dijous, 13 d’agost del 2015

5 Sebab Anda Perlu Ada Diari Makanan (Food Diary/Journal)

Diari pemakanan, atau dalam bahasa Inggeris dipanggil food diary atau food journal, merupakan satu cara efektif dalam penurunan berat badan, mahupun dalam menjaga kesihatan.

Mari kita baca dengan lebih lanjut tentang 5 sebab kenapa anda harus ada diari makanan.

Contoh diari makanan harian
Contoh diari makanan harian [Sumber]

1. Diari makanan akan menunjukkan apa yang anda makan
Ini adalah satu aspek yang paling diambil ringan semasa menyimpan diari makanan. Anda mungkin berfikir bahawa anda tahu apa yang anda makan setiap hari. Anda mungkin fikir anda boleh meneka jumlah kalori yang anda ambil melalui makanan anda. Namun, hakikatnya adalah kebanyakan orang makan lebih daripada tiga kali setiap hari dan kebanyakan kalori tambahan mereka mungkin datang dari pengambilan makanan di antara waktu makan. Dalam proses untuk menurunkan berat badan, mengira kalori adalah sangat penting dan tidak patut dipandang mudah.

2. Diari makanan boleh membantu anda kurangkan berat
Dengan melihat apa yang anda makan setiap hari, anda boleh mula untuk mengurangkan beberapa jenis makanan daripada diet harian anda. Anda mungkin terkejut apabila melihat bahawa beberapa makanan yang anda fikir adalah sihat sebenarnya mempunyai jumlah kalori yang paling tinggi. Dengan mengambil kira perkara ini, anda boleh mengurangkan kalori dengan mencari alternatif yang sihat untuk diet anda.

3. Diari makanan boleh membantu anda merancang pemakanan
Pada mulanya, anda perlu menggunakan diari makanan anda untuk mengenalpasti dan merekod makanan yang anda makan. Tetapi lama-kelamaan, anda sebenarnya boleh menggunakan diari makanan anda untuk merancang makanan asas dan makanan ringan untuk mewujudkan pemakanan yang lebih seimbang dan sihat.

Makanan kegemaran rakyat Malaysia dan jumlah kalori
Makanan kegemaran rakyat Malaysia dan jumlah kalori

4. Diari makanan akan menunjukkan makanan yang anda perlu makan
Sama ada anda tidak makan sayur-sayuran dan buah-buahan secukupnya, atau anda melewatkan makan tengah hari terlalu kerap, diari makanan anda berfungsi sebagai rekod bertulis untuk semua yang anda makan dan tidak makan. Dengan memahami bahawa anda kekurangan dalam kumpulan makanan tertentu, anda boleh merancang diet anda dengan lebih baik berbanding sebelumnya.

5. Diari makanan akan memastikan anda berdisiplin dan konsisten
Anda mungkin tidak menyedarinya serta merta, tetapi dari masa ke masa, diari makanan anda benar-benar akan menjadikan anda mahu makan dengan lebih sihat. Setiap kali anda mencatit makanan yang tinggi kalori, anda akan ingin mengelakkannya daripada berlaku pada masa hadapan, sekaligus menggalakkan anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menjaga pemakanan. Diari makanan anda tidak akan membantu anda menikmati makanan baru, tetapi akan memberi anda sebab untuk cuba mengurangkan pengambilan kalori harian anda.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...