Sunday, 18 September 2016

SOHO, To-Do List dan Stok Vitamin Shaklee Saya

Sempena #tsunamishaklee saya akan kongsi sedikit intisari kehidupan saya berbisnes dari rumah dengan semua. Hari ni saya nak kongsi gambar SOHO Shaklee saya.

SOHO Saya Yang Simple
SOHO Saya Yang Simple

SOHO saya kecik jer, betul-betul di depan tv. Sebelah tu tempat buku-buku Nath. Buku goals and gratitude, monthly target, monthly sales, buku nota semua ada atas meja ni.

Dalam bekas tu pulak ada buku rekod customer dan buku rekod produk. Ada flyers dan business cards jugak. Saya letak dalam bekas tu supaya tak kena debu. Di rumah ni mudah sangat berdebu.

Saya ada laptop tapi tiada dalam gambar. Kebanyakan kerja dibuat dengan menggunakan smartphone sahaja. Urusan order dan berhubung dengan customer semuanya guna smartphone. Laptop cuma untuk blogging.

Ini pulak to-do list yang biasa saya buat.

To-Do List Bulanan dan Checklist Update Instagram
To-Do List Bulanan dan Checklist Update Instagram

Biasanya saya tulis to do list ni untuk jadual bulanan. Untuk harian saya cuma buat jika ada banyak kerja.

Selain to do list, saya ada checklist untuk update instagram. Yang ni setiap hari saya buat untuk pastikan saya update instagram secara konsisten. Kalau takde checklist, takut lupa pulak berapa kali dah update hari ni.

Korang ada to do list? To do list ni penting untuk manage masa tau. Jangan lupa selitkan me time untuk anda berehat dan refresh.

Hari ni nak selfie dengan stok yang ada di rumah, tapi Nath pulak sibuk dengan handphone lama dia (dah rosak, bagi dia main sebagai toy). Dia pun nak ambik gambar sekali.

Sudahnya Aunty tak dapat selfie, anak buah ni yang bergambar.

Nath dan Stok Shaklee
Nath dan Stok Shaklee

Ni stok yang ada di rumah. Bulan ni belum lagi beli stok baru. Selalunya tunggu ada order customer barulah saya beli stok. Pastu slowly beli stok untuk customer yang nak COD.

Hubungi saya segera untuk membuat pesanan vitamin Shaklee anda.


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...