dimarts, 4 d’agost del 2015

10 Khasiat dan Kebaikan Buah Durian Untuk Kesihatan

Buah durian merupakan sejenis buah tropika yang sangat terkenal dan diminati di Malaysia. Sering dinikmati begitu sahaja, durian juga boleh dijadikan tempoyak, dodol, serta dijadikan perisa dalam aiskrim. Malah, durian boleh dijadikan bahan utama dalam pelbagai jenis pastri dan kuih muih seperti kuih seri muka, crepe, dan sebagainya.

Siapa sangka durian mengandungi pelbagai khasiat? Jom ketahui lebih lanjut tentang 10 khasiat buah durian untuk kesihatan.

Buah durian yang telah dikopek dan isinya
Buah durian yang telah dikopek dan isinya

Image courtesy of foto76 at FreeDigitalPhotos.net

1. Sumber tenaga
100 gram isi buah durian memenuhi lebih kurang 21 peratus daripada keperluan karbohidrat harian. Sebagai sumber karbohidrat yang tinggi, durian berfungsi menambah tenaga.

2. Mengurangkan tekanan secara semulajadi
Bersifat anti-depressant, durian telah terbukti kaya dengan vitamin B6 yang penting untuk penghasilan serotonin, yang penting untuk mengurangkan tekanan atau depression.

3. Untuk kesihatan gigi dan tulang
Durian mengandungi kalsium, potassium, dan vitamin B yang membuatkannya berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan gigi dan tulang.

4. Melambatkan penuaan
Kaya dengan vitamin C yang bertindak sebagai agen antioksida, durian boleh membantu melambatkan penuaan dengan menghalang tindakbalas radikal bebas.

5. Untuk sistem penghadaman yang sihat
Kandungan serat yang tinggi dalam durian membantu memudahkan pergerakan usus. Ini membantu menghalang sembelit dan meningkatkan penyerapan zat makanan dalam sistem penghadaman. Adanya thiamin dan niacin dalam durian membantu menambah selera makan dan seterusnya mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.

6. Mengekalkan kadar gula dalam darah
Manganese yang terkandung dalam durian membantu mengawal kadar gula dalam darah. Oleh itu, durian boleh dinikmati oleh pesakit kencing manis atau diabetis dalam jumlah yang terkawal.

7. Mengawal tekanan darah
Durian mengandungi potassium yang penting untuk mengawal kandungan garam atau sodium dalam badan manusia. Pengambilan buah durian yang kerap dikatakan boleh menghalang hypertension atau tekanan darah tinggi dan penyakit lain yang berkaitan.

8. Untuk pesakit anemia
Kekurangan folate boleh menurunkan penghasilan sel darah merah dalam badan, dan seterusnya akan menyebabkan anemia. Durian yang kaya dengan folate, copper dan zat besi boleh membantu menghalang penyakit kurang sel darah merah daripada berlaku.

9. Membantu mencegah penyakit kardiovaskular
Kehadiran organosulfur dalam durian membantu untuk mengawal enzim radang (inflammatory). Ini memberikan durian potensi untuk mencegah penyakit kardiovaskular.

10. Meningkatkan libido
Raja segala buah ini juga dikatakan boleh meningkatkan libido. Ini boleh membantu memperbaiki kualiti hubungan seksual untuk pasangan suami isteri.

Lepas ni bolehlah enjoy makan durian, tapi jangan makan terlalu banyak. Panas! Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.



Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...