dilluns, 3 d’agost del 2015

Bagaimana Mengatasi Masalah Ulser Mulut Dengan Shaklee

Cuba tengok gambar di bawah. Ouch! Nampak sakit kan?

Ulser mulut, atau nama lainnya ulser mukosa adalah ulser yang berlaku pada membran atau selaput mukus rongga mulut. Ulser mulut adalah sangat biasa berlaku, dan mungkin ada kaitan dengan penyakit lain.

Ulser mulut
Ulser mulut [Sumber]

Biasanya, ulser mulut berlaku akibat geseran daripada gigi ataupun terkena gosokan berus gigi yang kuat. Satu lagi sebab adalah vesicular aphthous, iaitu pembentukan ulser mulut berulang tanpa sebab khusus.

Ulser mulut biasanya menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan, terutama sekali sewaktu makan, memberus gigi, berkumur, menelan, dan sebagainya. Pesakit biasanya akan mengelakkan makanan yang pedas atau berasid, untuk mengelak daripada berasa pedih atau sakit.

Ulser mulut boleh terbentuk secara tunggal atau berkelompok (crop ulser), dan ulser mulut yang tidak sembuh selama beberapa minggu mungkin boleh menjadi simptom kanser mulut.

Bapa saya sendiri ialah penderita ulser mulut. Sejak saya kecil lagi, saya sering kali mendengar keluhan bapa tentang ulser mulut yang pedih, sakit dan selalu berulang. Beberapa bulan yang lepas, ibu membelikan bapa vitamin C tetapi bukan produk Shaklee, dan beliau mendapati bahawa ulser mulut beliau sembuh dan jarang berulang.

Saya terus mengesyorkan agar bapa mengambil vitamin B-Complex Shaklee, dan seperti yang saya jangka, ulser mulut tidak berulang. Jika ada pun, ianya cepat sembuh dan beliau tidak sengsara merasa pedih atau sakit sewaktu makan atau memberus gigi.

Set Ulser Mulut Shaklee - Sustained Release Vita-C Plus dan B-Complex
Set Ulser Mulut Shaklee - Sustained Release Vita-C Plus dan B-Complex

Melalui pembacaan, kekurangan vitamin B merupakan penyebab terjadinya ulser mulut. Oleh itu, jika anda menderita penyakit ulser mulut, saya sarankan anda mencuba produk B-Complex Shaklee.

Vitamin C juga boleh membantu menyembuhkan luka dan memperbaiki sel-sel badan dengan cepat. Saya sarankan Sustained Release Vita-C Plus, juga daripada Shaklee. Vitamin C Shaklee ini merupakan produk terbaik di pasaran, kerana ianya memberikan vitamin C 500mg dan diserap oleh tubuh kita berterusan selama 5 jam. Hebat kan?

Bapa saya juga mengambil Sustained Release Vita-C Plus untuk mengatasi masalah ulser beliau. Maklumlah, makan jumlah sayur dan buah yang banyak pun tidak dapat memastikan bahawa kita dapat vitamin C yang secukupnya, jadi suplemen atau makanan tambahan banyak membantu menambah vitamin yang diperlukan badan kita.

Jika anda sering mengalami ulser mulut berulang, apa kata anda cuba vitamin B-Complex dan Sustained Released Vita-C Plus daripada Shaklee?



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...