiap 100 gram. Vitamin C adalah sangat penting untuk mencegah pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti demam selesema.

4. Untuk peredaran darah
Boleh membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah, buah manggis boleh mencegah anemia. Manggis juga membantu melancarkan peredaran darah dan membantu dalam pencegahan penyakit seperti kolesterol tinggi, atherosclerosis, dan saluran jantung tersumbat. Dengan menggalakkan peredaran darah ke bahagian mata, vitamin C dalam buah manggis boleh membantu menghalang katarak.

5. Menurunkan kadar kolesterol
Manggis juga boleh membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah, dan boleh mengawal kadar triglycerides yang penting untuk jantung yang sihat.

6. Untuk pesakit tuberculosis atau tibi
Manggis mengandungi bahan yang bersifat anti kulat (anti-fungal) dan anti bakteria, di samping amat berkesan dalam meningkatkan sistem imun yang lemah. Selain itu, manggis juga mampu melawan bakteria berbahaya dan boleh membantu pesakit tuberculosis.

7. Boleh mencegah kanser
Agen antioksidan yang terdapat dalam buah manggis boleh membantu mencegah kanser dan juga penyakit kardiovaskular lain. Antioksidan yang kuat mampu melindungi tubuh kita daripada radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada tahap selular, yang mungkin menyebabkan penyakit.

8. Mengawal tekanan darah
Manggis kaya dengan beberapa jenis mineral seperti kuprum (copper), manganese, magnesium dan potassium. Potassium berfungsi menghalang stroke atau angin ahmar dan penyakit jantung koronari. Ini adalah kerana potassium merupakan komponen penting dalam sel dan bendalir badan, dan berfungsi mengawal degupan jantung dan tekanan darah.

9. Anti radang (anti-inflammatory)
Manggis mengandungi bahan anti radang yang sangat bermanfaat untuk pesakit sciatica yang tidak mampu dikawal dengan ubat-ubatan. Amalan makan buah manggis setiap hari boleh membantu mengurangkan kesakitan dengan adanya bahan anti radang dalam buah manggis.

10. Untuk pesakit Alzheimer's
Manggis dikatakan sangat berkesan dalam merawat penyakit Alzheimer's atau nyanyuk.

Buah manggis merupakan buah yang bermusim. Jadi marilah kita makan buah manggis apabila tiba musimnya dan nikmati segala khasiat ratu segala buah ini.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...