dimecres, 12 d’agost del 2015

Quinoa dan 10 Khasiatnya Untuk Kesihatan

Quinoa (disebut sebagai kinwa atau kinuwa) merupakan superfood yang sangat popular di negara barat. Quinoa adalah sejenis bijirin yang diperoleh daripada biji tumbuhan quinoa, yang merupakan sebahagian daripada keluarga bayam dan beetroot. Tumbuhan yang tahan cuaca panas dan kering ini mulai menjadi popular sebagai makanan kesihatan di Amerika Syarikat beberapa tahun lampau.

Quinoa
Quinoa [Sumber]

Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang makanan hebat iaitu quinoa ini.

1. Kaya dengan pelbagai vitamin penting
Quinoa mengandungi lebih vitamin, nutrien dan antioksidan berbanding bijirin yang lain, seperti vitamin B6, thiamin, niasin, kalium, dan riboflavin, serta mineral seperti tembaga, zink, magnesium dan folat. Quinoa juga mengandungi fitonutrien antioksidan iaitu quercetin dan kaempferol yang bersifat anti-radang, anti-kanser, anti-virus dan anti-depresan (anti-depressant).

2. Kaya dengan protein
Quinoa adalah sumber yang kaya dengan protein lengkap. Quinoa mengandungi lysine, asid amino yang jarang dijumpai dalam kebanyakan bijirin lain. Ini menjadikan tahap protein dalam quinoa setanding dengan protein dalam susu.

3. Mengawal kadar gula dalam darah
Quinoa boleh membantu mengurangkan risiko diabetes tahap 2, dan juga membantu mengawal kadar glukosa dalam darah pesakit diabetes tahap 1. Kaya dengan karbohidrat kompleks atau karbohidrat sihat yang lambat dicerna oleh badan, quinoa mampu memberi rasa kenyang yang lama, di samping mengawal kadar gula dalam darah dan juga selera makan.

4. Mengekalkan fungsi jantung dan saluran darah
Beberapa kajian mengenai quinoa telah membuktikan bahawa bijirin ini mengandungi magnesium iaitu mineral yang diperlukan untuk metabolisma, kardiovaskular, dan fungsi saluran darah yang optimum.

5. Mengurangkan migrain
Jika anda sering mengalami migrain atau sakit kepala yang teruk, anda digalakkan untuk makan quinoa dengan kerap. Ini adalah kerana quinoa kaya dengan riboflavin atau vitamin B2, yang boleh membantu pengembangan saluran darah dalam otak dan mengurangkan sakit migrain daripada berulang.

6. Tidak mengandungi gluten
Jika anda menghidap penyakit Celiac disease atau gluten intolerance, anda pasti akan menggemari quinoa. Quinoa tidak berkaitan dengan gandum, menjadikannya amat sesuai sebagai pengganti pasta, tepung gandum, oatmeal, dan sebagainya.

Quinoa putih dan quinoa hitam
Quinoa putih dan quinoa hitam [Sumber]

7. Rendah lemak
Quinoa mengandungi lemak yang amat kurang berbanding bijirin lain. Di samping itu, lemak yang terkandung dalam quinoa adalah lemak yang sihat seperti omega-3, yang boleh menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Quinoa juga mengenyangkan, menjadikannya amat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.

8. Untuk kesihatan sistem pencernaan
Bagi yang sering mengalami masalah pencernaan atau sembelit, quinoa merupakan makanan tinggi serat atau fiber, yang boleh menggalakkan pergerakan usus yang baik, serta membantu proses pelawasan dan penyahtinjaan.

9. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar (stroke)
Banyak kajian kesihatan telah mengaitkan quinoa dengan penurunan risiko penyakit kardiovaskular, seperti penyakit jantung dan angin ahmar. Makanan yang tinggi serat ini mampu membersihkan salur arteri dengan menyingkirkan mendapan di dinding salur arteri. Jika tidak, mendapan tersebut boleh menyebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

10. Memberi tenaga
Quinoa yang berasal dari Amerika Selatan, juga dikenali sebagai "gold of the Incas" atau emas bagi masyarakat Inca. Quinoa menjadi kebanggaan mereka sebagai sumber makanan yang mampu memberi stamina, tenaga, kekuatan dan boleh memulihkan otot dengan cepat.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...