Saturday, 3 December 2016

Buku Terakhir Saya Baca

Buku terakhir saya baca?

Buku milik Nath yang dibelikan ibunya bulan lepas.

Sebagai aunty dan full-time nanny kepada satu-satunya anak saudara ni, memang tugas saya untuk mendidiknya. Nath ni saya didik untuk berbahasa Inggeris di rumah, dan sekarang at the age of 3, Nath boleh berbahasa Melayu juga.

Rasanya sejak umur setahun, Nath memang didedahkan kepada buku. Before the age of 2, dia dah kenal A to Z dan 1 to 10. Sekarang, dia dah kenal banyak objek dan ada minat terhadap buku.


Kesan membaca buku Nath ni terhadap diri saya?

Siapa yang tak bangga kan apabila anak yang dididik jadi pintar dan petah bercakap? Jenuh juga menjawab soalan Nath ni sebenarnya hehe sebab sekarang dia suka tanya "what is that?", "who is that?", "kita pergi mana?", "apa tu?" dan sebagainya.

Nath juga adalah satu daripada banyak BIG WHY saya dalam bisnes. Kalau boleh, saya nak dia diberi lebih banyak peluang berbanding kami adik beradik daripada segi pendidikan. Saya juga ingin elak berhutang untuk pendidikannya.

Banyak sebenarnya yang kita boleh belajar daripada anak kecil seperti Nath. Kebanyakan kita orang dewasa mudah lupa untuk bermain dan enjoy life. Kerja itu penting tapi jangan lupa untuk relaks.

Jom kita luangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Let's just play!


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...