dissabte, 15 d’agost del 2015

10 Makanan Terbaik Untuk Kurangkan Selera atau Nafsu Makan

Sama ada anda ingin menurunkan berat badan atau ingin makan secara sihat, adalah penting jika anda mengawal selera atau nafsu makan dalam mencapai sasaran anda. Tanpa rasa lapar yang melampau, anda boleh lebih fokus ketika melakukan aktiviti riadah mahupun semasa bersenam di gym.

Serat, protein, dan lemak adalah 3 zat makanan yang memberi rasa puas kerana sifat ketiga-tiga zat ini yang lambat dihadam, menyebabkan anda berasa kenyang lebih lama.

Berikut adalah 10 makanan terbaik yang boleh membantu mengurangkan selera atau nafsu makan.

1. Badam
Badam merupakan satu lagi sumber yang kaya dengan lemak sihat, sesuai sebagai snek di antara waktu makan. Namun begitu, anda perlu berhati-hati dengan jumlah badam yang diambil. Oleh sebab kekacang seperti badam mengambil masa lebih kurang setengah jam sebelum memberi kesan mengekang selera makan, anda perlu makan badam sebelum berasa terlalu lapar. Jika tidak, anda mungkin akan makan secara berlebihan.

Badam atau almonds
Badam adalah snek yang sihat

2. Daging
Kandungan protein dan lemak yang tinggi dalam daging menjadikannya lambat dicerna oleh badan kita berbanding makanan lain. Daging juga perlu dikunyah dengan lama, dan tempoh mengunyah yang lama memberi rasa kenyang kepada kita. Kebanyakan orang beranggapan bahawa hidangan tidak lengkap tanpa daging, dan ini secara psikologinya membantu membuat anda berasa lebih kenyang. Walau bagaimanapun, ikan dan daging tanpa lemak (lean) adalah pilihan yang lebih sihat berbanding daging ayam atau lembu yang berlemak.

3. Bijirin oat (oatmeal)
Bijirin oat mendapat teksturnya yang berkanji dan pekat daripada sejenis serat larut yang dipanggil beta-glukan. Beta-glukan bukan sahaja lambat dihadam oleh sistem penghadaman dan mengenyangkan, tetapi juga membantu menurunkan kadar kolestrol. Beta-glukan memerangkap hempedu dan menyingkirkannya daripada badan kita, seterusnya memaksa badan menggunakan kolesterol dalam darah untuk menghasilkan lebih hempedu.

4. Keju Cottage (Cottage Cheese)
Keju Cottage merupakan snek sihat yang menjadi pilihan ramai yang ingin berdiet dan juga yang ingin membina badan. Kandungan lemaknya yang rendah berbanding keju jenis lain dan kaya dengan protein iaitu casein, menjadikannya sumber pengekang selera makan yang baik.

5. Sup
Jika diambil sebagai hidangan utama, sup tidak begitu mengenyangkan. Namun, jika diambil sebagai pembuka selera, sup mampu membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Menurut satu kajian di Pennsylvania State University, subjek yang mengambil sup ayam sebelum makan tengah hari mendapati bahawa mereka merasa kenyang dan makan 100 kalori kurang berbanding apabila makan hidangan ayam (dengan bahan yang sama dengan sup) dengan segelas air putih.

Beberapa mangkuk sup leek
Beberapa mangkuk sup leek yang laat dan menyihatkan

6. Kekacang (legumes)
Kekacang seperti kacang kuda, kacang soya, kacang tanah, lentil, kacang pea, dan sebagainya, adalah sumber protein sayuran yang kaya dengan serat larut dan karbohidrat kompleks yang dipanggil resistant starch dan oligosaccharides. Sama seperti serat, karbohidrat kompleks tersebut tidak dapat dihadam oleh tubuh kita, sekaligus membantu melambatkan penghadaman.

7. Air putih
Walaupun air disingkirkan daripada badan melalui sistem penghadaman dengan cepat, air masih boleh mengurangkan selera makan. Kita sering keliru tentang rasa haus dan rasa lapar. Dengan minum air putih dan mengekalkan hidrasi badan sepanjang hari, anda boleh kekal cerdas dan mampu mengelak daripada makan makanan ringan seperti coklat ataupun minum kopi, yang hanya membantu memuaskan selera secara sementara. Minum segelas air putih sebelum makan juga boleh membantu mengisi perut anda, sekaligus memudahkan anda mengawal jumlah makanan yang diambil.

8. Yogurt Greek
Yogurt Greek dihasilkan dengan menyingkirkan kandungan whey daripada yogurt biasa. Proses ini menjadikan yogurt atau dadih Greek kaya dengan protein, dan menjadikannya makanan pengurang selera makan yang baik. Teksturnya yang pekat berkrim juga boleh memberi rasa kenyang.

9. Flaxseed
Flaxseed kaya dengan serat dan lemak omega-3 yang sihat, dan juga kaya dengan protein. Biji-biji flax ini tidak mengambil ruang yang banyak dalam perut anda, tetapi menurut satu kajian di Denmark, flaxseed mampu memberi rasa kenyang yang lama. Badan kita tidak boleh menghadam biji flaxseed, jadi ianya harus ditumbuk halus untuk memberi manfaat optimum.

10. Avokado
Avokado mendapat teksturnya yang lembut berkrim daripada lemak tak tepu yang sihat, yang mengambil masa yang lama untuk dihadam oleh tubuh kita, membolehkannya membantu mengekang nafsu makan. Avokado juga kaya dengan serat yang juga melambatkan proses penghadaman.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...